Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Wednesday, December 2, 2020

Merekod Geran & Subsidi dalam Perniagaan (Grant Received)

 Merekod Geran dalam Perniagaan (Grant Received)

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Kali ini, izinkan saya berkongsi sedikit sebanyak tentang  kaedah merekod 

geran yang diterima, dan Saya pasti anda semua tahu tentang geran kewangan 

yang diberikan oleh kerajaan untuk rakyat. 

Antara 2 geran/subsidi yang telah diberikan adalah;
1. Geran Khas Prihatin (GKP) 

2. Program Subsidi Upah (Perkeso)

Bagaimana merekod geran atau subsidi yang diterima?

Mudah sahaja, anda perlu kenal pasti jenis geran.

Kebiasaanya geran akan terbahagi kepada tiga (3),

1. Geran tidak bersyarat
Diberi secara umum.
Tidak spesifik
Boleh digunakan untuk sebarang tujuan perniagaan.

Untuk merekod geran ini, cadangan catatan bergu adalah seperti berikut;

Debit - Akaun Bank/Tunai
Kredit - Akaun Geran Diterima


2. Geran bersyarat
Diberikan untuk tujuan spesifik.
Ada pengkhususan dalam menggunakan geran.
Tidak boleh digunakan untuk tujuan lain.

Contoh : Syarikat Ali menerima geran perniagaan untuk latihan pekerja bernilai RM 3,000.00

Untuk merekod geran ini, cadangan catatan bergu adalah seperti berikut;

Debit - Akaun Bank/Tunai RM 3,000.00
Kredit - Akaun Geran Diterima atau Kredit - Akaun Latihan Pekerja RM 3,000.00


3. Pinjaman bertukar geran
Geran yang diberi pada awalnya sebagai pinjaman, dan diubah atas faktor pencapaian.

Contoh : Syarikat Ali menerima pinjaman perniagaan bolehubah kepada geran bernilai RM 10,000.00

Untuk merekod geran ini, cadangan catatan bergu adalah seperti berikut;

Debit - Akaun Bank/Tunai RM 10,000.00
Kredit - Akaun Pemiutang Geran RM 10,000.00

Jika pinjaman itu diubah kepada geran, cadangan catatan bergu adalah seperti berikut :

Debit - Akaun Pemiutang Geran RM 10,000.00
Kredit - Akaun Geran Diterima RM 10,000.00

Harap dapat membantu.

Sekian.






Tuesday, November 10, 2020

Bagaimana untuk mengira nilai bersih (net worth) anda?

 


Saturday, October 24, 2020

Pengecualian Audit untuk syarikat Sdn Bhd - Unaudited Financial Statement (UFS)

 Pengecualian Audit untuk syarikat Sdn Bhd - Unaudited Financial Statement (UFS)

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Tahukah anda bahawa, anda boleh dikecualikan daripada menyediakan

laporan audit penyata kewangan anda. Pengecualian ini dipecahkan kepada

beberapa kategori, 


***Tapi perlu ingat, pengecualian audit bukanlah bermaksud

anda tidak perlu menyediakan akaun & laporan kewangan syarikat.


Jika anda termasuk dalam mana-mana kategori dibawah, anda boleh memilih untuk

hanya menyediakan penyata kewangan tidak beraudit (UFS).


1. Pertama - Dormant companies

a. Syarikat tersebut tidak aktif semenjak ditubuhkan


b. Syarikat tersebut tidak aktif pada tahun semasa, tidak menjalankan perniagaan

atau tidak melakukan apa-apa transaksi perakaunan.



2. Kedua- Threshold-qualified companies

a. Tidak mempunyai hasil pada tahun semasa.


b. Tidak mempunyai hasil untuk dua (2) tahun yang lepas.


c. Penyata kunci kira-kira tidak melebihi RM 300,000 pada tahun semasa dan 

dua (2) tahun yang lepas.



Ketiga - Zero Revenue companies

a. Hasil atau pendapatan tidak melebihi RM 100,000 untuk tahun semasa, 

dan dua (2) tahun berturutan yang lepas.


b. Jumlah aset tidak melebihi RM 300,000 untuk tahun semasa, 

dan dua (2) tahun berturutan yang lepas.


c. Tidak mempunyai lebih dari 5 orang pekerja untuk tahun semasa, 

dan dua (2) tahun berturutan yang lepas.


Harap Maklum


Friday, October 16, 2020

Merekod Pendapatan Daripada Deposit Tetap (Fixed Deposit Income)

 

Merekod Pendapatan Daripada Deposit Tetap (Fixed Deposit Income)

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera

Anda mungkin menyimpan wang didalam deposit tetap di bank.

Jadi, bagaimanakah untuk merekod wang faedah daripada simpanan

tetap tersebut?


Contoh

ABCD Sdn Bhd telah membuat simpanan tetap jangka panjang berjumlah 

RM 1,000,000.00. Kadar faedah atas simpanan tetap selama setahun adalah 4.00 %.

ABCD telah membuat simpanan tetap selama setahun.


Langkah 1

Tentukan jumlah pendapatan faedah untuk setahun, RM 1,000,000 X 4.00%

= RM 40,000.00


Langkah 2

Buatkan catatan jurnal untuk merekod hasil RM 40,000.00 tersebut

DEBIT - Akaun Faedah Deposit Tetap Terakru (Kunci Kira-kira)

KREDIT - Akaun Hasil Faedah Deposit Tetap (Untung Rugi)


Jika anda perlu untuk membuat catatan bulanan, anda boleh bahagikan

jumlah RM 40,000 kepada 12 bulan.

Thursday, October 15, 2020

Merekod Bayaran Belanja Syarikat Oleh Pengarah

 

Merekod Bayaran Belanja Syarikat Oleh Pengarah

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera


Pada kali ini, ingin saya berkongsi bagaimanakah untuk kita

merekod perbelanjaan syarikat yang dibayar terus oleh pengarah.

Ini termasuklah penggunaan tunai, kad debit atau kredit dan,

apa-apa jua bentuk bayaran lain.


Kadang-kala, untuk mempercepatkan urusan, pengarah sendiri

akan menggunakan wang sendiri untuk membayar. Akan tetapi,

tidak semua sistem perakaunan mempunyai pilihan medium

pembayaran daripada pengarah. Umumnya, sistem perakaunan

hanya boleh memilih bayaran sama ada dari tunai ataupun bank.


