Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Wednesday, February 21, 2024

SPM Tingkatan 4 - Andaian, Prinsip Dan Batasan Perakaunan

 

SPM Tingkatan 4 - Andaian, Prinsip
Dan Batasan Perakaunan

Andaian (Assumptions)

1. Entiti Berasingan
Pemilik dan Perniagaan adalah dua entiti yang berbeza.
Jika dalam perniagaan, terdapat transaksi peribadi,
maka ianya perlu diasingkan dan direkod dalam
akaun peribadi (contoh : akaun ambilan).

2. Usaha Berterusan (Going Concern)
Perniagaan dianggap akan terus beroperasi untuk untuk 
jangka hayat yang tidak terbatas.

3. Wang Sebagai Ukuran
Semua rekod perakaunan perlu direkod dalam matawang
negara masing-masing. Malaysia pastinya menggunakan
Ringgit Malaysia (MYR).

4. Tempoh Perakaunan
Tempoh bagi merekod satu kitaran masa perakaunan 
digunakan sebagai perbandingan prestasi perniagaan.
Contohnya satu tahun bermula daripada 1 Januari sehingga
31 Disember.

Prinsip Perakaunan (Accounting Prinsip)

1. Konsistensi / Ketekalan
Kaedah merekod yang sama digunakan. 

Contoh 1 -
kaedah mengira susut nilai garis lurus digunakan dan tidak
ditukar kepada susut nilai baki berkurangan.

Contoh 2 -
Menggunakan prinsip akruan secara berterusan tanpa
bertukar semula kepada prinsip tunai.

2. Pengiktirafan Hasil Dan Belanja
(Recognition of Revenue & Expenditure)
Hasil dan belanja dipadankan dengan tepat untuk
mengelakkan manipulasi perakaunan dan untuk
mengetahui prestasi sebenar syarikat. Elakkan daripada
merekod jualan yang belum disempurnakan.

3. Prinsip Kos.
Kos direkod pada tarikh belian.

Contoh 1-
Kos belian sebuah kereta yang direkod adalah RM 50,000.
Dan nilai tersebut tidak berubah walaupun kereta tersebut 
nilainya menurun.

Batasan Perakaunan (Accounting Limitation)

Kos penyediaan maklumat perakaunan, mestilah tidak melebihi
daripada nilai maklumat tersebut.

Contoh 1-
Kos membuat penilaian harga syarikat adalah RM 20,000.00,
akan tetapi, syarikat tersebut mempunyai jumlah jualan
RM 5,000.00.

SPM Tingkatan 4 - Pengguna Penyata Kewangan

SPM Tingkatan 4 - Pengguna Penyata Kewangan

Terdapat dua (2) kategori pengguna penyata kewangan.
  1. Pengguna Dalaman (Internal User)
  2. Pengguna Luaran (External User)
Pengguna Dalaman adalah pengguna dari pihak syarikat itu 
sendiri. Antaranya adalah

1. Pemilik Perniagaan.

    a) Mahu mengetahui prestasi syarikat.
    b) Membuat keputusan (decision making) berkaitan.

2. Pengurusan.

    a) Merancang aktiviti syarikat.
    b) Membuat kawalan dalaman (Internal Control)
    c) Menjadikan laporan penyata kewangan sebagai rujukan.

3. Pekerja

    a) Memastikan syarikat berupaya membayar gaji atau upah yang 
        dijanjikan.
    b) Mengetahui kestabilan syarikat.


Pengguna Luaran datang dari pihak yang mempunyai 
kepentingan terhadap syarikat, iaitu

1. Agensi Kerajaan 

    a) memastikan pematuhan piawaian perakaunan.
    b) memastikan laporan berkaitan dengan cukai adalah tepat.

2. Pihak Bank

    a) membuat pertimbangan untuk memberikan pinjaman 
        perniagaan.

3. Pembekal.

    a) memastikan syarikat mempunyai keupayaan untuk 
        membayar hutang dari kredit yang diberikan.

