Thursday, August 27, 2020

Konsep Padanan Dalam Perakaunan (Matching Concept In Accounting)

 

Konsep Padanan Dalam Perakaunan (Matching Concept In Accounting)

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera

Pada topik kali ini, kita bincangkan sedikit berkenaan dengan konsep padanan (matching concept).

Contoh paling mudah untuk menerangkan konsep padanan ialah seperti berikut,

Syarikat Awal SB membeli stok 100 unit kasut berharga RM 10.00. 
Jumlah yang terjual adalah 30 unit pada harga RM 20.00.

Oleh yang demikian, laporan kewangan dalam Akaun Untung Rugi (yang tidak menggunakan konsep padanan) akan menunjukkan

Jualan - RM 600.00 - RM 30.00 x 20 unit

Tolak Belian - (RM 1,000.00) - RM 10.00 x 100 unit. jumlah yang dibeli

Rugi Kasar - (RM 400.00)


Dengan memgunakan konsep padanan, Akaun Untung Rugi seharusnya menunjukkan seperti berikut;

Jualan - RM 600.00 - RM 30.00 x 20 unit

Tolak Belian - (RM 1,000.00) - RM 10.00 x 100 unit

Tambah Stok Akhir - RM 700.00 - RM 10.00 x 70 unit, unit yang tidak terjual.

Untung Kasar - RM 300.00


Laporan kewangan yang menggunakan konsep padanan adalah lebih tepat dan menunjukkan situasi sebenar syarikat.

Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya terlebih atau terkurang dalam mencatatkan untung rugi.

Konsep padanan juga patut digunakan untuk pendapatan atau hasil yang diterima untuk kontrak yang bertempoh.

Contoh, Syarikat Awal ABC SB menerima kontrak membekalkan peralatan pejabat berjumlah RM 500,000 untuk 5 tahun.

Oleh yang demikian, kita tidak boleh merekod terus RM 500,000.00 dalam tahun pertama semata-mata.

Kita perlu merujuk pada isi kontrak, dan kebiasaannya, kita hanya boleh merekod jumlah amaun yang telah dibekalkan sahaja.

Mana-mana baki amaun yang belum dibekalkan, tidak seharusnya direkod terus kerana pembekalan belum berlaku. Ia sesuai dengan tafsiran hasil, iaitu jualan perkhidmatan atau barangan yang telah diberikan atau disempurnakan.

Harap anda dapat kefahaman sedikit sebanyak dalam tajuk ini, sekian.


Merekod Pelepusan Aset Dalam Perakaunan

 Merekod Pelepusan Aset Dalam Perakaunan

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Topik yang kita akan bincangkan ialah kaedah merekod pelupusan aset didalam akaun syarikat.

Pelupusan yang dimaksudkan ialah mengeluarkan aset yang dibeli sebelum ini, keluar daripada rekod akaun syarikat secara kekal.

Ini bermaksud sama ada, aset tersebut 

1. di jual pada apa-apa harga sekalipun

2. di buang

3. di musnahkan

4. atau dipindahkan ke entiti yang lain, 


kaedah pelupusan aset ini perlu digunakan.

Oleh yang demikian, nilai aset didalam register fixed asset akan menjadi sifar.

Catatan bergu yang dicadangkan adalah seperti berikut :


1. Pindahkan Nilai Kos Aset daripada Akaun Aset

DEBIT - Akaun Pelupusan Aset

KREDIT - Akaun Aset

2. Pindahkan Susut nilai terkumpul untuk aset tersebut

DEBIT - Peruntukkan Susut Nilai Terkumpul

KREDIT - Akaun Pelupusan Aset

3. Masukkan jumlah nilai harga jualan atau skrap aset tersebut

DEBIT - Tunai / Bank / Penghutang

KREDIT - Akaun Pelupusan Aset

4. Semak Jumlah Debit dan Kredit untuk akaun pelupusan aset,

Debit Melebihi Kredit = Rugi Atas Pelupusan

Kredit Melebihi Debit = Untung Atas Pelupusan


Contoh, Syarikat Awal SDN BHD melupuskan sebuah komputer yang dibeli pada 1 Jan 2015 pada harga kos RM 6,000.00. Aset tersebut dijual pada 1 Jan 2016, pada harga RM 2000.00 kepada orang awam. Susut nilai terkumpul adalah RM 2,000.00

Kaedah merekod

1. Debit Akaun Pelupusan Aset Komputer - RM 6,000.00

2. Kredit Akaun Aset Komputer - RM 6,000.00.

3. Debit Akaun Susut Nilai Terkumpul Komputer - RM 2,000.00.

4. Kredit Akaun Pelupusan Aset Komputer - RM 2,000.00.

5. Debit Akaun Tunai - RM 2,000.00.

6. Kredit Akaun Pelupusan Aset Komputer - RM 2,000.00

7. Debit Akaun Untung atau Rugi - RM 2,000.00

8. Kredit Akaun Pelupusan Aset Komputer - RM 2,000.00



Kaedah mudah untuk menentukan untung atau rugi ialah,

1. Tentukan Nilai Buku (Book Value) aset tersebut dengan, Harga Kos Aset tolak dengan jumlah susut nilai terkumpul.

2. Dalam contoh ini, nilai buku komputer tersebut adalah RM 4,000.00

3. Jika Harga jualan skrap aset melebihi RM 4,000 anda akan mendapat untung dari pelupusan, dan sebaliknya.


Harap dapat mencuba, Sekian.


