Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Monday, October 31, 2016

Pengertian Debit Dan Kredit


Debit Dan Kredit


Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here)


https://youtu.be/zjydssd-OR8

Debit & Kredit merujuk kepada kedudukan transaksi kewangan
dalam sesuatu akaun.

Maksud debit

catatan perakaunan yang akan,
1. Meningkatkan nilai dalam akaun-akaun aset dan belanja.
2. Mengurangkan nilai dalam akaun-akaun liabiliti, ekuiti dan hasil.

Maksud kredit

catatan perakaunan yang akan,
1. Meningkatkan nilai dalam akaun-akaun liabiliti, ekuiti dan hasil.
2. Mengurangkan nilai dalam akaun-akaun aset dan belanja.


Dalam setiap transaksi perakaunan.
1. Debit dan kredit mesti berlaku serentak.
2. Jumlah debit dan jumlah kredit mestilah sama.




Berikut adalah beberapa contoh catatan debit dan kredit


Contoh 1:

Belian stok daripada pembekal secara hutang.

Debit Akaun Belian - RM 1,000.00 (aset bertambah)

Kredit Akaun Pemiutang Dagangan - RM 1,000.00 (liabiliti bertambah)


Contoh 2:

Jualan stok kepada pelanggan secara tunai

Debit Akaun Tunai - RM 2,000.00 (aset bertambah)

Kredit Akaun Jualan - RM 2,000.00 (hasil bertambah)


Contoh 3:

Merekod duit tunai di masukkan ke dalam bank

Debit Akaun Bank - RM 2,000.00 (aset bertambah)

Kredit Akaun Tunai - RM 2,000.00 (aset berkurang)


Contoh 4:

Merekod bayaran kepada pembekal menggunakan cek.

Debit Akaun Pemiutang Dagangan - RM 1,000.00 (liabiliti berkurang)

Kredit Akaun Bank - RM 1,000.00 (aset berkurang)


Contoh 5:

Merekod gaji akruan pada hujung bulan

Debit Akaun Gaji - RM 1,000.00 (belanja bertambah)

Kredit Akaun Gaji terakru - RM 1,000.00 (liabiliti bertambah)


Contoh 6:

Merekod bayaran gaji bulan lepas pada awal bulan selepasnya

Debit Akaun Gaji terakru - RM 1,000.00 (liabiliti berkurang)

Kredit Akaun Bank - RM 1,000.00 (aset berkurang)



Saturday, July 30, 2016

Jadual Aset Tetap (Fixed Asset Register) - DO IT YOURSELF





Kaedah menyediakan jadual aset tetap dengan mudah.

Kenapa kita perlu menggunakan jadual aset tetap?
1. Memudahkan pengiraan susut nilai bulanan/tahunan.
2. Menyemak baki Net Book Value/Nilai Buku pada hujung tahun.
3. Persiapan untuk audit pada setiap tahun berakhir.


Contoh Jadual Aset Tetap


Cara Penyediaan
1. Gunakan MS Excel dan buat jadual seperti contoh diatas.

2  Masukkan semua maklumat yang boleh didapati dari dalam invoice, bil, atau apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pembelian aset.

3. Letak Nama syarikat anda bekerja diatas dan juga tahun berakhir jadual aset tetap tersebut.

4. Gunakan formula didalam excel untuk mengira susut nilai.

5. Jangan lupa - sebaiknya, jadual aset tetap dibuat secara berasingan, gunakan worksheet excel yang lain tetapi didalam file yang sama.


6. Terakhir, buat rumusan jadual aset tetap anda menggunakan contoh dibawah.


Selesai, Sekian Terima Kasih

Wednesday, July 27, 2016

Mengenal Pasti Perbelanjaan dan Penggunaan Akaun Yang Tepat (Bahagian 2)




Mengenal Pasti Perbelanjaan dan Penggunaan Akaun Yang Tepat (Bahagian 2)

Bagi bahagian kedua, saya hanya menggunakan istilah biasa dalam bahasa Inggeris untuk memudahkan penulisan saya. Berikut adalah beberapa lagi contoh transaksi dalam perbelanjaan seharian sebuah syarikat.