Oleh yang demikian, untuk merekod belanja ini, kadangkala

akauntan akan menggunakan catatan jurnal.


Namun begitu, cadangan untuk rekod yang lebih baik adalah

seperti berikut.


Langkah 1

Rekodkan jumlah yang dibayar oleh pengarah sebagai wang masuk

kedalam akaun tunai syarikat.

DEBIT - Akaun Tunai/Bank (Kunci Kira-Kira)

KREDIT - Akaun Pemiutang - Pengarah (Kunci Kira-Kira)


Langkah 2

Daripada jumlah yang diterima itu,  rekodkan belanja wang secara

biasa yang anda lakukan.


Langkah 3

Pastikan jumlah debit dan kredit adalah sama. Dan tiada baki daripada

perbezaan antara duit masuk dan keluar tersebut.


Selamat mencuba, Sekian.





Hutang Lapuk Terpulih (Bad Debt Recovered)

 

Hutang Lapuk Terpulih (Bad Debt Recovered)

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera

Ini ialah sambungan daripada topik Hutang Lapuk.


Apabila anda telah membuat catatan hutang lapuk. Akan tetapi, anda berjaya

mendapatkan kembali hutang anda daripada pelanggan. Maka, anda perlu

merekod hutang tersebut sebagai hutang lapuk terpulih.


Contoh

Ali menerima bayaran hutang sebanyak RM 10,000.00 daripada penghutang lapuk.

Maka catatan bergu yang perlu dilakukan adalah seperti berikut;

DEBIT - Akaun Tunai/Bank (Kunci Kira-kira)

KREDIT - Akaun Hutang Lapuk Terpulih (Untung/Rugi)


Selamat mencuba, Sekian.




Wednesday, October 14, 2020

Hutang Lapuk (Bad Debt)

 

Hutang Lapuk (Bad Debt)

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Hutang lapuk ialah hutang yang tidak lagi dapat dikutip setelah 

beberapa tempoh yang telah dikenalpasti.


Contoh Hutang Lapuk

Syarikat ABC tidak dapat mengutip hutang daripada 

Syarikat XYZ berjumlah RM 5,000.00.

Oleh itu catatan bergu yang disyorkan adalah :

DEBIT - Akaun Hutang Lapuk (Untung Rugi) RM 5,000

KREDIT - Akaun Penghutang Perniagaan (Kunci Kira-Kira) RM 5,000

(hutang dilupuskan sebagai hutang lapuk).


Antara punca-punca hutang lapuk terjadi apanbila, syarikat 

atau orang perseorangan tersebut ;

1. telah muflis, atau 

2. Meninggal dunia.

3. Gagal untuk dihubungi.

4. Konflik antara pembekal dan pembeli.


Hutang yang terdapat dalam rekod syarikat perlulah 

diselaraskan dengan memansuhkan hutang-hutang 

yang sudah pasti tidak dapat dikutip. Ini dapat membantu 

memberikan kedudukan sebenar kewangan syarikat.


Apabila membuat hutang lapuk, sebaiknya pihak kewangan 

atau akauntan menyediakan kertas kerja untuk mendapat 

kelulusan daripada pihak pengurusan untuk memansuhkan

hutang dari buku syarikat. Ini bagi memastikan tiada masalah 

yang akan timbul di masa akan datang.


Harap dapat mencuba, Sekian,




Tuesday, October 13, 2020

Tidak Menerima Nota Debit atau Kredit, apa yang harus anda lakukan?

 

Tidak Menerima Nota Debit atau Kredit, apa yang harus anda lakukan?


Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Bila anda menyedari bahawa invoice yang anda terima daripada

pembekal tidak betul, anda mungkin akan memaklumkan pada

pembekal kesalahan yang berlaku didalam invoice.

Kemudian anda menunggu pula pembekal menghantar kembali

invoice baru, atau memberikan anda samaada nota debit

atau nota kredit.


Namun sebenarnya, anda tidak perlu menunggu mereka untuk

membuat pembetulan. Anda sendiri boleh mengeluarkan nota debit

atau kredit dan berikan nota-nota tersebut kepada pembekal anda.

Ini akan memudahkan dan lebih menjimatkan masa anda.

Jika kemudiannya, pembekal menghantar anda nota untuk pembetulan,

anda sudah tidak perlu untuk merekodkan nota tersebut.


Apa yang anda perlu lakukan ialah mengambil nota yang diberikan

oleh pembekal, dan kepilkan bersama-sama nota yang anda telah sediakan

terdahulu.


Sekian, selamat mencuba.

Wednesday, October 7, 2020

Pascabayar VS Prabayar

 Pascabayar VS Prabayar

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera

Saya kongsikan sedikit tentang perbezaan prabayar dan pascabayar didalam perakaunan.

Kaedah ini adalah salah satu cara merekod bayaran dan belanja tersebut.

Harap dapat membantu

Sekian.




Saturday, October 3, 2020

Kos-kos Perniagaan Online

 Kos-kos Perniagaan Online

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera

Kos-kos perniagaan yang perlu anda tahu adalah seperti berikut :


1. Pendaftaran perniagaan.

Pendaftaran perniagaan adalah wajib. Pilihan yang paling mudah

adalah mendaftar jenis perniagaan 'milikan tunggal' atau 'enterprise'.

Anda boleh pilih sama ada untuk menggunakan nama sendiri, atau nama perniagaan sendiri.

Kos tahunan SSM :

Nama Sendiri / Nama Dalam KP : RM 30.00

Nama Perniagaan : RM 60.00

Tambahan setiap cawangan (jika ada) : RM 5.00 setiap cawangan


Rujukan :

https://www.ssm.com.my/Pages/Register_Business_Company_LLP/Business/Starting_Sole_Partnership.aspx


2. Komunikasi

Kos telefon dan internet adalah wajib dalam perniagaan online.

Pastikan anda mempunyai pelan talian internet yang mencukupi

bagi mengelakkan sebarang gangguan dalam berhubungan dengan pelanggan.

Pastikan juga talian anda mempunyai capaian ditempat-tempat terpencil jika anda

berada dikawasan luar bandar.

