Tuesday, 4 December 2018

Tutup Akaun Hujung Tahun - Close Accounts


Tutup Akaun Hujung Tahun - Close Accounts 

Tahun 2018 hampir ke penghujung. Maka bermulalah episod penutupan akaun bagi syarikat-syarikat yang tahun berakhirnya jatuh pada bulan disember.

Menutupkan juga bermaksud anda bersedia untuk diaudit dan juga menyerahkan laporan kewangan kepada ahli lembaga pengarah dan pemilik-pemilik syarikat.

Harapan saya anda berjaya menyiapkan akaun anda pada masa-masa ini kerana pada masa ini juga tugasan kepada seorang akauntan agak berat seperti menyiapkan budget untuk tahun hadapan, iaitu tahun yang mungkin agak mencabar untuk syarikat-syarikat yang sedang berkembang.

Akaun perlulah disiapkan secepat mungkin bagi mengelakkan kelewatan dalam menyediakan "annual return" kepada pihak SSM. Jika terlewat, kompaun mungkin dikenakan kepada semua pengarah.

Pada masa yang sama, cukai taksiran syarikat perlulah dikira oleh ajen cukai anda. Sama ada anda perlu membayar cukai atau tidak, banyak bergantung kepada perbelanjaan yang dibenarkan oleh LHDN. Jika syarikat anda rugi, dan rugi tersebut berpunca daripada belanja yang tidak dibenarkan, maka anda akhirnya perlu juga membayar cukai pendapatan untuk syarikat anda.

Untuk memudahkan semakan pada akaun anda, beberapa dokumen perlu disediakan seperti :
1. Fixed asset listing
2. Other asset listing
3. Trade payables and receivable listing / Ageing Report
4. Accrued listing
5. Finance cost listing.

Jika anda mempunya kesukaran, kami di AKCo. boleh membantu anda. Cuma hubungi
En Awaludin di 018-8740955 atau email ke awaludin@akncorp.com


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Jadual Caruman Skim Insurans Pekerja (Employee Insurance Scheme) - PERKESO

Jadual Caruman Skim Insurans Pekerja (Employee Insurance Scheme) - PERKESO Sumber : https://www.perkeso.gov.my/index.php/en/eis-registra...