Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Tuesday, December 29, 2015

Susut Nilai Aset - Bahagian 2 (Kaedah Berkadar Terus/Garis Lurus)




Pengiraan Susut Nilai

Fokus kita kali ini adalah pada pengiraan pada kaedah Garis Lurus/Berkadar Terus.


Contoh :
Dua buah peralatan komputer dibeli oleh syarikat ABCD Sdn Bhd seperti berikut.
1. Komputer Lenovo AIO C350 bernilai RM 3,000 pada 15/1/2015
2. Printer Canon Laser Jet D5000 bernilai RM 5,500 pada 1/6/2015

Peratusan susut nilai ialah 33 %.

Kiraan adalah seperti rajah dibawah



Catatan Jurnal untuk merekodkan susutnilai adalah seperti berikut :

Dt. Susut nilai - Komputer (akaun untung rugi)
Ct.     Peruntukan Susut Nilai - Komputer (akaun aset)

p/s nilai yang dimasukkan adalah jumlah nilai susut nilai tahunan aset tersebut.

PADA TAHUN TERAKHIR ASET DISUSUT NILAIKAN, NILAI BUKU ASET (NBV) MESTI DITAMATKAN PADA RM 1.00.



Susut Nilai Aset - Bahagian 1




Susut Nilai


Pengertian,
Penurunan atau pengurangan nilai aset yang berpunca daripada penggunaan, hakisan, perubahan masa dan keadaan. Selalu disebut sebagai WEAR and TEAR dalam bahasa inggeris bermaksud (penggunaan dan hakisan).

Semua aset akan mengalami susut nilai, tidak ada aset yang tidak terkecuali. Walaupun aset tersebut dibeli dan tidak digunakan, ia akan mengalami susut nilai.

Contoh; En Azman membeli sebuah komputer Jenama Apple berharga RM 5,000 pada tahun 2015. Computer tersebut tidak diguna dan disimpan didalam bilik bacaan.
Pada tahun 2017, En Azman telah menjual komputer tersebut kepada rakannya En Ali dengan harga RM 3,000.

Persoalannya? Apakah punca En Azman tidak dapat menjual pada harga kos iaitu RM 5,000?
Jawapan ialah kerana, zaman canggih dan moden ini, perkakasan seperti komputer adalah antara yang cepat berubah. Walaupun hanya baru 2 tahun dibeli, perkakasan komputer akan dikira lapuk kerana terdapat teknologi yang lebih canggih muncul.

Susut nilai ini juga di aplikasikan kepada kumpulan-kumpulan aset seperti dibawah
1. Peralatan Pejabat - (10 % ke 20 %)
2. Jentera - (15 % ke 20 %)
3. Kenderaan Bermotor - (20 % ke 25 %)
4. Perabot, Lekapan dan lengkapan. (15 % ke 25 %)
5. Ubahsuaian - (20 % ke 25 %)
6. Komputer - (20 ke 33 %)
(peratus yang disyorkan untuk pengiraan susut nilai)

Kaedah Pengiraan susut nilai,
Terdapat 2 kaedah
1. Berkadar terus/Garis lurus (straight line method)
2. Baki berkurangan (reducing balance method)