Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Wednesday, February 28, 2018

Ayat terpanjang dalam Al-qur'an (Al-baqarah:282)



Ayat terpanjang dalam Al-Qur'an


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنْتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ وَلْيَكْتُبْ بَيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ وَلَا يَأْبَ كَاتِبٌ أَنْ يَكْتُبَ كَمَا عَلَّمَهُ اللَّهُ فَلْيَكْتُبْ وَلْيُمْلِلِ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ وَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ وَلَا يَبْخَسْ مِنْهُ شَيْئًا فَإِنْ كَانَ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ سَفِيهًا أَوْ ضَعِيفًا أَوْ لَا يَسْتَطِيعُ أَنْ يُمِلَّ هُوَ فَلْيُمْلِلْ وَلِيُّهُ بِالْعَدْلِ وَاسْتَشْهِدُوا شَهِيدَيْنِ مِنْ رِجَالِكُمْ فَإِنْ لَمْ يَكُونَا رَجُلَيْنِ فَرَجُلٌ وَامْرَأَتَانِ مِمَّنْ تَرْضَوْنَ مِنَ الشُّهَدَاءِ أَنْ تَضِلَّ إِحْدَاهُمَا فَتُذَكِّرَ إِحْدَاهُمَا الْأُخْرَى وَلَا يَأْبَ الشُّهَدَاءُ إِذَا مَا دُعُوا وَلَا تَسْأَمُوا أَنْ تَكْتُبُوهُ صَغِيرًا أَوْ كَبِيرًا إِلَى أَجَلِهِ ذَلِكُمْ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ وَأَقْوَمُ لِلشَّهَادَةِ وَأَدْنَى أَلَّا تَرْتَابُوا إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً حَاضِرَةً تُدِيرُونَهَا بَيْنَكُمْ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَلَّا تَكْتُبُوهَا وَأَشْهِدُوا إِذَا تَبَايَعْتُمْ وَلَا يُضَارَّ كَاتِبٌ وَلَا شَهِيدٌ وَإِنْ تَفْعَلُوا فَإِنَّهُ فُسُوقٌ بِكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

(Al-baqarah:282) 

Tafsiran:

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu’amalah tidak secara tunai untuk
waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. dan hendaklah seorang
penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. dan janganlah penulis enggan
menuliskannya sebagaimana Allah mengajarkannya, meka hendaklah ia menulis, dan
hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan (apa yang akan ditulis itu),
dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi
sedikitpun daripada hutangnya. jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya
atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, Maka
hendaklah walinya mengimlakkan dengan jujur. dan persaksikanlah dengan dua
orang saksi dari orang-orang lelaki (di antaramu). jika tak ada dua oang
lelaki, Maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi
yang kamu ridhai, supaya jika seorang lupa Maka yang seorang mengingatkannya.
janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil;
dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil maupun besar sampai
batas waktu membayarnya. yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih
menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu.
(Tulislah mu’amalahmu itu), kecuali jika mu’amalah itu perdagangan tunai yang
kamu jalankan di antara kamu, Maka tidak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak
menulisnya. dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah penulis
dan saksi saling sulit menyulitkan. jika kamu lakukan (yang demikian), Maka
Sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. dan bertakwalah kepada
Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.”

Saturday, February 17, 2018

Amalan Perakaunan Baik (No.2) - Merekod Perbelanjaan Setahun (untuk setiap bulan)***


Amalan Perakaunan Baik (No.2) - 
Merekod Perbelanjaan Setahun (untuk setiap bulan)***


Dalam tajuk kali ini, kita akan membincangkan berkenaan perbelanjaan yang perlu dibayar setiap tahun tetapi perlu direkodkan setiap bulan.

Antara perbelanjaan yang ketara adalah seperti premium insurans.

Insurans pada kebiasaannya akan perlu diambil dan diperbaharui setiap tahun. Jumlah premium yang besar perlulah dibahagikan dengan 12 bulan iaitu bersamaan dengan setahun perlindungan insurans.

