Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Tuesday, December 29, 2015

Susut Nilai Aset - Bahagian 2 (Kaedah Berkadar Terus/Garis Lurus)




Pengiraan Susut Nilai

Fokus kita kali ini adalah pada pengiraan pada kaedah Garis Lurus/Berkadar Terus.


Contoh :
Dua buah peralatan komputer dibeli oleh syarikat ABCD Sdn Bhd seperti berikut.
1. Komputer Lenovo AIO C350 bernilai RM 3,000 pada 15/1/2015
2. Printer Canon Laser Jet D5000 bernilai RM 5,500 pada 1/6/2015

Peratusan susut nilai ialah 33 %.

Kiraan adalah seperti rajah dibawah



Catatan Jurnal untuk merekodkan susutnilai adalah seperti berikut :

Dt. Susut nilai - Komputer (akaun untung rugi)
Ct.     Peruntukan Susut Nilai - Komputer (akaun aset)

p/s nilai yang dimasukkan adalah jumlah nilai susut nilai tahunan aset tersebut.

PADA TAHUN TERAKHIR ASET DISUSUT NILAIKAN, NILAI BUKU ASET (NBV) MESTI DITAMATKAN PADA RM 1.00.



Susut Nilai Aset - Bahagian 1




Susut Nilai


Pengertian,
Penurunan atau pengurangan nilai aset yang berpunca daripada penggunaan, hakisan, perubahan masa dan keadaan. Selalu disebut sebagai WEAR and TEAR dalam bahasa inggeris bermaksud (penggunaan dan hakisan).

Semua aset akan mengalami susut nilai, tidak ada aset yang tidak terkecuali. Walaupun aset tersebut dibeli dan tidak digunakan, ia akan mengalami susut nilai.

Contoh; En Azman membeli sebuah komputer Jenama Apple berharga RM 5,000 pada tahun 2015. Computer tersebut tidak diguna dan disimpan didalam bilik bacaan.
Pada tahun 2017, En Azman telah menjual komputer tersebut kepada rakannya En Ali dengan harga RM 3,000.

Persoalannya? Apakah punca En Azman tidak dapat menjual pada harga kos iaitu RM 5,000?
Jawapan ialah kerana, zaman canggih dan moden ini, perkakasan seperti komputer adalah antara yang cepat berubah. Walaupun hanya baru 2 tahun dibeli, perkakasan komputer akan dikira lapuk kerana terdapat teknologi yang lebih canggih muncul.

Susut nilai ini juga di aplikasikan kepada kumpulan-kumpulan aset seperti dibawah
1. Peralatan Pejabat - (10 % ke 20 %)
2. Jentera - (15 % ke 20 %)
3. Kenderaan Bermotor - (20 % ke 25 %)
4. Perabot, Lekapan dan lengkapan. (15 % ke 25 %)
5. Ubahsuaian - (20 % ke 25 %)
6. Komputer - (20 ke 33 %)
(peratus yang disyorkan untuk pengiraan susut nilai)

Kaedah Pengiraan susut nilai,
Terdapat 2 kaedah
1. Berkadar terus/Garis lurus (straight line method)
2. Baki berkurangan (reducing balance method)



Thursday, August 27, 2015

Bagaimana Merekod Bayaran Gaji Bulanan Ke dalam Akaun Syarikat



Hi,

Tahukah anda bagaimana proses merekod Gaji bagi sesebuah syarikat?

Memahami proses ini akan memudahkan kefahaman semua mengenai kepentingan merekod menggunakan kaedah yang betul dan mengelakkan kekeliruan.

Langkah 1 :
Dapatkan jadual bayaran gaji daripada pihak Sumber Manusia (Human Resources Dept).


