Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Monday, September 30, 2019

Menentukan Anggaran Cukai Syarikat (Tax Estimation) Borang CP204 LHDN



Menentukan Anggaran Cukai Syarikat (Tax Estimation) Borang CP204 LHDN

Menentukan Anggaran Cukai

Berkuatkuasa daripada tahun taksiran 2006, anggaran cukai yang kena dibayar bagi sesuatu tahun taksiran hendaklah tidak kurang daripada 85% anggaran cukai dipinda bagi tahun taksiran sebelumnya. Jika tiada pindaan anggaran cukai dikemukakan, anggaran cukai tahun semasa hendaklah tidak kurang daripada 85% anggaran cukai pada tahun taksiran sebelum.
Bagi syarikat yang baru memulakan operasi, syarikat boleh menentukan anggaran cukai bagi tahun taksiran pertama mengikut anggaran keuntungan syarikat. Anggaran cukai pada tahun taksiran pertama tersebut akan menjadi asas untuk menentukan anggaran cukai tahun taksiran berikutnya.
Contoh:

Syarikat ABC Sdn Bhd mengemukakan anggaran cukai tahun taksiran 2007 sebanyak RM50,000. Pada bulan ke 6 / 9 syarikat telah meminda anggaran cukai kepada RM100,000. Pindaan tersebut telah dipersetujui oleh LHDNM.
Oleh itu tahun taksiran 2008, ABC Sdn Bhd hendaklah kemukakan anggaran cukai yang sekurang-kurang RM85,000 (85% daripada pindaan anggaran pada tahun taksiran 2007).
Mengemukakan Anggaran Cukai
Syarikat yang telah beroperasi (sedia ada) hendaklah mengemukakan anggaran cukai tidak lewat daripada 30 hari sebelum bermulanya tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran. Bagi syarikat baru beroperasi, anggaran cukai tersebut perlu dikemukakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh syarikat mula beroperasi
Contoh 1:

Syarikat ABC Sdn. Bhd. menyediakan akaun bagi tempoh 01/07/2008 sehingga 30/06/09 bagi tahun taksiran 2009.

Syarikat hendaklah kemukakan borang CP204 selewat-lewatnya pada 31/05/2008 (30 hari sebelum bermula tempoh asas).
Contoh 2:

Syarikat DEF Sdn. Bhd baru ditubuhkan pada 25/02/2012. Syarikat memulakan perniagaan pada 01/04/2012 dan menyediakan penyata akaun yang pertamanya sehingga 31/12/2013.

Syarikat hendaklah mengemukakan e-CP204 selewat-lewatnya pada 30/06/2012 (3 bulan dari tarikh syarikat mula beroperasi).

SUMBER: LHDN

Friday, September 27, 2019

Maksud Hasil Dan Belanja


Hasil Dan Belanja


Hasil (Income) dan Belanja (Expense) adalah komponen penting dalam Penyata Untung atau Rugi atau (Profit or Loss Statement).

Umumnya, syarikat akan menggunakan aset dan juga menampung kos perbelanjaan yang berkaitan untuk menjana hasil.

Pada setiap penghujung tempoh perakauanan, hasil dan belanja akan dikira secara keseluruhan dan perbezaannya akan menghasilkan untung atau rugi pada syarikat.

Hasil > Belanja = Untung
Hasil < Belanja = Rugi

Untung dan rugi inilah yang menjadi antara penilaian utama sesebuah syarikat sama ada ianya sedang maju berkembang atau sebaliknya.

Hasil
Hasil adalah pendapatan yang dijana disebabkan oleh pembekalan barangan ataupun perkhidmatan.

Contoh-contoh hasil adalah, jualan barangan runcit dan juga juga khidmat-khidmat professional.

Hasil yang berkualiti adalah hasil yang dapat dikutip dengan sempurna. Jika hasil, jualan, atau pendapatan hanyalah semata-mata hasil atas kertas, ianya tidaklah begitu berkualiti dan bermakna.