4. Pelabur

    a) mengetahui prestasi syarikat dan mempertimbangkan 
        risiko dalam pelaburan.



Tuesday, August 1, 2023

Kos Tetap & Kos Berubah

Kos Tetap Dan Kos Berubah


Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera


Pengertian Kos

Kos adalah suatu perbelanjaan untuk sesebuah

entiti yang digunakan dalam penghasilkan barang

dan perkhidmatan.


Terdapat dua (2) kategori kos

Kos Tetap (atau Belanja tetap)

a. Perbelanjaan yang tidak berubah dan tidak terkesan

dengan faktor pengeluaran.

contoh : sewa kilang, gaji tetap pekerja, susutnilai, insuran.
















Kos Berubah (Belanja berubah)

a. Perbelanjaan yang berubah-ubah atas faktor pengeluaran.

contoh : bahan mentah, upah pekerja, utiliti.

Wednesday, May 31, 2023

Cara Merekod Terlebih Membayar Belanja

 

Cara Merekod Terlebih Membayar Belanja


Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Pernah terlebih membayar sesuatu perbelanjaan,

contohnya, sewa, utiliti ataupun gaji?

Jika Ya!, maka anda perlu membuat pelarasan

untuk membetulkan catatan rekod anda.



Contoh 1 : 

Pada 31 January 2023, Azaman Enterprise 

menerima bil elektrik berjumlah RM 100.00.

Bayaran tunai dibuat sebanyak RM 150.00.



Cadangan merekod :

Debit : Akaun Elektrik - RM 100.00

Debit : Akaun Prabayar Elektrik - RM 50.00

Kredit : Akaun Tunai - RM 150.00



Sekian, terima kasih



Saturday, February 18, 2023

Thursday, January 19, 2023

Sample Document - Payment Voucher (Baucer Bayaran)

 

Sample Document - Payment Voucher 

(Baucer Bayaran)


Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Hi, we are sharing a sample of payment voucher

which you can download using the link below :


Sample Form - Payment Voucher.xlsx


You can also make any changes to the form.

Just remember to put in your company logo

if you have any and put in the business

address.





Hope it helps.

Thank you.

Wednesday, January 18, 2023

Bagaimana Merekod Imbuhan, Gaji Atau Upah Untuk Pengarah Syarikat

 

Bagaimana Merekod Imbuhan, Gaji Atau Upah 

Untuk Pengarah Syarikat


Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera


Pada hari ini, ingin saya mengajak saudara bagaimana

untuk bersedia dalam merekod perbelanjaan pengarah.

Pada kebiasaanya, kita akan menyediakan beberapa

akaun-akaun belanja yang berkaitan seperti dibawah:





Director's Remuneration

Kita gunakan sebagai sebagai "header" (kepala)

untuk mengumpulkan semua sub-akaun kecil

dibawahnya.


Director's Allowance

Masukkan JUMLAH elaun/gaji/upah yang akan

dibayar kepada pengarah.


Director's EPF / Socso / EIS

Masukkan JUMLAH bayaran diatas untuk

caruman bahagian MAJIKAN SAHAJA.


Director's Benefit In Kind

Masukkan imbuhan yang bukan-tunai 

(non-cash benefit) yang diterima secara

tidak langsung oleh pengarah. Contohnya

kereta, sewa rumah, dan percutian.


Director's Claim

Ini adalah optional, dimana saya akan

membezakan antara claim pengarh dan staff.

Pecahan akaun ini membantu untuk kita

membuat semakan dilain masa.


Maklumat-maklumat diatas mungkin

sensitif dan sulit, dan hanya boleh diakses oleh

staff yang dibenarkan sahaja. Jika demikian,

maka anda tidak perlu risau kerana catatan

tersebut mungkin direkod oleh staff yang

lebih senior.


Kita akan sambung dibahagian dua (2)

bagaimana untuk membuat catatan jurnal rekod

imbuhan pengarah.


Sekian, terima kasih.