Perbezaan Hutang Ragu Dan Hutang Lapuk
Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera
Mari kita pelajari perbezaan hutang ragu dan lapuk.
Hutang Ragu
1. hutang yang berkemungkinan tidak dapat dikutip
setelah beberapa tempoh waktu.
2. direkod dengan kaedah membuat peruntukkan
hutang ragu dan belanja.
3. tidak boleh ditolak dengan cukai kerana perbelanjaan
ini belum berlaku.
4. Tidak ditolak dengan mana-mana penghutang.
Contoh Hutang Ragu
Mamak Enterprise mempunyai jumlah penghutang
niaga RM 200,000.00. Oleh itu mereka akan membuat
peruntukkan hutang ragu sebanyak 5% setahun.
Catatan Perakaunan Hutang Ragu
Debit - Peruntukkan Hutang Ragu RM 10,000.00
(Untung/Rugi)
Kredit - Peruntukkan Hutang Ragu Terkumpul RM 10,000.00
(Kunci Kira-kira)
Hutang Lapuk
1. hutang yang disahkan tidak dapat dikutip.
2. direkod sebagai perbelanjaan hutang lapuk.
3. Boleh ditolak dengan cukai kerana telah menjadi
nyata.
4. Ditolak terus dengan penghutang yang gagal membayar.
Contoh Hutang Lapuk
Syarikat ABD Sdn Bhd telah gagal mengutip hutang
daripada salah satu penghutang niaga berjumlah RM 5,000.00
Catatan Perakaunan Hutang Lapuk
Debit - Hutang Lapuk RM 5,000.00 (Untung/Rugi)
Kredit - Penghutang Niaga RM 5,000.00 (Kunci Kira-kira)
Sekian, Terima Kasih