Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Thursday, March 29, 2018

Cukai pendapatan untuk Gaji Pemilik Syarikat Milikan Tunggal (Sole Proprietorship) dan Perkongsian



Cukai pendapatan untuk Gaji Pemilik Syarikat Milikan Tunggal (Sole Proprietorship)/Perkongsian


Adakah anda tahu, bahawa gaji yang dibayar oleh pemilik syarikat milikan tunggal dan perkongsian kepada diri mereka sendiri tidak membantu dalam mengurangkan cukai terkumpul yang perlu dibayar.

Gaji pemilik perlulah ditambahkan semula dalam pengiraan cukai pendapatan bagi pemilik jenis ini. Kerana gaji pemilik adalah dikira sebagai ambilan.

Oleh itu, sila berhati-hati dalam menyediakan akaun anda. Pastikan anda tidak tersilap dalam meletakkan perbelanjaan 


PERNIAGAAN DAN PERKONGSIAN
PENGENALAN
Keuntungan yang diperolehi daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion adalah merupakan pendapatan yang layak dikenakan cukai.
Perniagaan terdiri daripada:
  • Milikan Tunggal /Bekerja Sendiri
    • Individu yang menjalankan perniagaan secara perseorangan
  • Perkongsian
    • Meliputi sebarang bentuk kerjasama antara dua atau lebih pihak bagi menyatukan hak, kuasa, tenaga kerja atau kemahiran dalam menjalankan perniagaan dan mewujudkan perkongsian keuntungan. Perkongsian mungkin wujud di antara :
      • Individu-individu
      • Dua syarikat
      • Individu dan syarikat
      • Individu dan pemegang amanah bagi sesuatu penyelesaian
Contoh Perniagaan :
  • Perniagaan runcit
  • Perniagaan jualan langsung
  • Pertanian dan penternakan
  • Perniagaan gerai
  • Klinik, firma guaman atau lain-lain pengamal professional
  • Bidang penulisan dan lakonan
  • Broker Saham
TANGGUNGJAWAB
  • Mendaftar sebagai pembayar cukai apabila telah memulakan perniagaan - Daftar Fail
  • Mendapatkan Borang Nyata Cukai Pendapatan dari cawangan LHDNM yang berhampiran (jika belum terima)
  • Melengkapkan Borang B (Milikan Tunggal) dan Borang P (Perkongsian)
  • Menyediakan penyata akaun dan penyata lain-lain pendapatan seperti penyata sewa dan penyata komisen
  • Mendapatkan ejen cukai bertauliah untuk penyediaan akaun (jika perlu)
  • Merujuk dokumen sokongan seperti resit insurans nyawa, resit derma, resit buku, resit zakat untuk tujuan tuntutan potongan, pelepasan dan rebat
  • Merujuk Nota Penerangan sebagai panduan - nota penerangan Borang B / nota penerangan Borang P
  • Maklumat tambahan perkongsian
    • Ahli Kongsi Utama bertanggungjawab untuk mengisi Borang P dan menyediakan CP30 untuk setiap ahli kongsi- Borang CP30
    • CP30 menunjukkan agihan pendapatan (keuntungan/kerugian) kepada ahli-ahli kongsi
    • Setiap ahli kongsi perlu melaporkan penerimaan pendapatan daripada perkongsian di dalam Borang B masing-masing
    • Ahli Kongsi Utama juga bertanggungjawab maklumkan LHDNM secara bertulis sekiranya perkongsian tamat/ditukar kepada Milikan Tunggal/Syarikat Sendirian Berhad
  • Suami dan isteri perlu mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan secara berasingan
  • Mengira sendiri cukai pendapatan
  • Menyemak dan TANDATANGAN Borang Nyata yang telah lengkap diisi
  • Menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan pada tarikh yang telah ditetapkan
  • Dokumen sokongan seperti rekod perniagaan, CP30 dan resit tuntutan tidak perlu dikemukakan
  • Menyimpan semua rekod perniagaan dan dokumen sokongan untuk potongan, pelepasan serta rebat selama 7 tahun
  • Rekod perniagaan meliputi penyata akaun untung rugi, kunci kira-kira perniagaan serta rekod jualan, belian, stok resit, bil dan penyata bank
  • Tarikh akhir penghantaran Borang B dan Borang P ialah pada atau sebelum 30 Jun
  • Tarikh akhir pembayaran baki cukai (jika ada) ialah pada atau sebelum 30 Jun
  • Mematuhi arahan bayaran ansuran (CP500) Skim Ansuran CP500
PENDAPATAN KASAR PERNIAGAAN
Pendapatan kasar perniagaan termasuk :
  • Penerimaan tunai bagi barang-barang yang dijual atau perkhidmatan yang diberikan
  • Semua hutang yang terbit daripada barang-barang yang dijual dan perkhidmatan yang diberikan
  • Penerimaan berupa barangan
  • Hutang lapuk perniagaan yang pulih
  • Pampasan insurans yang diterima berhubung dengan kerugian perniagaan
  • Pengeluaran atau pengambilan stok dagangan untuk kegunaan sendiri
PENDAPATAN LARASAN DARI SUMBER PERNIAGAAN
Ditentukan daripada pendapatan kasar ditolak perbelanjaan berikut :
  • Perbelanjaan perniagaan dibenarkan
  • Perbelanjaan khusus yang dibenarkan
  • Potongan perbelanjaan dua kali di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
  • Elaun Eksport
PERBELANJAAN PERNIAGAAN
Dibenarkan
Tidak Dibenarkan
Perbelanjaan yang dilakukan di dalam menghasilkan pendapatan
Contoh:
  • Bayaran Upah/Gaji
  • Bayaran KWSP
  • Sewa premis perniagaan
  • Faedah pinjaman perniagaan
  • Perbelanjaan pembaikan ke atas premis dan kenderaan yang digunakan untuk perniagaan
Perbelanjaan bagi tujuan persendirian