Belanja
Belanja adalah kos yang disebabkan daripada pembelian sesuatu dalam bentuk barangan ataupun perkhidmatan.

Contoh-contoh belanja adalah, gaji pekerja, utiliti, sewa dan juga kos pengangkutan.

Belanja juga memberi kesan langsung dan kesan tidak langsung pada syarikat. Belanja yang tidak memberi apa-apa kesan kepada syarikat adalah belanja yang tidak berkaitan dengan syarikat. Belanja tersebut boleh dikategorikan sebagai belanja yang tidak atau kurang bermanfaat.


Saturday, September 14, 2019

Kenal Pasti Titik Pulang Modal (Break Even Point) untuk Jualan & Kuantiti

.
Kenal Pasti Titik Pulang Modal (Break Even Point) untuk Jualan & Kuantiti

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Pernah anda bertanya berapa banyakkah kuantiti yang perlu anda jual untuk mendapatkan kembali modal anda, dan mungkin lebih dari itu, anda bertanya berapa kuantiti yang harus anda jual untuk mendapatkan untung yang anda inginkan?

Langkah-langkah yang perlu anda lakukan adalah:
1. Tentukan harga jualan.
2. Kirakan kos tetap.
3. Kirakan kos berubah.

Mengambil contoh mudah :
1. Harga jualan Produk A ialah RM 10.00
2. Kos tetap untuk produk A ialah RM 200.00
3. Kos berubah ialah RM 4.00

Kita boleh menggunakan persamaan linear dalam mencari titik pulang modal. y=mx +c
dimana "m" adalah kecerunan paksi dan c adalah pintasan pada "y".


Persamaan pertama ialah persamaan garis jualan. Jualan per unit adalah pada kadar RM 10, dan persamaannya ditulis sebagai y=10x+0. atau diringkaskan y=10x

Persamaan kedua adalah persamaan jumlah kos dan ia ditulis sebagai y=4x+200

Selepas itu, kita mengunakan penyelesaian yang berikut dimana

y = 10x dan y = 4x + 200

10x = 4x + 200

10x - 4x = 200

6x = 200

 x = 200/6

x = 33.3 adalah kuantiti yang perlu dijual untuk mendapatkan pulang modal

Kemudian, uji semula dengan menukarkan x kepada 33.33 kepada kedua-dua persamaan tadi iaitu
 y=10 x dan juga y= 4x +200. Anda akan dapati jumlah keduanya sama iaitu 333.33.

Oleh yang demikian kuantiti jualan balik modal adalah 33.33 unit dan RM jualan adalah 333.33.

Jika kuantiti jualan kurang daripada 33.33 maka, kerugian akan di alami manakala jualan melebihi kuantiti 33.33 akan menghasilkan keuntungan.



Sekian.







Thursday, September 12, 2019

Peruntukkan Rosot Nilai Stok (Provision for Stock Impairment)



Peruntukkan Rosot Nilai Stok (Provision for Stock Impairment)

OFFER PRICE/NET RELIASABLE VALUE < COST OF STOCK

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Peruntukkan rosot nilai stok asasnya berlaku apabila nilai jualan stok tersebut menurun lebih daripada harga kos stok.

Contoh :

Harga kos komputer riba model XP-1000, yang dibeli pada 1 Januari 2019 berharga RM 2,000.00 dengan kuantiti sebanyak 100 unit.

Pada penghujung tahun, Syarikat tersebut membuat jualan gudang dan menjual laptop tersebut pada harga RM 1,800.00 untuk baki unit sebanyak 20.

Oleh yang demikian, Perbezaan harga kos dan harga jualan adalah sebanyak RM 200.00 Keseluruhan model laptop tersebut akan mengalami rosot nilai dan peruntukkan untuk perlu disediakan.