Untuk menjimatkan kos, mungkin diwaktu peringkat permulaan perniagaan, anda 

mungkin boleh bermula dengan talian prabayar, dan beransur-ansur ubah ke talian pascabayar.



3. Kos Penghantaran

Kos penghantaran adalah sebahagian daripada margin anda. Anda perlu membuat pilihan penghantaran 

yang sesuai dengan produk anda. Pada kebiasaannya, kos penghantaran akan dibayar oleh pelanggan.

Jika anda memilih untuk menghantar sendiri pesanan, ada baiknya jika anda menyediakan terlebih

dahulu harga kos penghantaran mengikut kawasan.



4. Kos Perkakasan

Kos peralatan seperti komputer, telefon pintar, alat tulis dan juga kos pembungkusan. Pastikan anda berbelanja mengikut kemampuan dan jangan terlalu gopoh memilih peralatan yang sesuai.



5. Kos Professional

Pada setiap transaksi, pastikan anda membuat simpanan rekod dengan baik. Perniagaan anda perlulah

membuat simpan kira rekod perakaunan untuk tujuan percukaian. Oleh itu, ada baiknya anda membuat 

sedikit simpanan untuk membayar kos professional seperti perakaunan, dan percukaian.

Ini akan dapat mengelakkan masalah besar setiap kali apabila anda perlu membuat laporan cukai

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


Semoga maklumat ini bermanfaat untuk anda.

Selamat Berjaya!!


Thursday, October 1, 2020

Imbangan Duga - Trial Balance

 Imbangan Duga - Trial Balance

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera

Mari kita bincangkan sedikit tentang imbangan duga.

Imbangan duga adalah salah satu laporan kewangan yang digunakan dalam menyemak ketepatan rekod perakaunan.

Pada masa-masa rekod kewangan disediakan secara manual, atau dengan menggunakan spreadsheet seperti MS EXCEL, imbangan duga memang kerap digunakan untuk menyemak persamaan jumlah debit dan kredit.

Namun begitu, dengan penggunaan sistem perakaunan yang lebih canggih, kebanyakkan akauntan lebih berpandukan kepada Kunci Kira-kira (Balance Sheet) dan Penyata Untung atau Rugi (Profit or Loss Statement).

Boleh dikatakan bahawa, imbangan duga adalah hampir sama dengan Kunci kira-kira + Penyata Untung atau Rugi.

Imbangan duga dihasilkan dengan mengambil baki akaun untuk semua akaun yang disediakan. Baki-baki ini disusun mengikut kedudukan debit dan kredit masing-masing.

Oleh itu, sekiranya sesuatu akaun tidak berbaki seperti yang sepatutnya, seperti
Akaun belanja berbaki kredit
Akaun tunai berbaki kredit
Peruntukkan susut nilai aset berbaki debit, dan lain-lain lagi.
Kita akan dapat indikasi bahawa terdapat kesilapan didalam kaedah merekod transaksi akaun tersebut.

Oleh yang demikian, kefahaman tentang konsep dan kedudukan akaun amatlah diperlukan dalam memastikan rekod yang dibuat adalah betul dan tepat.

Namun, imbangan sahaja tidak memadai, kerana kita faham bahawa, tidak semestinya akaun yang seimbang adalah tepat.

Oleh yang demikian, jumlah baki setiap akaun perlulah disemak sebaiknya sebelum akaun syarikat dilaporkan untuk mengelak kesalahan yang merugikan.

Dibawah adalah contoh imbangan duga dalam bentuk T dan penyata.


Ilustrasi hanyalah sebagai contoh.




Wednesday, September 23, 2020

Merekod Pelaburan Emas Dalam Akaun

 Merekod Pelaburan Emas Dalam Akaun

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera untuk semua.

Kali ini, saya mengajak anda bagaimana untuk merekod keuntungan dan kerugian apabila kita membuat pelaburan dalam EMAS.

Saya pasti anda sedia maklum bahawa emas adalah salah satu objek, komoditi, atau barang yang mempunyai sifat kenaikan nilai (appreciation) berkadar dengan tempoh masa.

Apabila anda membeli emas untuk pelaburan, maka anda akan menyimpan emas tersebut kemungkinan untuk jangka masa panjang bagi memaksimakan pelaburan anda.

Sudah tentu, emas yang dibeli, perlu direkod, dan peningkatan atau penurunan harga emas juga harus direkod, walaupun anda belum lagi membuat keputusan untuk menjualnya.

Oleh yang demikian, apabila anda membuat pembelian emas, anda perlulah merekodnya kedalam aset bukan semasa anda (non-current asset). Sebaiknya digalakkan untuk membuat akaun khusus bagi emas yang dibeli, contohnya Akaun - Pelaburan Emas. Ini akan memudahkan kita apabila mencari rekod-rekod bagi pembelian dan perubahan nilai emas tersebut.

Mari mulakan merekod, 

Contoh

Syarikat Awal Pagi Sdn Bhd membuat pelaburan dalam emas pada 1/1/2020. Harga belian emas ialah RM 5,000 untuk 50 gram emas.

Jadi cadangan rekod jurnal adalah seperti berikut,

Debit - Akaun Pelaburan Emas - RM 5,000.00

Kredit - Akaun Bank - RM 5,000.00


Pada awal tahun 2021, nilai semasa emas 50 gram telah meningkat kepada RM 5,500.00. Oleh itu, kita perlu merekod kenaikan harga emas tersebut kedalam akaun untung rugi dan akaun pelaburan emas.

Cadangan rekod jurnal adalah seperti berikut,

Debit - Akaun Pelaburan Emas - RM 500.00

Kredit - Untung atau Rugi - RM 500.00

Ini akan menaikkan nilai dalam akaun pelaburan emas.

Jika harga emas menyusut, kita akan membuat catatan secara berlawanan dengan catatan diatas.

Selamat Mencuba

Sekian.


Wednesday, September 9, 2020

Kira Gaji Pekerja Dengan Mudah Bhgn 2 - Gaji Penuh

 Kira Gaji Pekerja Dengan Mudah Bhgn 2 - Gaji Penuh

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Kali ini kita akan belajar kaedah mengira gaji penuh sebulan dengan mudah.

Untuk itu kita perlukan beberapa maklumat seperti berikut :

1. Gaji pokok dan elaun sebulan.
2. Tempoh hari bekerja sebulan.
3. Jumlah hari bekerja sebulan.
4. Tarikh "cut-off" untuk sebulan.