Langkah 2 :
Perhatikan dalam jadual tersebut,
a. Kenalpasti nama-nama pengarah, kerana akaun yang digunakan untuk merekodkan gaji / fi kepada pengarah adalah berbeza dari akaun yang digunakan untuk merekod gaji pekerja.

b. Akaun-akaun dibawah ada perlu untuk merekod seluruh penggajian.
KUNCI KIRA-KIRA (BALANCE SHEET)

ASET SEMASA
Akaun - Hutang Pekerja (advance salary)

LIABILITI SEMASA
Akaun - Gaji Terakru (accrued salary)
Akaun - EPF Terakru (accrued epf)
Akaun - SOCSO Terakru (accrued socso)
Akaun - PCB/Zakat Terakru (accrued pcb/zakat)

AKAUN UNTUNG-RUGI (PROFIT & LOSS)
Akaun - Gaji/Fi Pengarah (directors' fee/salary)
Akaun - Epf Pengarah (directors' epf)
Akaun - Socso Pengarah (directors' socso)
Akaun - Gaji Pekerja (staff salary)
Akaun - Elaun Pekerja (staff allowance)
Akaun - Kerja Lebih masa (staff overtime)
Akaun - EPF (epf)
Akaun - SOCSO (socso)

SELESAIKAN RECORD AKAUN ANDA MENGUNAKAN CONTOH DIBAWAH

No.1 (Selesaikan akaun pengarah dahulu)
DT. Gaji/Fi Pengarah   10,000.00
DT. Elaun Pengarah        500.00
CT. Gaji Terakru   10,500.00
(GAJI/FI PENGARAH UNTUK BULAN JUN 2015)
No.2 (Masukkan baki gaji staf yang lain)
DT. Gaji Pekerja (gaji+elaun+OT)   20,450.00 
DT. EPF     2,140.00
DT. SOCSO        189.10
CT. Gaji Terakru   16,825.00
CT. EPF Terakru     4,010.00
CT. SOCSO Terakru        244.10
CT. PCB Terakru        700.00
CT. Pinjaman Pekerja     1,000.00
  22,779.10   22,779.10
(GAJI PEKERJA UNTUK BULAN JUN 2015)

Nota Penting
Akaun yang disediakan adalah minimum seperti yang diperlukan untuk kerja semak balik dan kerja-kerja pengauditan.
Akaun Gaji/fi pengarah, Akaun elaun pengarah, gaji pekerja, epf dan socso WAJIB disediakan secara berasingan. Kenapa?
Kerana akaun-akaun ini adalah diantara akaun kritikal yang akan di beri perhatian sewaktu audit dan rekod gaji perlulah di simpan dengan baik untuk mengelakkan masalah sewaktu audit.




Sunday, May 31, 2015

Konsep Akruan (Accrual)




Akruan (Accrual)

Akruan, dalam bahasa mudah adalah, perbelanjaan yang ditanggung oleh syarikat direkodkan kerana perbelanjaan tersebut tidak dibayar pada bulan semasa dan bayaran dibuat pada bulan hadapan.


Contoh,
pada 25/12/2014, gaji bulan disember yang perlu dibayar kepada En Ali adalah RM 3,000.
Syarikat membayar gaji penuh En Ali pada 02/01/2015.

Oleh yang demikian menggunakan konsep akruan, rekod jurnal adalah seperti berikut;

REKOD AKAUN PADA 25/12/2014
Dt.    Gaji - En Ali   RM 3,000 (akaun perbelanjann untung rugi)
        Ct.    Gaji Terakru  RM 3,000 (akaun akruan, didalam kunci kira-kira)


REKOD AKAUN PADA 02/01/2015
Dt.    Gaji Terakru - En Ali   RM 3,000 (akaun akruan, didalam kunci kira-kira)
        Ct.    Tunai di Bank  RM 3,000 (akaun aset, didalam kunci kira-kira)

Pada 2/1/2015, akaun gaji terakru akan menjadi "0" kerana telah dilangsaikan.

Konsep akruan ini membantu bagi mengelakkan rekod akaun pada bulan disember disalah rekod pada bulan januari kerana menggunakan konsep tunai. Jika konsep ini tidak dipakai, rekod gaji akan terkurang catat sebanyak RM 3,000.