Sunday, August 23, 2020

Yuran Perpindahan - Cara Mudah Merekod Kos Perpindahan

 

Yuran Perpindahan - Cara Mudah Merekod Kos Perpindahan

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera

Anda mesti pernah mendengar mengenai "yuran perpindahan" atau "transfer fee".

Yuran perpindahan yang paling ketara berlaku dalam hidup kita adalah perpindahan pemain bolasepak.

Kelab-kelab bolasepak seperti Real Madrid, Arsenal, Liverpool, Juventus akan membuat bidaan untuk yuran perpindahan pemain.

Setelah bidaan mereka diterima dan berjaya, mereka perlulah membayar yuran perpindahan pemain tersebut.

Jika kos perpindahan yang dibayar adalah RM 100 juta, dan kontrak pemain tersebut adalah untuk 5 tahun, maka, jumlah tahunan yang perlu direkodkan sebagai belanja didalam akaun kelab tersebut adalah sebanyak RM 20 juta setahun.

Kaedah ini adalah kaedah amortisation (pelunasan), dimana kos yang dibayar diagihkan secara sama rata pada tahun akan datang.

Oleh yang demikian, cadangan catatan bergu adalah seperti berikut :

DEBIT - AKAUN PRABAYAR (Aset) - RM 75 Juta

DEBIT - AKAUN YURAN PERPINDAHAN (Belanja)  - RM 25 Juta

KREDIT - AKAUN BANK (Aset) - RM 100 Juta.

(belanja yuran perpindahan untuk tahun pertama).

Oleh yang demikian, bagi tahun seterusnya, cadangan catatan bergu untuk merekod transaksi adalah seperti berikut;

DEBIT - AKAUN YURAN PERPINDAHAN (Belanja)  - RM 25 Juta

DEBIT - AKAUN PRABAYAR (Aset) - RM 25 Juta

(belanja tahunan yuran perpindahan)

Catatan ini perlu dibuat setiap tahun sehingga tahun keempat.

Baki akaun prabayar juga haruslah sifar.


Contoh-contoh lain yang serupa.

1. Syarikat yang membayar baki notis period untuk pengambilan pekerja dari syarikat lain.

Sekian, Selamat Mencuba.


Sunday, August 9, 2020

Akaun Tergantung (Suspense Account)

 

Akaun Tergantung (Suspense Account)

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera


Pada kali ini ingin saya membincangkan sedikit tentang akaun tergantung.

Akaun tergantung adalah salah satu dari topik pembetulan kesilapan.


Akaun tergantung diguna, apabila anda mengesan kesilapan yang tidak dapat dibetulkan didalam lejer akaun anda.

Contoh :

Baki didalam lejer Pemiutang Ahmad adalah RM 1,000.00

Akan tetapi, didalam rekod penyata akaun Ahmad (statement of accounts), baki hutang adalah 

RM 800.00.

Oleh yang demikian terdapat perbezaan hutang sebanyak RM 200.00. Jika beza ini tidak dapat dikenalpasti, maka pelarasan perlulah dibuat untuk membetulkan kesilapan tersebut.

Jadi, menggunakan akaun tergantung, kita akan

Debit Akaun Pemiutang - RM 200.00

dan Kredit Akaun Tergantung - RM 200.00

Kemudian, akaun tergantung ini akan dipindahkan kepada akaun untung rugi.

Nampak mudah, tetapi realitinya, jika akaun tergantung berbaki debit, maka ianya adalah akaun perbelanjaan.

Perlu diingatkan bahawa akaun tergantung tidak dapat ditolak dengan cukai kerana ianya bukan tergolong dalam perbelanjaan yang dibenarkan, (non-allowable expenses).

Kesannya ialah cukai yang perlu dibayar oleh syarikat akan meningkat.

Akaun tergantung pada masa ini amat jarang didapati dalam mana-mana rekod akaun syarikat.


