Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Wednesday, February 21, 2024

SPM Tingkatan 4 - Andaian, Prinsip Dan Batasan Perakaunan

 

SPM Tingkatan 4 - Andaian, Prinsip
Dan Batasan Perakaunan

Andaian (Assumptions)

1. Entiti Berasingan
Pemilik dan Perniagaan adalah dua entiti yang berbeza.
Jika dalam perniagaan, terdapat transaksi peribadi,
maka ianya perlu diasingkan dan direkod dalam
akaun peribadi (contoh : akaun ambilan).

2. Usaha Berterusan (Going Concern)
Perniagaan dianggap akan terus beroperasi untuk untuk 
jangka hayat yang tidak terbatas.

3. Wang Sebagai Ukuran
Semua rekod perakaunan perlu direkod dalam matawang
negara masing-masing. Malaysia pastinya menggunakan
Ringgit Malaysia (MYR).

4. Tempoh Perakaunan
Tempoh bagi merekod satu kitaran masa perakaunan 
digunakan sebagai perbandingan prestasi perniagaan.
Contohnya satu tahun bermula daripada 1 Januari sehingga
31 Disember.

Prinsip Perakaunan (Accounting Prinsip)

1. Konsistensi / Ketekalan
Kaedah merekod yang sama digunakan. 

Contoh 1 -
kaedah mengira susut nilai garis lurus digunakan dan tidak
ditukar kepada susut nilai baki berkurangan.

Contoh 2 -
Menggunakan prinsip akruan secara berterusan tanpa
bertukar semula kepada prinsip tunai.

2. Pengiktirafan Hasil Dan Belanja
(Recognition of Revenue & Expenditure)
Hasil dan belanja dipadankan dengan tepat untuk
mengelakkan manipulasi perakaunan dan untuk
mengetahui prestasi sebenar syarikat. Elakkan daripada
merekod jualan yang belum disempurnakan.

3. Prinsip Kos.
Kos direkod pada tarikh belian.

Contoh 1-
Kos belian sebuah kereta yang direkod adalah RM 50,000.
Dan nilai tersebut tidak berubah walaupun kereta tersebut 
nilainya menurun.

Batasan Perakaunan (Accounting Limitation)

Kos penyediaan maklumat perakaunan, mestilah tidak melebihi
daripada nilai maklumat tersebut.

Contoh 1-
Kos membuat penilaian harga syarikat adalah RM 20,000.00,
akan tetapi, syarikat tersebut mempunyai jumlah jualan
RM 5,000.00.

SPM Tingkatan 4 - Pengguna Penyata Kewangan

SPM Tingkatan 4 - Pengguna Penyata Kewangan

Terdapat dua (2) kategori pengguna penyata kewangan.
  1. Pengguna Dalaman (Internal User)
  2. Pengguna Luaran (External User)
Pengguna Dalaman adalah pengguna dari pihak syarikat itu 
sendiri. Antaranya adalah

1. Pemilik Perniagaan.

    a) Mahu mengetahui prestasi syarikat.
    b) Membuat keputusan (decision making) berkaitan.

2. Pengurusan.

    a) Merancang aktiviti syarikat.
    b) Membuat kawalan dalaman (Internal Control)
    c) Menjadikan laporan penyata kewangan sebagai rujukan.

3. Pekerja

    a) Memastikan syarikat berupaya membayar gaji atau upah yang 
        dijanjikan.
    b) Mengetahui kestabilan syarikat.


Pengguna Luaran datang dari pihak yang mempunyai 
kepentingan terhadap syarikat, iaitu

1. Agensi Kerajaan 

    a) memastikan pematuhan piawaian perakaunan.
    b) memastikan laporan berkaitan dengan cukai adalah tepat.

2. Pihak Bank

    a) membuat pertimbangan untuk memberikan pinjaman 
        perniagaan.

3. Pembekal.

    a) memastikan syarikat mempunyai keupayaan untuk 
        membayar hutang dari kredit yang diberikan.

4. Pelabur

    a) mengetahui prestasi syarikat dan mempertimbangkan 
        risiko dalam pelaburan.