Dengan menggunakan maklumat yang diberikan, kirakan jumlah gaji pekerja

a) Ali

  • Gaji pokok RM 3,000.00
  • Elaun RM 500.00
  • Jumlah hari bekerja Ali adalah 24 hari
  • Cut-off gaji - 22 haribulan setiap bulan.
  • Kirakan gaji penuh Ali
Oleh yang demikian, sekiranya tiada apa-apa tolakan cuti tanpa gaji dan lain-lain, kiraan gaji adalah seperti berikut;


Thursday, August 27, 2020

Konsep Padanan Dalam Perakaunan (Matching Concept In Accounting)

 

Konsep Padanan Dalam Perakaunan (Matching Concept In Accounting)

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera

Pada topik kali ini, kita bincangkan sedikit berkenaan dengan konsep padanan (matching concept).

Contoh paling mudah untuk menerangkan konsep padanan ialah seperti berikut,

Syarikat Awal SB membeli stok 100 unit kasut berharga RM 10.00. 
Jumlah yang terjual adalah 30 unit pada harga RM 20.00.

Oleh yang demikian, laporan kewangan dalam Akaun Untung Rugi (yang tidak menggunakan konsep padanan) akan menunjukkan

Jualan - RM 600.00 - RM 30.00 x 20 unit

Tolak Belian - (RM 1,000.00) - RM 10.00 x 100 unit. jumlah yang dibeli

Rugi Kasar - (RM 400.00)


Dengan memgunakan konsep padanan, Akaun Untung Rugi seharusnya menunjukkan seperti berikut;

Jualan - RM 600.00 - RM 30.00 x 20 unit

Tolak Belian - (RM 1,000.00) - RM 10.00 x 100 unit

Tambah Stok Akhir - RM 700.00 - RM 10.00 x 70 unit, unit yang tidak terjual.

Untung Kasar - RM 300.00


Laporan kewangan yang menggunakan konsep padanan adalah lebih tepat dan menunjukkan situasi sebenar syarikat.

Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya terlebih atau terkurang dalam mencatatkan untung rugi.

Konsep padanan juga patut digunakan untuk pendapatan atau hasil yang diterima untuk kontrak yang bertempoh.

Contoh, Syarikat Awal ABC SB menerima kontrak membekalkan peralatan pejabat berjumlah RM 500,000 untuk 5 tahun.

Oleh yang demikian, kita tidak boleh merekod terus RM 500,000.00 dalam tahun pertama semata-mata.

Kita perlu merujuk pada isi kontrak, dan kebiasaannya, kita hanya boleh merekod jumlah amaun yang telah dibekalkan sahaja.

Mana-mana baki amaun yang belum dibekalkan, tidak seharusnya direkod terus kerana pembekalan belum berlaku. Ia sesuai dengan tafsiran hasil, iaitu jualan perkhidmatan atau barangan yang telah diberikan atau disempurnakan.

Harap anda dapat kefahaman sedikit sebanyak dalam tajuk ini, sekian.


Merekod Pelepusan Aset Dalam Perakaunan

 Merekod Pelepusan Aset Dalam Perakaunan

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Topik yang kita akan bincangkan ialah kaedah merekod pelupusan aset didalam akaun syarikat.

Pelupusan yang dimaksudkan ialah mengeluarkan aset yang dibeli sebelum ini, keluar daripada rekod akaun syarikat secara kekal.

Ini bermaksud sama ada, aset tersebut 

1. di jual pada apa-apa harga sekalipun

2. di buang

3. di musnahkan

4. atau dipindahkan ke entiti yang lain, 


kaedah pelupusan aset ini perlu digunakan.

Oleh yang demikian, nilai aset didalam register fixed asset akan menjadi sifar.

Catatan bergu yang dicadangkan adalah seperti berikut :


1. Pindahkan Nilai Kos Aset daripada Akaun Aset

DEBIT - Akaun Pelupusan Aset

KREDIT - Akaun Aset

2. Pindahkan Susut nilai terkumpul untuk aset tersebut

DEBIT - Peruntukkan Susut Nilai Terkumpul

KREDIT - Akaun Pelupusan Aset

3. Masukkan jumlah nilai harga jualan atau skrap aset tersebut

DEBIT - Tunai / Bank / Penghutang

KREDIT - Akaun Pelupusan Aset

4. Semak Jumlah Debit dan Kredit untuk akaun pelupusan aset,

Debit Melebihi Kredit = Rugi Atas Pelupusan

Kredit Melebihi Debit = Untung Atas Pelupusan


Contoh, Syarikat Awal SDN BHD melupuskan sebuah komputer yang dibeli pada 1 Jan 2015 pada harga kos RM 6,000.00. Aset tersebut dijual pada 1 Jan 2016, pada harga RM 2000.00 kepada orang awam. Susut nilai terkumpul adalah RM 2,000.00

Kaedah merekod

1. Debit Akaun Pelupusan Aset Komputer - RM 6,000.00

2. Kredit Akaun Aset Komputer - RM 6,000.00.

3. Debit Akaun Susut Nilai Terkumpul Komputer - RM 2,000.00.

4. Kredit Akaun Pelupusan Aset Komputer - RM 2,000.00.

5. Debit Akaun Tunai - RM 2,000.00.

6. Kredit Akaun Pelupusan Aset Komputer - RM 2,000.00

7. Debit Akaun Untung atau Rugi - RM 2,000.00

8. Kredit Akaun Pelupusan Aset Komputer - RM 2,000.00



Kaedah mudah untuk menentukan untung atau rugi ialah,

1. Tentukan Nilai Buku (Book Value) aset tersebut dengan, Harga Kos Aset tolak dengan jumlah susut nilai terkumpul.

2. Dalam contoh ini, nilai buku komputer tersebut adalah RM 4,000.00

3. Jika Harga jualan skrap aset melebihi RM 4,000 anda akan mendapat untung dari pelupusan, dan sebaliknya.


Harap dapat mencuba, Sekian.


Sunday, August 23, 2020

Yuran Perpindahan - Cara Mudah Merekod Kos Perpindahan

 

Yuran Perpindahan - Cara Mudah Merekod Kos Perpindahan

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera

Anda mesti pernah mendengar mengenai "yuran perpindahan" atau "transfer fee".