Contoh:
  • Manfaat kediaman
  • Bayaran bil telefon
Perbelanjaan pembelian aset peribadi
Contoh :
  • Pembelian kereta peribadi
  • Pembelian Perabot
Perbelanjaan permulaan
Contoh :
  • Belanja penubuhan perniagaan
  • Perbelanjaan pengiklanan
PERBELANJAAN KHUSUS YANG DIBENARKAN
Di antara perbelanjaan khusus yang dibenarkan sebagai tolakan ialah :
  • Perbelanjaan majikan atas peralatan untuk membantu pekerja kurang upaya (OKU)
  • Perbelanjaan bagi penerbitan dalam Bahasa Kebangsaan
  • Sumbangan kepada perpustakaan
  • Perbelanjaan mengadakan perkhidmatan, kemudahan awam dan sumbangan kepada Badan Amal atau Projek Awam
  • Perbelanjaan majikan bagi penyediaan dan penyelengaraan Pusat Asuhan Kanak-Kanak untuk manfaat pekerja
  • Perbelanjaan majikan bagi penyediaan kumpulan muzik atau kebudayaan
  • Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian dan kebudayaan
ELAUN MODAL
Diberi tolakan daripada pendapatan perniagaan sebagai ganti kepada perbelanjaan susutnilai bagi pembelian aset yang digunakan di dalam perniagaan
  • Contoh aset yang digunakan di dalam perniagaan ialah kereta, mesin, alat pejabat, perabot dan komputer
  • Syarat yang melayakkan tuntutan elaun modal ialah :
    • Menjalankan perniagaan
    • Membeli aset perniagaan
    • Aset digunakan di dalam perniagaan dan
    • Tuan punya aset
  • Kadar elaun adalah bergantung kepada jenis aset tetap yang digunakan
  • Jenis dan Kadar Elaun Modal ialah :
JENIS ELAUN
JENIS ASET
KADAR (%)
Elaun Permulaan
Semua jenis aset
20 %
Elaun Tahunan
Kenderaan Bermotor dan Jentera Berat
20 %
Loji dan Jentera
14 %
Peralatan Pejabat, Perabot dan Lekapan
10 %
Komputer
40 %

3 comments:

  1. Salam Tuan,
    Boleh tolong tunjukkan bagaimana untuk mengira Elaun modal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. elaun modal dikira seperti susut nilai,
      contoh komputer = RM 3,000
      elaun modal pada tahun pertama yg boleh ditolak = RM 3000 x 20% = RM 600.00
      pada tahun kedua = RM 3,000 x 40% = RM 1,200.00
      pada tahun ketiga = RM 3,000 x 40% = RM 1,200.00

      Delete
  2. Assalam Tuan,

    Saya ada mengambil gaji. Namun disebabkan perniagaan masih baru dan belum stabil, maka jumlah gaji yg diambil adalah tidak tetap.Bergantung pada hasil bulanan perniagaan bahkan ada bulan yang langsung tak diambil gaji.

    Jika berpandukan kenyataan yang dihighlight kuning di atas, mengikut nasihat Tuan, adakah lebih baik saya rekodkan saja terus sebagai ambilan setiap bulan dan bukannya gaji?

    Terima kasih

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.