Aset Tak Ketara (Intangible Asset)
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera
Aset tidak ketara adalah aset yang tidak semestinya mempunyai bentuk fizikal.
Contoh-contoh aset tidak ketara
1. Lesen
2. Paten
3. Hak cipta
4. Tanda dagangan (trademark)
5. Harta Intelek
6. Jenama
Aset tidak ketara yang direkod pada asasnya akan mempunyai dua (2) jenis jangka hayat.
1. Jangka hayat terhad (definite life-cycle).
2. Jangka hayat tidak terhad (indefinite life-cycle).
Jangka hayat terhad bermaksud, aset tidak ketara yang anda miliki tidak boleh digunakan
melebihi dari sesuatu tempoh yang dibenarkan. Contohnya, penggunaan Perisian Komputer
yang menghadkan tempoh penggunaan selama 2 tahun.
Jangka hayat tidak terhad pula sebaliknya. Aset ini tidak mempunyai tempoh tertentu dan
boleh digunakan bila-bila masa.
Contoh untuk merekod aset tak ketara
Syarikat Awal telah mendapatkan lesen untuk mencetak pakaian berjenama "123" untuk
tempoh 2 tahun dengan jumlah RM 10,000.00
Oleh itu, cadangan catatan bergu adalah seperti berikut
DR. Aset Tak Ketara RM 10,000.00
CR. Tunai RM 10,000.00
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.