KESILAPAN KETARA DALAM IMBANGAN DUGA (Trial Balance)
  •  jumlah debit dan kredit Imbangan Duga tidak seimbang atau tidak sama.
1)  Kesilapan Dalam Imbangan Duga
  • Baki sesuatu akaun disenaraikan di sebelah yang salah dalam Imbangan Duga. Contohnya, satu baki debit telah tercatat di sebelah kredit atau sebaliknya.
  •  Baki sesuatu akaun tidak dimasukkan dalam Imbangan Duga.
  • Imbangan Duga tersalah jumlah. Jumlah debit dikira dengan betul, manakala jumlah kredit dikira dengan salah atau sebaliknya.
2)  Kesilapan Ketinggalan Satu Catatan
  • Catatan bergu tidak lengkap. Terdapat ketinggalan catatan debit atau kredit bagi sesuatu urus niaga.
3)  Kesilapan Catatan nilai.
  • Catatan bergu tidak tepat. Amaun yang didebitkan tidak sama dengan amaun yang dikreditkan.
4)   Kesilapan Catatan di Sebelah yang sama
  • kedua-dua akaun yang terlibat dicatatkan disebelah yang sama.
5)  Kesilapan Pengiraan

     (i)  Kesilapan dalam Jurnal
  •  jumlah dalam jurnal tersilap kira dan dibukukan dalam lejar.
    (ii)  Kesilapan dalam Buku Tunai
  • Jumlah dan baki Buku Tunai tersilap kira dan akan memberi kesan pada Imbangan Duga.
    (iii) Kesilapan dalam Lejar 
  • Jumlah dan baki akaun-akaun dalam lejar tersilap kira dan ini akan memberi kesan pada Imbangan Duga.

B)  KESILAPAN TIDAK KETARA DALAM IMBANGAN DUGA
  • Walaupun Imbangan Duga seimbang, ini tidak bermakna semua catatan dalam akaun adalah betul kerana mungkin terdapat kesilapan yang tidak ditunjukkan oleh Imbangan Duga.
  • Ini bermaksud kesilapan itu tidak menjejaskan Imbangan Duga.
  • Jenis-jenis kesilapan tidak ketara adalah seperti berikut:

    1)  Kesilapan Ketinggalan Satu Urus Niaga

    • Urus niaga tidak direkodkan dalam mana-mana buku.
    2)  Kesilapan Prinsip
    • Urus niaga telah direkodkan mengikut peraturan catatan bergu tetapi catatan debit dan kredit dicatatkan ke dalam akaun yang salah.
    3)  Kesilapan Amaun
    • Kesilapan berlaku apabila amaun yang salah dicatatkan di kedua-dua belah debit dan kredit akaun. Biasanya kesilapan amaun telah direkodkan dalam Buku Catatan Pertama dan diposkan ke lejar.
    4)  Kesilapan Saling Mengimbangi
    • Berlaku apabila satu kesilapan di sebelah debit diimbangi oleh kesilapan yang sama amaunnya di sebelah kredit.
    • Contohnya, satu kesilapan telah menyebabkan jumlah debit terlebih RM50. Kemudian, satu lagi kesilapan yang lain menjadikan jumlah debit terkurang RM50 atau jumlah kredit terlebih RM50.
    5)  Kesilapan Songsan/Terbalik
    • Catatan direkodkan dalam akaun yang betul, tetapi peraturan bergu dicatatkan di sebelah yang salah.
    6)  Kesilapan Komisen
    • Biasanya berlaku dalam akaun penghutang dan pemiutang. 
    • Catatan dalam lejar direkod di sebelah yang betul tetapi dalam akaun yang salah.



    Sekian, Terima Kasih



    Thursday, August 6, 2020

    Kesilapan Dalam Merekod Invoice



    Kesilapan Dalam Merekod Invoice

    Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

    Topik pendek yang ingin saya ketengahkan ialah tentang kesilapan apabila merekod invoice belian atau invoice perkhidmatan.

    Kesilapan ini adalah antara kesilapan ketara yang selalu dikenalpasti semasa membuat rekod akaun.

    Mari kita mulakan.

    Kesilapan Merekod Tarikh Invoice

    Kesilapan ini berlaku apabila invoice yang dibilkan kepada kita, tarikhnya tidak sama dengan maklumat didalam invoice.

    Contoh 1 :
    Invoice sewa peralatan, untuk sewaan bulan Julai 2020, dibilkan pada 5 Ogos 2020.

    Kesan daripada perbezaan tarikh ini, invoice akan direkod pada bulan Ogos.

    Ini akan menaikkan belanja pada bulan Ogos dan mengelirukan pengurusan.

    Apa yang perlu dibuat ialah dengan merekod menggunakan tarikh didalam bulan Julai.

    Contoh 2 :
    Invoice belian diterima pada bulan Januari 2020 akan tetapi, barang hanya tiba di stor pada Febuari 2020.

    Ini adalah contoh untuk invoice yang diterima lebih awal daripada barang yang dipesan.

    Kaedahnya sama juga seperti contoh 1, invoice perlulah direkod pada tarikh menerimaan barang.

    Jika tidak, jumlah baki stok akan menunjukkan masalah apabila kiraan dibuat.

    Jika kita merekod invoice tersebut dalam bulan Januari, kita akan meningkatkan kos jualan dan mengurangkan untung kasar.




    Sekian, Teruma kasih





    Pengecualian Audit untuk syarikat Sdn Bhd - Unaudited Financial Statement (UFS)

     Pengecualian Audit untuk syarikat Sdn Bhd - Unaudited Financial Statement (UFS) Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera Tahukah anda baha...