Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Wednesday, February 24, 2021

Merekod kehilangan atau kecurian wang dalam perniagaan

 

Merekod kehilangan atau kecurian wang dalam perniagaan

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera

Ingin saya memberi tunjuk ajar bagaimana anda boleh merekod wang yang hilang akibat

1. Curi & Rompak

2. Khianat

3. Hilang sewaktu dalam transit ke bank.

4. Kerosakan atau bencana.


Langkah 1 :

Sediakan satu akaun belanja baru dan namakannya sebagai Akaun Kehilangan Tunai (Loss of Cash)


Langkah 2:

Rekodkan jumlah kehilangan tunai ke Akaun Kehilangan Tunai (Loss of Cash).

Debit - Akaun Kehilangan Tunai RM xx,xxx.xx

                    Kredit - Akaun Tunai/Bank RM xx,xxx.xx


Mudah sahajakan.

Sekian, selamat mencuba.





Tuesday, February 2, 2021

Akaun Belian & Akaun Pulangan Belian


 Akaun Belian & Akaun Pulangan Belian


Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Kali ini saya ingin menerangkan tentang akaun belian (purchase) dan 

pulangan belian (purchase return). 


Akaun Belian

Pada kebiasaannya, akaun belian digunakan untuk merekod dua (2) belanja berikut :

1. Belian barang perniagaan.

2. Belian perkhidmatan untuk dibekalkan.

Akaun belian direkod dibahagian debit.


Belian barangan diatas akan dijumlahkan menjadi komponen kepada kos jualan.

Belian barangan yang tidak terlibat seperti belian peralatan untuk kegunaan

perniagaan itu sendiri tidak harus direkod kedalam akaun belian. Ingat, akaun belian

hanya untuk belian produk atau perkhidmatan untuk dibekalkan kepada pelanggan.


Akaun Pulangan Belian

Akaun pulangan belian, pula adalah untuk merekod belian yang telah dibeli pada awalnya,

tetapi dipulangkan kerana kesalahan seperti, terlebih hantar, atau salah hantar barang oleh

pembekal.

Semua rekod pulangan belian akan direkod dibahagian kredit, dan ditolak daripada akaun belian

untuk mendapatkan jumlah belian bersih.


Sekian.