RM 200.00 x 20 unit = RM 4,000.00

Catatan Bergu yang pelu dibuat adalah seperti berikut;

Debit - Peruntukkan Rosot Nilai Stok - RM 4,000.00 (Untung atau Rugi/Statement of Comprehensive Income)
Kredit - Peruntukkan Rosot Nilai Stok - RM 4,000.00 (Kunci Kira-Kira/Statement of Financial Position)


Wednesday, September 11, 2019

Pengurusan Jualan Secara Consignment



Pengurusan Jualan Secara Consignment

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Kali ini kita membincangkan tentang bagaimana anda menguruskan jualan anda secara consignment.

Kita melihat kepada aspek dokumentasi dan juga bagaimana merekod didalam sistem.

Pertama apabila membuat penghantaran barangan, anda perlu menyediakan Delivery Order (Nota Penghantaran) atau D/O kepada penerima. Anda boleh menggunakan D.O. yang bertulis tangan ataupun yang dicetak menggunakan komputer.

Pastikan jumlah kuantiti dan juga jenis barangan yang dihantar kepada pelanggan anda TEPAT dan pastikan juga D/O tersebut ditandatangan dan anda menyimpan salinan anda dengan baik.

Image result for delivery order

Apabila tiba masa untuk menerima bayaran, anda perlulah datang semula dan mengira semua stok anda dikedai tersebut. Mana-mana stok yang terjual dikira sebagai jualan anda kepada penerima stok dan mana-mana stok yang tidak terjual mungkin perlu anda ambil semula untuk digantikan dengan stok baru jika ianya telah rosak atau perlu dilupuskan.

Setelah mengetahui jumlah kuantiti dan barangan yang terjual, anda bolehlah mula mengeluarkan Sales invoice kepada pelanggan anda berdasarkan kuantiti yang TERJUAL SAHAJA. Oleh yang demikian, RETURN DELIVERY NOTE juga perlu disediakan untuk merekod stok yang anda bawa pulang.

Sekian.


Saturday, September 7, 2019

Depreciation of Fixed Assets



Depreciation of Fixed Assets

Assalamualaikum WBT and Hello to all my visitors.

Today we will talk about depreciation and why we need to apply depreciation to our fixed assets.

Fixed assets are assets that we purchase onto the company to bring in benefits and generating revenues.

Most assets that have significant value and lifetime more than one accounting period shall be recorded as fixed assets.

Thus, we need to provide a provision to the assets as consideration for its wear and tear from normal business uses.

Here in Malaysia, assets such as computers will be depreciated at 33% per annum or have a lifetime of 3 years.

The depreciation rate depends on the company's policy. You also can easily just follow the standard depreciation rate that is used by other companies.

Depreciation Rates Guides
1. Office Equipment - (10 % to 20 %)
2. Machinery - (15 % to 20 %)
3. Motor Vehicles - (20 % to 25 %)
4. Fixtures & Fittings (15 % to 25 %)
5. Renovations - (20 % to 25 %)
6. Computers - (20 to 33 %)

Memberi Jualan Kredit / Hutang kepada Pelanggan


Memberi Jualan Kredit / Hutang kepada Pelanggan

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Topik kali ini membincangkan tentang kaedah memberikan kredit kepada pelanggan anda.

Kredit yang dimaksudkan ialah kredit hutang dalam bentuk jumlah dan juga tempoh iaitu tempoh kredit (credit terms)

Kredit dalam bentuk jumlah ialah menghadkan pembelian oleh pelanggan supaya tidak melebihi suatu amaun yang ditetapkan. Ini kerana khuatir akan keupayaan pelanggan membayar jumlah pembelian barangan atau servis yang akan dibekalkan.

Contohnya, Pemborong Ali, menghadkan pembelian oleh Peruncit Ahmad untuk memborong barangan runcit sebanyak RM 5,000.00
Oleh yang demikian, Peruncit Ahmad hanya dapat membeli barang semula daripada Pemborong Ali jika telah menjelaskan sebahagian atau keseluruhan hutang tersebut.

Kredit dalam bentuk tempoh masa pula bermaksud hutang akan mula dituntut secara agresif selepas tamat tempoh kredit.