Yuran perpindahan yang paling ketara berlaku dalam hidup kita adalah perpindahan pemain bolasepak.

Kelab-kelab bolasepak seperti Real Madrid, Arsenal, Liverpool, Juventus akan membuat bidaan untuk yuran perpindahan pemain.

Setelah bidaan mereka diterima dan berjaya, mereka perlulah membayar yuran perpindahan pemain tersebut.

Jika kos perpindahan yang dibayar adalah RM 100 juta, dan kontrak pemain tersebut adalah untuk 5 tahun, maka, jumlah tahunan yang perlu direkodkan sebagai belanja didalam akaun kelab tersebut adalah sebanyak RM 20 juta setahun.

Kaedah ini adalah kaedah amortisation (pelunasan), dimana kos yang dibayar diagihkan secara sama rata pada tahun akan datang.

Oleh yang demikian, cadangan catatan bergu adalah seperti berikut :

DEBIT - AKAUN PRABAYAR (Aset) - RM 75 Juta

DEBIT - AKAUN YURAN PERPINDAHAN (Belanja)  - RM 25 Juta

KREDIT - AKAUN BANK (Aset) - RM 100 Juta.

(belanja yuran perpindahan untuk tahun pertama).

Oleh yang demikian, bagi tahun seterusnya, cadangan catatan bergu untuk merekod transaksi adalah seperti berikut;

DEBIT - AKAUN YURAN PERPINDAHAN (Belanja)  - RM 25 Juta

DEBIT - AKAUN PRABAYAR (Aset) - RM 25 Juta

(belanja tahunan yuran perpindahan)

Catatan ini perlu dibuat setiap tahun sehingga tahun keempat.

Baki akaun prabayar juga haruslah sifar.


Contoh-contoh lain yang serupa.

1. Syarikat yang membayar baki notis period untuk pengambilan pekerja dari syarikat lain.

Sekian, Selamat Mencuba.


Sunday, August 9, 2020

Akaun Tergantung (Suspense Account)

 

Akaun Tergantung (Suspense Account)

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera


Pada kali ini ingin saya membincangkan sedikit tentang akaun tergantung.

Akaun tergantung adalah salah satu dari topik pembetulan kesilapan.


Akaun tergantung diguna, apabila anda mengesan kesilapan yang tidak dapat dibetulkan didalam lejer akaun anda.

Contoh :

Baki didalam lejer Pemiutang Ahmad adalah RM 1,000.00

Akan tetapi, didalam rekod penyata akaun Ahmad (statement of accounts), baki hutang adalah 

RM 800.00.

Oleh yang demikian terdapat perbezaan hutang sebanyak RM 200.00. Jika beza ini tidak dapat dikenalpasti, maka pelarasan perlulah dibuat untuk membetulkan kesilapan tersebut.

Jadi, menggunakan akaun tergantung, kita akan

Debit Akaun Pemiutang - RM 200.00

dan Kredit Akaun Tergantung - RM 200.00

Kemudian, akaun tergantung ini akan dipindahkan kepada akaun untung rugi.

Nampak mudah, tetapi realitinya, jika akaun tergantung berbaki debit, maka ianya adalah akaun perbelanjaan.

Perlu diingatkan bahawa akaun tergantung tidak dapat ditolak dengan cukai kerana ianya bukan tergolong dalam perbelanjaan yang dibenarkan, (non-allowable expenses).

Kesannya ialah cukai yang perlu dibayar oleh syarikat akan meningkat.

Akaun tergantung pada masa ini amat jarang didapati dalam mana-mana rekod akaun syarikat.


KESILAPAN KETARA DALAM IMBANGAN DUGA (Trial Balance)
  •  jumlah debit dan kredit Imbangan Duga tidak seimbang atau tidak sama.
1)  Kesilapan Dalam Imbangan Duga
  • Baki sesuatu akaun disenaraikan di sebelah yang salah dalam Imbangan Duga. Contohnya, satu baki debit telah tercatat di sebelah kredit atau sebaliknya.
  •  Baki sesuatu akaun tidak dimasukkan dalam Imbangan Duga.
  • Imbangan Duga tersalah jumlah. Jumlah debit dikira dengan betul, manakala jumlah kredit dikira dengan salah atau sebaliknya.
2)  Kesilapan Ketinggalan Satu Catatan
  • Catatan bergu tidak lengkap. Terdapat ketinggalan catatan debit atau kredit bagi sesuatu urus niaga.
3)  Kesilapan Catatan nilai.
  • Catatan bergu tidak tepat. Amaun yang didebitkan tidak sama dengan amaun yang dikreditkan.
4)   Kesilapan Catatan di Sebelah yang sama
  • kedua-dua akaun yang terlibat dicatatkan disebelah yang sama.
5)  Kesilapan Pengiraan

     (i)  Kesilapan dalam Jurnal
  •  jumlah dalam jurnal tersilap kira dan dibukukan dalam lejar.
    (ii)  Kesilapan dalam Buku Tunai
  • Jumlah dan baki Buku Tunai tersilap kira dan akan memberi kesan pada Imbangan Duga.
    (iii) Kesilapan dalam Lejar 
  • Jumlah dan baki akaun-akaun dalam lejar tersilap kira dan ini akan memberi kesan pada Imbangan Duga.

