No Par Value Shares
Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera
No Par Value Shares adalah kaedah dimana saham didalam syarikat menggunakan nilai yang tidak lagi
mempunyai nilai asas yang sebelum ini selalunya diletakkan pada harga RM 1.00 setiap saham.
Berikut adalah tiga contoh catatan beregu yang dibuat semasa Par Value Shares digunakan.
Contoh 1 :
1,000 unit @ RM 1.00 par value, dibayar pada harga RM 1.00 setiap satu.
Debit : Tunai/Bank RM 1,000.00
Kredit : Saham Berbayar (Share Capital) RM 1,000.00
Contoh 2 :
1,000 unit @ RM 1.00 par value, dibayar pada harga RM 0.80 setiap satu.
Debit : Tunai/Bank RM 800.00
Debit : Share Discount RM 200.00
Kredit : Saham Berbayar (Share Capital) RM 1,000.00
Contoh 3 :
1,000 unit @ RM 1.00 par value, dibayar pada harga RM 1.20 setiap satu.
Debit : Tunai/Bank RM 1,200.00
Kredit : Saham Berbayar (Share Capital) RM 1,000.00
Kredit : Share Premium RM 200.00
Pada waktu kini, Par Value Shares TIDAK lagi digunakan. Oleh yang demikian, Akaun Share Premium
dan Share Discount juga tidak lagi digunakapakai.
Semua saham yang dibayar perlulah mempunyai nilai semasa sewaktu saham tersebut dibayar.
Contoh 1 :
1,000 unit saham @ RM 1.35 per share perlulah dibayar penuh, RM 1,350.00
Catatan beregu untuk merekod saham tersebut adalah seperti berikut
Debit : Tunai/Bank RM 1,350.00
Kredit : Saham Berbayar (Share Capital) RM 1,350.00
Contoh 2 :
1,000 unit saham @ RM 0.90 per share dibayar penuh, RM 900.00
Catatan beregu untuk merekod saham tersebut adalah seperti berikut
Debit : Tunai/Bank RM 900.00
Kredit : Saham Berbayar (Share Capital) RM 900.00
Dengan ini, tiada lagilah keperluan menggunakan share discount atau share premium.
Harap dapat mencuba.
Sekian.