Pengurusan Hutang (Debt Management)
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera
Pada kali ini, ingin saya kongsikan beberapa tips untuk membantu anda
mendapatkan kutipan hutang dan mengurangkan jumlah kredit yang
anda berikan pada pelanggan.
1. Pastikan anda mempunyai maklumat hutang yang tepat.
Beberapa laporan perakaunan berkenaan dengan hutang perlulah disediakan seperti;
a) debtors ageing report
b) debtors statement of accounts.
2. Pastikan anda menghantar semua invoice dan statement of accounts kepada pelanggan
anda.
a) Pastikan anda sekurang-kurangnya menelefon atau menghantar email kepada mereka
bagi mengesahkan mereka menerima maklumat tentang hutang mereka.
3. Jikalau hutang-hutang tersebut adalah hutang berkaitan syarikat pengarah (related company
transactions), pastikan pengarah-pengarah yang berkenaan sedia memberikan komitmen untuk
membayar hutang. Perjanjian Jaminan Pengarah (Director's Guarantee) akan membantu
syarikat mengutip hutang yang dibuat kepada syarikat berkaitan pengarah.
4. Kurangkan tempoh berhutang (credit terms) dan jumlah kredit yang diberi.
Pastikan anda tidak memberikan kredit dengan mudah. Usaha untuk dibayar secara tunai.
Jika tidak, pastikan anda diberi bayaran deposit untuk jualan yang anda lakukan.
5. Konsisten untuk menghutip hutang
a) Pastikan anda sentiasa berhubung dengan penghutang
b) Jangan tertipu atau terperangkap dengan alasan-alasan yang tidak munasabah.
c) Pastikan pelanggan yang berhutang memberikan keutamaan untuk membayar hutang anda.
6. Buat laporan kredit untuk bakal pelanggan anda. Semak maklumat mereka melalui CTOS atau
mana-mana sistem yang berkaitan. Ingat, jangan mudah percaya kepada sesiapapun.
7. Hantar surat peringatan untuk penghutang.
8. Jika mereka masih mengabaikan hutang, anda perlu menghantar surat tuntutan (letter of demand)
melalui peguam. Ini memberikan amaran kepada penghutang anda, sekiranya mereka masih
berdegil, anda boleh membawa tindakan mahkamah kepada mereka.
Harap dapat membantu.
Sekian.