B)  KESILAPAN TIDAK KETARA DALAM IMBANGAN DUGA
  • Walaupun Imbangan Duga seimbang, ini tidak bermakna semua catatan dalam akaun adalah betul kerana mungkin terdapat kesilapan yang tidak ditunjukkan oleh Imbangan Duga.
  • Ini bermaksud kesilapan itu tidak menjejaskan Imbangan Duga.
  • Jenis-jenis kesilapan tidak ketara adalah seperti berikut:

    1)  Kesilapan Ketinggalan Satu Urus Niaga

    • Urus niaga tidak direkodkan dalam mana-mana buku.
    2)  Kesilapan Prinsip
    • Urus niaga telah direkodkan mengikut peraturan catatan bergu tetapi catatan debit dan kredit dicatatkan ke dalam akaun yang salah.
    3)  Kesilapan Amaun
    • Kesilapan berlaku apabila amaun yang salah dicatatkan di kedua-dua belah debit dan kredit akaun. Biasanya kesilapan amaun telah direkodkan dalam Buku Catatan Pertama dan diposkan ke lejar.
    4)  Kesilapan Saling Mengimbangi
    • Berlaku apabila satu kesilapan di sebelah debit diimbangi oleh kesilapan yang sama amaunnya di sebelah kredit.
    • Contohnya, satu kesilapan telah menyebabkan jumlah debit terlebih RM50. Kemudian, satu lagi kesilapan yang lain menjadikan jumlah debit terkurang RM50 atau jumlah kredit terlebih RM50.
    5)  Kesilapan Songsan/Terbalik
    • Catatan direkodkan dalam akaun yang betul, tetapi peraturan bergu dicatatkan di sebelah yang salah.
    6)  Kesilapan Komisen
    • Biasanya berlaku dalam akaun penghutang dan pemiutang. 
    • Catatan dalam lejar direkod di sebelah yang betul tetapi dalam akaun yang salah.



    Sekian, Terima Kasih



    Thursday, August 6, 2020

    Kesilapan Dalam Merekod Invoice



    Kesilapan Dalam Merekod Invoice

    Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

    Topik pendek yang ingin saya ketengahkan ialah tentang kesilapan apabila merekod invoice belian atau invoice perkhidmatan.

    Kesilapan ini adalah antara kesilapan ketara yang selalu dikenalpasti semasa membuat rekod akaun.

    Mari kita mulakan.

    Kesilapan Merekod Tarikh Invoice

    Kesilapan ini berlaku apabila invoice yang dibilkan kepada kita, tarikhnya tidak sama dengan maklumat didalam invoice.

    Contoh 1 :
    Invoice sewa peralatan, untuk sewaan bulan Julai 2020, dibilkan pada 5 Ogos 2020.

    Kesan daripada perbezaan tarikh ini, invoice akan direkod pada bulan Ogos.

    Ini akan menaikkan belanja pada bulan Ogos dan mengelirukan pengurusan.

    Apa yang perlu dibuat ialah dengan merekod menggunakan tarikh didalam bulan Julai.

    Contoh 2 :
    Invoice belian diterima pada bulan Januari 2020 akan tetapi, barang hanya tiba di stor pada Febuari 2020.

    Ini adalah contoh untuk invoice yang diterima lebih awal daripada barang yang dipesan.

    Kaedahnya sama juga seperti contoh 1, invoice perlulah direkod pada tarikh menerimaan barang.

    Jika tidak, jumlah baki stok akan menunjukkan masalah apabila kiraan dibuat.

    Jika kita merekod invoice tersebut dalam bulan Januari, kita akan meningkatkan kos jualan dan mengurangkan untung kasar.




    Sekian, Teruma kasih





    Wednesday, May 27, 2020

    Merekod bonus tahunan dalam akaun


    Merekod bonus tahunan dalam akaun

    Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

    Kali ini, saya ingin membicarakan kaedah merekod bonus gaji yang dibayar.

    Bonus gaji selalunya direkod pada tahun sebelum contoh, direkod pada tahun 2019, dan dibayar pada tahun 2020.

    Bonus selalunya tidak diumumkan sehinggalah ia menghampiri tarikh pembayaran.

    Bonus juga hanya direkod sebagai peruntukkan perbelanjaan (provision) dan terdapat juga kebarangkalian ianya tidak dibayar jika prestasi tahun semasa merudum.

    Saya yakin, sebahagian besar dari anda pernah menerima bonus.

    Syarikat tidak boleh sesuka hati membuat bayaran bonus. Bayaran bonus pada kebiasaannya perlu mendapat kebenaran dari pihak pengarah atau pemilik syarikat.

    Bayaran bonus juga hanya boleh dilakukan sekiranya syarikat mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk melunaskan perbelanjaan-perbelanjaan lain setelah bayaran bonus dibuat.

    Bayaran bonus yang keterlaluan dan tidak mengikut kemampuan, akan menyebabkan syarikat berada dalam keadaan tidak stabil.

    Dan kali ini, izinkan saya menunjukkan anda catatan beregu untuk merekod bonus tersebut didalam akaun syarikat.

    Contoh 1 : Syarikat Awal Sdn Bhd membayar bonus sebanyak RM 100,000.00.
    Dengan itu, kita patut membuat kiraan EPF, SOCSO, dan PCB (Potongan Cukai Berkala)

    Debit - Bonus RM 100,000
    Debit - EPF (syer majikan)
    Debit - SOCSO (syer majikan)

    Dan 

    Kredit - Gaji Terakru
    Kredit - EPF Terakru (Majikan + Pekerja)
    Kredit - SOCSO Terakru (Majikan + Pekerja)
    Kredit - PCB

    Harap dapat membantu anda.

    Sekian, terima kasih.

    Friday, May 1, 2020

    Merekod bayaran deposit sewa, utiliti dan lain-lain.


    Merekod bayaran deposit sewa, utiliti dan lain-lain.

    Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera

    Kali ini saya ingin menyentuh sedikit tentang kaedah merekod bayaran deposit seperti sewa, utiliti, parking, peti surat dan pelbagai lagi.

    Deposit ini adalah deposit yang boleh dipulangkan (refundable deposit).

    Terdapat juga beberapa jenis deposit yang tidak akan dipulangkan seperti EARNEST DEPOSIT, tetapi deposit ini akan ditolak sebagai bayaran pertama seperti sewa dan lain-lain.

    Apabila bayaran deposit dilakukan, kita akan

    DEBIT - AKAUN DEPOSIT DI BAYAR

    KREDIT - AKAUN BANK/TUNAI

    Deposit yang dibayar akan terus berada dilejer tersebut sehinggalah tamat perjanjian dan apabila tiba masanya untuk di tuntut, akaun ini haruslah ditutup.

    Untuk merekod bayaran deposit yang di terima kembali, kita akan

    DEBIT - AKAUN BANK/TUNAI

    KREDIT - AKAUN DEPOSIT DI BAYAR.

    Ini akan menyebabkan akaun deposit menjadi sifar.

    Apabila, jumlah wang yang diterima kurang daripada jumlah asal yang dibayar, kita patut menyemak jika ada hutang tertunggak yang tidak kita selesaikan, dan hutang ini ditolak oleh pemilik daripada duit deposit yang kita bayar.