Konsep akruan ini juga diguna pakai dalam untuk merekodkan pembayaran terutamanya kepada Non-trade creditors (Bukan pemiutang jualan) seperti utiliti, gaji, claim dan pelbagai lagi.


Ekuiti (Equity)




Ekuiti

Modal-modal yang disuntik oleh pemilik syarikat akan diklasifikasikan sebagai ekuiti. Contoh modal yang disuntik adalah seperti wang tunai dan aset tetap kepunyaan peribadi dan ditukar hakmilik kepada syarikat.

Inilah perbezaan paling ketara antara liabiliti dan ekuiti. Aset yang dibeli secara hutang, direkod dibawah liabiliti.

Persamaan untuk mejelaskan kedudukan aset, liabiliti dan ekuiti adalah seperti berikut :

ASET = LIABILITI + EKUITI

Kunci kira-kira lama (balance sheet) berbentuk T, mengambarkan persamaan diatas, dengan seluruh aset diletakkan disebelah kiri, manakala liabiliti dan ekuiti diletakkan disebelah kanan.

Nilai ekuiti sebuah syarikat dapat dikira dengan membalikkan persamaan diatas kepada;

EKUITI = ASET - LIABILITI.


Liabiliti (Liability)




Liabiliti

Liabiliti adalah tanggungan hutang yang terhasil daripada usaha untuk mendapatkan aset (capital expenditure) dan menjana hasil (revenue expenditure). Ini berlaku apabila aset dibeli dan perbelanjaan syarikat dilakukan secara berhutang.

Contoh mudah,
Syarikat ABC merupakan pengedar buah-buahan segar. Van syarikat dibeli secara sewa-beli dengan bank manakala, perbelanjaan untuk menghantar buah-buahan di luar bandar dilakukan dengan perkhidmatan kurier.
Kesimpulan, dapat diketahuai bahawa,
Pembelian Van tersebut adalah perbelanjaan aset (capital expenditure).
Penghantaran oleh pihak ke-3, iaitu secara kurier adalah perbelanjaan hasil (revenue expenditure).
Hutang yang terhasil daripada perlakuan ini dipanggil Liabiliti.

Seperti Aset, Liabilit terbahagi kepada 2,

Liabiliti Semasa
Hutang yang dijangka diselesaikan tidak melebihi 1 tahun.

Contoh;
Tunggakan dan Akruan
Overdraf Bank
Pemiutang



Liabiliti Jangka Panjang
Hutang yang dijangka diselesaikan lebih dari satu tahun.

Contoh;
Pinjaman jangka panjang.

Gunakan contoh sama seperti didalam aset untuk melihat kedudukan liabiliti didalam kunci kira-kira (balance sheet)




Aset (Asset)




Aset

Aset adalah HARTA milik syarikat.

Terbahagi kepada 2 jenis,

1. Aset Tetap (Fixed Asset) atau Bukan Aset Semasa (Non-current Asset).

Contoh :
Kenderaan Bermotor
Tanah
Bangunan
Perabot
Mesin
Papan tanda perniagaan.


2. Aset Semasa (Current Asset).

Contoh :
Tunai Ditangan
Tunai di simpanan bank
Stok Jualan
Penghutang
Deposit

Lihat Contoh dibawah mengenai kedudukan Aset didalam Kunci Kira-Kira (Balance Sheet)






Saturday, May 30, 2015

Pengenalan & Prakata

Pengenalan & Prakata

Assalamualaikum WBT

Dan selamat sejahtera.

Saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pengalaman sepanjang tempoh bekerja sebagai seorang Akauntan.

Segala yang dikongsi ada hasil pengalaman belajar dan bekerja, dengan itu saya mengucapkan penghargaan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang telah membantu saya.

Saya akan cuba menggunakan bahasa yang mudah difahami dan penerangan ringkas bagi memudahkan semua.

Saya amatlah berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Yang benar 


Penulis