Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Thursday, September 27, 2018

Depreciation (Susut Nilai) Vs Amortisation (Pelunasan)



Depreciation (Susut Nilai) Vs Amortisation (Pelunasan)

Topik ringkas kali ini membincangkan perbezaan antara susut nilai dan pelunasan.

Susut Nilai (Depreciation) adalah istilah yang digunakan bagi mengurangkan nilai buku sesuatu aset ketara (non-current asset) akibat daripada penggunaan and susutan atau "wear & tear".

a) Contohnya adalah susutnilai sebuah kereta atau mesin selama 5 tahun dari tarikh penggunaan.


Pelunasan (Amortisation) pula, adalah istilah bagi pengagihan nilai aset tidak ketara (intangible asset) kepada tempoh penggunaan sah laku penggunaan aset tersebut.

b) Contoh pelunasan adalah, lesen pengilang atau lesen francais yang diperolehi daripada pemilik asal sesebuah produk atau francais. Bayaran untuk lesen-lesen tersebut adalah dikira sebagai aset tidak ketara dan nilai lesen tersebut perlulah dibahagikan untuk dilunaskan kedalam akaun untung rugi sehingga tempoh masa penggunaan lesen tersebut tamat.

Monday, September 3, 2018

INSENTIF PENGURANGAN KOMPAUN 2018 - SSM


INSENTIF PENGURANGAN KOMPAUN 2018 - SSM

Sumber : https://www.ssm.com.my/en/press-release/insentif-pengurangan-kompaun-2018


Bermula Ogos 2018 Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan melancarkan kempen Patuh Akta Syarikat 2016, Ambil Berat, Sayangi Syarikat yang bertujuan untuk memberi pemahaman, kesedaran dan peringatan kepada orang awam tentang keperluan dan peruntukan asas yang perlu dipatuhi secara berkala di bawah Akta Syarikat 2016. Kempen ini akan dilaksanakan di seluruh negara yang melibatkan golongan sasaran iaitu setiausaha syarikat, pengarah syarikat, peniaga dan pelajar. Banyak program akan diadakan seperti mengadakan taklimat secara percuma, hebahan melalui media elektronik dan media cetak serta edaran brosur atau risalah kepada orang awam. Selari dengan tujuan kempen ini, SSM juga menawarkan insentif pengurangan kompaun yang bertemakan ‘Mulakan Pematuhan Akta Baru dengan Sifar Kompaun’ yang berkuatkuasa pada 1 September 2018 sehingga 30 Disember 2018. Insentif ini akan menjadi pemudah cara bagi orang awam menyelesaikan kompaun yang masih belum dijelaskan. Kadar peratusan pengurangan yang diberi adalah seperti jadual berikut:
A) Akta Syarikat 2016 dan Akta Syarikat 1965
Tempoh BayaranKadar Pengurangan*
1 September 2018 – 30 September 2018RM80% dari nilai asal atau minima RM200 (mana-mana yang lebih tinggi)
1 Oktober 2018 – 31 Oktober 2018RM70% dari nilai asal atau minima RM300 (mana-mana yang lebih tinggi)
1 November 2018 – 30 November 2018RM60% dari nilai asal atau minima RM400 (mana-mana yang lebih tinggi)
1 Disember 2018 – 31 Disember 2018RM50% dari nilai asal atau minima RM500 (mana-mana yang lebih tinggi)
*Nota: Kadar pengurangan adalah dari nilai asal kompaun

B) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
 
Tempoh BayaranKadar Pengurangan*
1 September 2018 – 30 September 2018RM80% dari nilai asal notis kompaun atau minima RM20 (mana-mana yang lebih tinggi)
1 Oktober 2018 – 31 Oktober 2018RM70% dari nilai asal notis kompaun atau minima RM50 (mana-mana yang lebih tinggi)
1 November 2018 – 30 November 2018RM60% dari nilai asal notis kompaun atau minima RM70 (mana-mana yang lebih tinggi)
1 Disember 2018 – 31 Disember 2018RM50% dari nilai asal notis kompaun atau minima RM90 (mana-mana yang lebih tinggi)
SSM ingin menyarankan agar pihak-pihak yang berkenaan mengambil peluang ini untuk menjelaskan kompaun tertunggak bagi mengelakkan tindakan mahkamah dimulakan pada masa akan datang.
Bagi menikmati insentif di atas, pihak syarikat, pengarah-pengarah dan pemilik perniagaan yang berkaitan boleh hadir ke Tingkat 26, Bahagian Pematuhan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Menara SSM@Sentral, No. 7 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50623 Kuala Lumpur atau mana-mana kaunter Pejabat Negeri Suruhanjaya Syarikat Malaysia di seluruh Negara.
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas boleh dirujuk kepada Pusat Panggilan SSM di talian 03-7721 4000/03-2299 5334, emel ar_compliance@ssm.com.my atau laman sesawang ssm di www.ssm.com.my.
DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH : 10 OGOS 2018