    CONTOH: Jumlah deposit yang dibayar RM 2000. Namun begitu, terdapat hutang tertunggak untuk belanja eletrik RM 100 dan hutang sewa sebanyak RM 500. Oleh yang demikian, pemilik hanya perlu memulangkan RM 1,400 sahaja.

    Oleh itu, catatan merekod deposit yang diterima adalah seperti berikut,

    DEBIT - AKAUN BANK/TUNAI     RM 1,400.00
    DEBIT - SEWA TERAKRU              RM 500.00
    DEBIT - ELEKTRIK TERAKRU      RM 100.00

    KREDIT - DEPOSIT DIBAYAR      RM 2,000.00

    Pastikan kepada pemilik perniagaan, jangan biarkan akaun deposit anda tergantung dan tidak disemak.
    Kadangkala, terdapat deposit yang masih belum dituntut setelah lebih dari setahun lamanya walaupun premis perniagaan yang disewa telah tamat tempoh kontrak.

    Pastikan juga anda menyediakan jadual deposit yang dibayar untuk memastikan anda dapat kembali wang anda tepat pada waktunya.

    Keadaan akan bertambah buruk, sekiranya anda tidak dapat mengesan pemilik yang memegang deposit anda.

    Oleh yang demikian, pastikan anda berhati-hati dan sentiasa waspada tentang semua deposit yang dibayar.

    Sekian.

    Awaludin

    Thursday, April 23, 2020

    Selamat Berpuasa & Mari Perbanyakkan Amalan dalam bulan Ramadhan


    Selamat Berpuasa & Mari Perbanyakkan Amalan dalam bulan Ramadhan

    Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

    Pada semua pengguna blog akncorp.com saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan marilah kita bersama-sama manfaatkan bulan ramadhan pada kali ini.

    Semoga semua kita diampunkan dosa dan mendapat rahmat dari Allah.

    Jangan lupa selawat atas Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W.

    Sekian

    Awaludin

    Thursday, March 26, 2020

    Selamatkan Diri, Selamatkan Keluarga, Selamatkan Semua dari Corona Virus


    Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

    Kami disini mendoakan anda agar sihat dan sejahtera.

    Elakkan keluar dari rumah dan berkumpul.

    Dapatkan rawatan jika perlu.

    Sama-sama berdoa, berusaha dan bertawakkal.

    Moga Allah selamatkan kita semua.

    Awaludin Kamarudin

    Wednesday, January 15, 2020

    Nota Debit & Kredit (Debit & Credit Note)



    Nota Debit & Kredit (Debit & Credit Note)

    Nota debit ataupun kredit diberikan oleh
    sesebuah perniagaan jika berlakunya
    kesilapan didalam invoice yang tidak
    dibatalkan.

    Contoh kesilapan yang biasa dibuat
    adalah kesilapan kuantiti, harga atau
    jenis barang itu sendiri.
    Oleh yang demikian, jika invoice
    yang asal yang dikeluarkan tidak 
    dibatalkan, peniaga boleh membuat
    pembetulan melalui nota debit atau kredit.

    Nota debit atau kredit ini boleh
    dikeluarkan oleh mana-mana pihak
    yang menjumpai kesilapan, sama ada
    pembeli ataupun penjual. 
    Sumber rujukan yang penting dalam
    membuat pembetulan adalah dengan
    merujuk kepada harga quotation ataupun
    harga pada purchase order (P.O).

    Nota debit atau kredit yang dikeluarkan
    perlulah dibuktikan kesilapan dan juga
    perlu direkod oleh kedua-dua pihak
    pembeli dan pembekal.

    Gunakan Nota Debit atau Kredit untuk :
    1. Membatalkan invoice yang salah.
    2. Menambah atau mengurangkan kuantiti yang salah.
    3. Menambah atau mengurangkan harga jualan atau belian yang salah.
    4. Kesalahan pada mana-mana kiraan..


    Rujuk gambar dibawah untuk kesan nota debit dan kredit kepada sesebuah perniagaan.


    Monday, January 13, 2020

    Beza Sales Order dan Purchase Order


    Beza Sales Order dan Purchase Order

    Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera

    Hari ini izinkan saya berkongsi perbezaan utama untuk tajuk diatas.

    1. Sales order dikeluarkan selepas syarikat mendapat purchase order daripada pembeli. Mereka selalunya mengkehendaki supaya pembeli membayar penuh harga barang sebelum penghantaran dibuat.

    2. Sales order juga kadangkala bertindak sebagai purchase order bagi syarikat-syarikat yang tidak mengeluarkan purchase order. Sales order ini perlu ditandatangan sebagai bukti tempahan barang daripada pembekal.

    3. Sales order juga kadangkala menggantikan quotation, tapi bukan pada setiap masa,

    Sekian.

    Dokumen Perakaunan untuk Syarikat Bhgn 5 - Invoice Pembelian (Purchase Invoice)


    Dokumen Perakaunan untuk Syarikat Bhgn 5 - Invoice Pembelian (Purchase Invoice)

    Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

    Ini adalah sambungan dari bahagian 4.

    Kita berkongsi sedikit tentang Purchase Invoice. Biasanya, ia hanya dipanggil invoice tetapi ada juga yang dipanggil tax invoice, yang mempunyai elemen cukai.

    Invoice dihantar terus ke pejabat pembeli, terutamanya bahagian finance patut menerima invoice ini. Invoice yang dihantar perlulah sekurang-kurangnya mempunyai maklumat seperti didalam rajah.

    Invoice juga sebaiknya perlulah diletak didalam sampul sewaktu penghantaran untuk melindungi maklumat-maklumat sulit seperti harga dan kuantiti.

    Untuk simpanan rekod yang sempurna, semua dokumen berkaitan dengan pembelian dari suatu invoice perlulah dikepilkan bersama-sama, bermula daripada purchase request, quotation, purchase order, delivery order dan juga invoice.

    Setelah sempurna semua dokumen, maka barulah finance department boleh membuat bayaran untuk terma pembelian selepas barang tiba.


    Apabila direkod kedalam sistem, pada kebiasaanya anda akan mendebitkan akaun belanja, belian dan juga akan mengkreditkan pemiutang perniagaan. 


    Sekian.



