Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Thursday, February 16, 2017

Konsep perakaunan / Accounting Concept




Konsep perakaunan / Accounting Concept



Konsep dan prinsip perakaunan asas merupakan panduan dalam catatan perakaunan yang ditetapkan oleh badan perakaunan. Ia patut dipatuhi semasa proses perakaunan untuk memastikan penyata kewangan yang dihasilkan adalah saksama dan standard. Antara konsep perakaunan asas ialah:


1) Wang sebagai Standard Ukuran (Monetary as standard measurement)
  • Nilai yang direkodkan adalah berdasarkan nilai wang. Bukan dalam unit yang lain seperti biji, buah dan sebagainya.
  • Nilai wang adalah nilai yang paling standard digunakan.
  • Contoh: Beli 100 buah beg bernilai RM300 dicatatkan untuk belian.
_________________________________________________________________________________


2) Prinsip Catatan Bergu (Double Entry Bookkeeping)
  • Jumlah debit dan kredit untuk setiap catatan bergu adalah sama.

  • Contoh: jualan barang niaga dengan harga RM500 secara tunai. akaun jualan dikreditkan denga RM500 manakala akaun tunai didebitkan dengan RM500.
_________________________________________________________________________________


3) Entiti Berasingan (Separate Entitiy Concept)
  • Dalam perakaunan, pemilik perniagaan dan perniagaan dianggap sebagai entiti berasingan.

  • Contoh: Pemilik mengeluarkan wang tunai RM200 untuk membayar yuran peperiksaan anaknya dianggap sebagai ambilan dan tidak boleh dianggap sebagai belanja perniagaan.
_________________________________________________________________________________


4) Tempoh Perakaunan (Accounting Period)
  • Tempoh perakaunan adalah tempoh masa sesebuah syarikat beroperasi.
  • Standard tempoh perakaunan bagi seluruh dunia adalah 1 tahun, dan kebanyakkan syarikat mempunyai tempoh perakaunan yang berakhir pada 31 Disember, setiap tahun.

  • Contoh: jika tempoh perakaunan sesebuah perniagaan adalah setahun dan ia bermula dari 1 Januari, maka ia akan berakhir pada 31 Disember.
_________________________________________________________________________________

5) Kos sejarah (Historical Cost)
  • Menurut konsep kos sejarah, semua urus niaga harus direkod mengikut harga belian atau kos belian.
  • Amaun tersebut akan direkodkan dalam buku perakaunan walaupun berlaku turun naik harga dipasaran bagi barang tersebut.

  • Contoh: Sebuah perniagaan membeli sebuah kenderaan dengan harga RM25 000 pada tahun 2003. Walaupun nilainya telah jatuh menjadi RM24 000 pada tahun 2004, ia masih dicatat sebagai RM25 000 dalam buku perakaunan. 

_________________________________________________________________________________

6) Berterusan (Going Concern)
  • Perniagaan diandaikan akan beroperasi secara berterusan untuk suatu jangka masa yang panjang.
  • Konsep ini berkaitan dengan kos sejarah iaitu dengan andaian ini, semua aset perniagaan harus direkod pada harga belian atau kos sejarah.
_________________________________________________________________________________


 7) Pemadanan (Matching Concept)
  •  Mengikut prisip pemadanan, hasil bagi suatu tempoh perakaunan harus dipadankan dengan perbelanjaan bagi tempoh tersebut untuk mendapat untung atau rugi bersih bagi tempoh berkenaan.
  • Untung atau rugi sesebuah perniagaan tidak boleh dikira berdasarkan penerimaan atau pembayaran dalam satu tempoh masa.
  • Pendapatan bagi satu tempoh perakaunan adalah wang yang sepatutnya diterima bagi tempoh tersebut, sama ada sudah diterima atau belum diterima.
  • Begitu juga belanja bagi satu tempoh perakaunan, ia merupakan wang yang sepatutnya dibayar bagi tempoh tersebut, sama ada sudah dibayar atau belum dibayar.

  • Contoh: Premium insurans perniagaan adalah RM500 setahun tetapi jumlah premium yang sudah dibayar bagi satu tahun ialah RM400 dan RM100 dibayar pada tahun berikutnya. Jumlah yang sebenarnya ditolak daripada untung kasar ialah RM500 iaitu jumlah yang sepatutnya dibayar pada tahun tersebut.

_________________________________________________________________________________

8) Ketekalan/Konsisten (Consistency)
  • Konsep ketekalan menyatakan sesebuah perniagaan harus mengekalkan kaedah perakaunan yang telah ditetapkan untuk beberapa tempoh perakaunan yang berterusan.
  • Contohnya, jika kaedah susut nilai aset tetap secara ansuran tetap digunakan untuk menyusutnilai kenderaan, maka ia akan diamalkan secara berterusan untuk tahun-tahun seterusnya.
  • Konsep ketekalan yang diamalkan membolehkan perbandingan dibuat.

_________________________________________________________________________________

9) Materialiti (Materiality)
  • Menurut konsep materialiti, nilai yang dianggap dapat memberi kesan kepada penyata kewangan akan direkodkan.
  • Nilai kecil yang tidak memberi kesan kepada penyata kewangan dianggap tidak material dan tidak perlu dimasukkan ke dalam Kunci Kira-kira.

  • Contoh: Sebuah buku panduan poskod dibeli dengan harga RM5.00 untuk kegunaan pejabat tidak direkodkan sebagai aset dalam Kunci Kira-kira kerana nilainya adalah kecil walaupun boleh digunakan untuk jangka masa panjang.