Tuesday, July 26, 2016

Mengenal Pasti Perbelanjaan dan Penggunaan Akaun Yang Tepat (Bahagian 1)



Mengenal Pasti Perbelanjaan & Penggunaan Akaun Yang Tepat (Bhgn 1)

Pemilihan akaun yang akan digunakan untuk merekod dokumen yang diterima seperti Bil dan Invoice adalah sangat penting.

Kenapa Penting??
1. Silap rekod akan menyebabkan pengurusan salah membuat keputusan. (Misleading)
2. Perbelanjaan yang dibenarkan untuk tolakan cukai (Tax Deductible) tidak dapat ditolak cukai (add back)
3. Integriti sebagai seorang akauntan akan musnah kerana kesilapan yang material.


Langkah-Langkah yang perlu diambil
1. Perhatikan bil/invoice dengan teliti.
2. Kenal pasti jenis perbelanjaan yang berlaku.
3. Elakkan membuat andaian (assumption).
4. Dapatkan bantuan senior atau juru audit untuk consultation.


Berikut adalah contoh perbelanjaan biasa bagi sesebuah syarikat. Ingat! pastikan anda mahir dengan konsep akruan/accrual untuk memudahkan hidup anda di masa depan.


Setelah itu, pastikan kedudukan belanja didalam akaun untung rugi / profit and loss.


Dan yang terakhir, jangan lupa catatan bergu untuk merekod belanja yang masih belum dibayar menggunakan prinsip akruan / accrual.

Harap dapat difahami. Nantikan bahagian ke-2



Monday, May 23, 2016

Merekodkan Pembelian Sewa-Beli (Hire Purchase)





Bagaimana Untuk Merekodkan Pembelian Aset Secara Sewa-Beli.?

Aset yang dibeli melalui kaedah sewa beli (hire purchase) perlu direkodkan kedalam kunci kira-kira (balance sheet).

Maklumat yang perlu di dapati dari Perjanjian Sewa-Beli (Hire Purchase Agreement) yang akan digunaka adalah seperti berikut:

1. Harga OTR (on-the-road) termasuk kos insurans, pendaftaran dan cukai jalan.
2. Jumlah yang dipinjam.
3. Interest Rate.
4. Tempoh pinjaman
5. Bayaran Bulanan



Daripada Maklumat Di Dalam perjanjian sewa beli, anda boleh memudahkan kerja anda dengan menyediakan rumusan seperti dibawah.



Rumusan ini memudahkan anda untuk merekod dan menyemak kerja anda. Selalunya juga, juru audit akan meminta jadual ini daripada anda untuk memudahkan mereka menyemak rekod anda.





DIBAWAH ADALAH CATATAN BERGU UNTUK MEREKOD SEWA BELI DIATAS.

Buat catatan Jurnal Untuk Pembelian Secara Sewa-Beli
Dr. Aset - Kenderaan Bermotor          RM 80,230.96
Dr. Faedah Sewa-Beli Tertunggak      RM 16,070.40
                                                              Cr. Pemiutang Sewa Beli           RM 88,070.40
                                                              Cr. Tunai                                    RM  8,230.96
(sewa-beli kenderaan bermotor)

Catatan Jurnal untuk merekodkan faedah Sewa-Beli Secara Akruan
Dr. Faedah Sewa-Beli                         RM 149.00
                                         Cr. Faedah Sewa-Beli Tertunggak RM  149.00

Dr. Pemiutang Sewa-Beli                   RM  816.00
                                          Cr. Akruan - Sewa-Beli                  RM  816.00
(faedah sewa-beli bagi bulan March 2013)






DIBAWAH ADALAH CONTOH BAGAIMANA KUNCI KIRA-KIRA PERLU DISEDIAKAN PADA SETIAP HUJUNG TAHUN





Harap anda dapat cuba dan berjaya.

Sekian, terima Kasih

TAMAT.