Monday, October 31, 2016

Pengertian Debit Dan Kredit


Debit Dan Kredit


Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here)


Maksud debit

catatan perakaunan yang akan,
1. Meningkatkan atau menambah nilai aset dan belanja.
2. Mengurangkan atau menolak nilai liabiliti, ekuiti dan hasil.

Maksud kredit

catatan perakaunan yang akan,
1. Meningkatkan atau menambah nilai liabiliti, ekuiti dan hasil.
2. Mengurangkan atau menolak nilai aset dan belanja.

Berikut adalah beberapa contoh catatan debit dan kredit


Contoh 1:

Belian stok daripada pembekal secara hutang.

Debit Akaun Belian - RM 1,000.00 (aset bertambah)

Kredit Akaun Pemiutang Dagangan - RM 1,000.00 (liabiliti bertambah)


Contoh 2:

Jualan stok kepada pelanggan secara tunai

Debit Akaun Tunai - RM 2,000.00 (aset bertambah)

Kredit Akaun Jualan - RM 2,000.00 (hasil bertambah)


Contoh 3:

Merekod duit tunai di masukkan ke dalam bank

Debit Akaun Bank - RM 2,000.00 (aset bertambah)

Kredit Akaun Tunai - RM 2,000.00 (aset berkurang)


Contoh 4:

Merekod bayaran kepada pembekal menggunakan cek.

Debit Akaun Pemiutang Dagangan - RM 1,000.00 (liabiliti berkurang)

Kredit Akaun Bank - RM 1,000.00 (aset berkurang)


Contoh 5:

Merekod gaji akruan pada hujung bulan

Debit Akaun Gaji - RM 1,000.00 (belanja bertambah)

Kredit Akaun Gaji terakru - RM 1,000.00 (liabiliti bertambah)


Contoh 6:

Merekod bayaran gaji bulan lepas pada awal bulan selepasnya

Debit Akaun Gaji terakru - RM 1,000.00 (liabiliti berkurang)

Kredit Akaun Bank - RM 1,000.00 (aset berkurang)



Kaedah Merekod Petty Cash bersama Jadual Bulanan

 Kaedah Merekod Petty Cash bersama Jadual Bulanan Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera Mari belajar untuk merekod petty cash dengan tig...