Contohnya, Pemborong Ali memberikan tempoh kredit selama14 hari kepada Peruncit Ahmad. Ini bermaksud, selepas 14 hari, Pemborong ali tidak akan melayan apa-apa permintaan daripada Peruncit Ahmad dan juga akan mengejar hutang tersebut.

Umum diketahui bahawa syarikat-syarikat liabiliti terhad seperti Sendirian Berhad (Sdn Bhd) atau Perkongsia Liabiliti Terhad (PLT), melindungi pemilik syarikat daripada tuntutan hutang syarikat.

Namun begitu, terdapat syarikat-syarikat yang hanya akan membekalkan secara kredit, selepas memastikan bahawa pelanggan mereka mampu membayar hutang kredit tersebut.

Mereka akan menyediakan borang Permohonan Kredit (Credit Application Form) yang perlu diisi oleh pengurusan syarikat, dan borang ini perlu ditandatangan oleh Pengarah Syarikat sebagai Penjamin (Guarantor) jika syarikat gagal melunaskan hutang itu.

Ini perlu untuk memastikan mereka dilindungi sekiranya syarikat pembeli barangan tersebut mengalami kebankrapan.

Sekian.

Kelemahan Dan Kekurangan Microsoft Excel untuk Merekod Transaksi dan Perakaunan


Kelemahan Dan Kekurangan Microsoft Excel untuk Merekod Transaksi Perakaunan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Disini saya ingin mengupas satu isu penting., iaitu merekod transaksi akaun pada Excel anda.

Saya melihat banyak pengguna yang gemar menggunakan Excel untuk membuat akaun syarikat.

Sememangnya terdapat harga pakej-pakej yang disediakan dengan harga murah dan berpatutan.

Namun begitu, merekod akaun syarikat menggunankan Excel tidak begitu digalakkan.

Hakikatnya, Excel yang disediakan mempunya macro dan formula-formula tertentu yang kadangkala tidak terdapat pada program Excel yang lama. Anda akan menemukan masalah seperti compatibility issues yang menyebabkan anda tidak dapat menggunakan Excel selagi anda tidak menaiktaraf program Excel yang sedia ada kepada yang lebih terkini.

Anda juga sangat dinasihatkan membuat banyak backup data file excel untuk menggelakkannya dari menjadi corrupt dan akhirnya menyebabkan anda tidak dapat mengakses data anda. Paling teruk, anda terpaksa membuat semula data Excel baru dan juga terpaksa merekod kembali semua transaksi awal.

Excel juga kurang sesuai sekiranya anda memerlukan lebih daripada seorang pengguna untuk merekod secara serentak.

Dan yang terakhir, dalam perubahan Malaysia menggunakan piawaian perakaunan seperti MFRS dan MPERS, saya khuatir, format-format akaun yang ada tidak menepati piawaian yang diperlukan.

Saya sarankan anda menyimpan lebih sedikit wang untuk mendapatkan sistem perakaunan yang lebih teratur dan selamat untuk digunakan.

Sekian.

Friday, September 6, 2019

Kira Gaji Pekerja Dengan Mudah Bhgn 1 - Gaji Pro Rata


Kira Gaji Pekerja Dengan Mudah Bhgn 1 - Gaji Pro Rata
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Kali ini kita akan belajar kaedah mengira gaji dengan mudah.

Untuk itu kita perlukan beberapa maklumat seperti berikut :

1. Gaji pokok dan elaun sebulan.
2. Tempoh hari bekerja sebulan.
3. Jumlah hari bekerja sebulan.
4. Tarikh "cut-off" untuk sebulan.

Dengan menggunakan maklumat yang diberikan, kirakan jumlah gaji pekerja

a) Ali

  • Gaji pokok RM 3,000.00
  • Elaun RM 500.00
  • Jumlah hari bekerja Ali adalah 20 hari
  • Cut-off gaji - 22 haribulan setiap bulan.
  • Kirakan gaji Ali jika beliau baru memulakan kerja pada tarikh 1hb Januari 2019.

Oleh yang demikian, 

Gaji Ali dikira dari 1hb Januari