Oleh yang berkenaan, jika jumlah invoice yang dibilkan adalah RM 12,000 pada bulan Januari untuk perlindungan setahun. Maka catatan jurnal untuk merekod perbelanjaan ini adalah seperti berikut;

Dr. Perbelanjaan prabayar - insurans     RM 11,000.00 (baki 11 bulan)
Dr. Insurans                                            RM   1,000.00 (insurans bulan pertama)
      Cr. Pemiutang Insurans                                             RM 12,000.00
(pembelian insurans untuk 12 bulan)


Selain daripada insurans, terdapat perbelanjaan lain yang untuk tempoh melangkaui sebulan perlu di rekod secara betul kepada bulan yang betul.

Antaranya, yang perbelanjaan lain yang kerap berlaku seperti ini adalah invoice untuk 

  • cas setiausaha syarikat (pada kebiasaan dibilkan 3 bulan pada satu invoice).
  • bil sewa mesin photocopy juga selalu dibilkan untuk tempoh 2 dan 3 bulan sekali.
  • bil-bil utiliti dan lain-lain.
Oleh yang demikian, anda semua perlu memastikan perbelanjaan direkod dengan betul dan ini akan menjadikan maklumat yang tertera didalam laporan untung rugi dan kunci kira-kira lebih tepat.

Harap ilmu ini dapat membantu anda semua.

Silakan share pada yang berminat dengan ilmu perakaunan.


Terima kasih













Tuesday, February 6, 2018

Amalan Perakaunan Baik (No.1) - Merekod Baucar Bayaran (Payment Voucher)


Amalan Perakaunan Baik (No.1) - Merekod Baucar Bayaran

Menjadi satu tugas untuk akauntan-akauntan merekod payment voucher (PV) kedalam sistem perakaunan.

Namun begitu terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira apabila hendak mula merekod.

Adakah anda menyediakan PV secara manual, iaitu dengan menggunakan PV yang dibeli dari pembekal atau menyediakan secara manual menggunakan MS WORD atau pun MS EXCEL.





Atau pun, PV anda telah direka khas didalam sistem perakaunan dan anda hanya perlu print dari sistem dan tidak perlu membuat secara manual.


Apabila anda menggunakan PV manual, ertinya anda akan menyediakan bayaran sebelum maklumat mengenai pembayaran direkod didalam sistem perakaunan dan menggunakan PV dari sistem pula adalah sebaliknya.

Kedua-dua cara mempunya kebaikan dan keburukan tersendiri. Namun begitu, pada pengalaman saya setelah hampir 10 tahun bekerja, adalah lebih baik menyediakan PV secara manual dahulu, setelah bayaran dibuat dan cek telah diberikan, barulah terus menyediakan PV dari sistem perakaunan. Walaupun ia leceh kerana terpaksa membuat dua kali kerja, ia lebih selamat dan juga memastikan rekod perakaunan anda adalah tepat.

Senario apabila anda tidak menggunakan PV Manual

Anda telah menyediakan pembayaran dengan PV didalam sistem. Namun begitu, bayaran belum lagi dibuat. Akibatnya, rekod perakaunan akan menunjukkan bahawa bayaran telah dilakukan walaupun status cek belum dapat dikenalpasti.

Contoh, anda telah membuat cek dan PV kepada pembekal, namun begitu cek tersebut masih disimpan didalam laci staf dipejabat. Apabila pembekal bertanya mengenai bayaran kepada seseorang selain dari anda, mereka berkemungkinan tidak mengetahui bahawa cek masih belum diberikan. Tetapi rekod bayaran telah dibuat dan telah ditolak dari baki pemiutang yang ada.

Ini akan menyebabkan salah faham yang tidak perlu wujud akibat dari perbezaan rekod.

Antara masalah lain, apabila cek ini dibatalkan. Namun ia masih belum dibatalkan didalam sistem perakaunan. Ini juga pasti mendatangkan masalah.

Selain itu, apabila anda telah terlalu banyak menyediakan PV dan cek didalam sistem tetapi masih belum membuat bayaran, penyata penyesuaian bank perlu dilakukan dengan teliti. Jika tidak, baki lejer bank anda tidak akan dapat dipadankan dengan baki di bank.

Justeru,

Cara yang lebih baik adalah dengan menyediakan PV manual. Dan hanya merekod kedalam sistem setelah cek itu dikeluarkan kepada penerima.


Sekian, terima kasih