    Tuesday, January 7, 2020

    Dokumen Perakaunan untuk Syarikat Bhgn 4 - Pesanan Penghantaran (Delivery Order)


    Dokumen Perakaunan untuk Syarikat Bhgn 4 - Pesanan Penghantaran (Delivery Order)

    Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

    Ini adalah sambungan dari bahagian 3.

    Kali ini membincangkan tentang delivery order atau pesanan penghantaran.


























    Diatas adalah contoh dokumen delivery order, dan maklumat-maklumat yang perlu disertakan.

    Delivery order menjadi bukti bagi penghantaran yang telah dibuat oleh pembekal kepada pembeli.

    Delivery order juga tidak akan memaparkan harga barang yang dibeli untuk tujuan keselamatan.

    3 salinan minimum perlu disediakan oleh pembekal, salinan original kepada pembeli, salinan kedua ialah untuk rekod penghantar atau supply chain office, dan salinan ketiga adalah untuk finance dept.

    Pada amnya, delivery order akan direkod kedalam sistem dan akan meningkatkan kiraan stok, jika berkenaan dengan stok. Namun begitu, nilai pemiutang tidak akan meningkat selagi invoice pembelian tidak direkod.

    Sekian,

    Monday, January 6, 2020

    Dokumen Perakaunan untuk Syarikat Bhgn 3 - Pesanan Pembelian (Purchase Order)


    Dokumen Perakaunan untuk Syarikat Bhgn 3 - Pesanan Pembelian (Purchase Order)


    Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

    Ini adalah sebahagian daripada siri-siri dokumen lengkap syarikat.

    Sambungan dari bahagian ke-2.

    Setelah selesai urusan memilih pembekal yang sesuai, maka syarikat akan mengeluarkan arahan untuk membuat pesanan pembelian atau purchase order (P.O).

    P.O. tersebut akan dilengkapkan dengan butiran seperti dilampiran dibawah.

























    Purchase order juga adalah antara dokumen paling penting dalam pembelian. Jika P.O. telah dikeluarkan kepada pembekal, dan pembekal telah menyediakan barangan atau khidmat yang dikehendaki, P.O. tersebut sukar untuk dibatalkan, dan kemungkinan anda akan dikenakan tindakan jika anda tidak mahu membatalkannya.

    Didalam banyak sistem perakaunan, P.O. boleh dibuat didalam sistem. Namun begitu, P.O tidak akan mendatangkan kesan pada rekod perakaunan kerana masih belum ada perubahan pada stok ataupun hutang.

    Sekian.

    Sunday, January 5, 2020

    Dokumen Perakaunan untuk Syarikat Bhgn 2 - Sebutharga Pembelian (Purchase Quotation)


    Dokumen Perakaunan untuk Syarikat Bhgn 2 - Sebutharga Pembelian (Purchase Quotation)


    Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

    Ini adalah sebahagian daripada siri-siri dokumen lengkap syarikat.

    Sebutharga pembelian selalunya tidak disediakan melalui borang. Kebanyakkannya hanyalah melalui e-mel atau text message kepada pembekal agar mereka memberikan anda sebutharga (quotation).

    Pada kebiasaanya, minimum sebutharga yang patut anda dapatkan adalah daripada tiga (3) pembekal. Ini akan dapat memberikan pilihan kepada syarikat untuk menentukan ;

    1. Kesesuaian produk.
    2. Harga.
    3. Kuantiti yang boleh dibekal
    4. Reputasi
    5. Terma ( C.O.D atau hutang)
    6. Penghantaran (Self pickup atau delivery by pembekal) dan lain-lain faktor.

    Selepas menentukan pembekal yang sesuai, langkah seterusnya adalah mengeluarkan Pesanan Belian (Purchase Order atau P.O).

    Nantikan penjelasan tentang P.O. dalam entry seterusnya.

    Sekian.

    Dokumen Perakaunan untuk Syarikat Bhgn 1 - Permohonan Pembelian (Purchase Requsition)


    Dokumen Perakaunan untuk Syarikat Bhgn 1- Permohonan Pembelian (Purchase Requsition)

    Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

    Pada kali ini, saya ingin memulakan siri-siri pendek bagi dokumen perakaunan untuk tujuan kefahaman dan latihan.

    Dokumen-dokumen yang saya akan lampirankan adalah sebahagian daripada pelbagai dokumen yang perlu disediakan.

    Bahagian 1 - Permohonan Pembelian (Purchase Requsition)






















    Contoh dokumen ringkas didalam rajah

    Borang ini digunakan untuk membuat permohonan pembelian bagi apa-apa keperluan syarikat.

    Borang yang telah lengkap diisi akan ditanda tangan dan diserahkan kepada pengurusan untuk tujuan kelulusan dan pembelian.

    Umumnya, apabila permohonan dibuat, pemohon telah mengenalpasti anggaran harga dipasaran. Ini akan membantu pihak kewangan syarikat membuat budget untuk permohonan tersebut.

    Permohonan ini selalunya boleh direkod kedalam sistem kewangan, akan tetapi, ianya tidak memberikan impak terhadap REKOD KEWANGAN, dan tiada perubahan akan berlaku keatas untung, rugi, aset atau belanja.

    Oleh yang demikian, kebanyakan syarikat tidak merekod permohonan pembelian kedalam sistem perakaunan, kecuali jika sistem perakaunan tersebut mempunyai kapasiti untuk merekod dokumen ini.

    Sekian.




    ASB Dividen 2019? Masih berbaloikah?


    ASB Dividen 2019? Masih berbaloikah?

    Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

    Hari ini ingin saya berkongsi sedikit sebanyak tentang pelaburan ASB.

    Tahun berakhir 2019 menyaksikan dividen dan bonus rendah bagi pelabur ASB.

    Umumnya, jika anda membuat pelaburan dengan simpanan sendiri, ianya masih relevan.

    Namun jika anda membuat pinjaman untuk membuat pelaburan, ianya mungkin akan membebankan anda. Jumlah pulangan dividen adalah kurang daripada jumlah ansuran yang anda perlu bayar dalam setahun.

    Ianya mungkin akan menjadi faktor utama berkurangnya penambahan pelaburan baru melalui saluran pinjaman, akibat kerisauan kerugian yang akan dialami dalam jangka panjang oleh pelabur.

    Sekian.