Wednesday, September 30, 2020

Waveapp - Bahagian 1 - Merekod Inbois Belian / Part 1 - Record Purchase Invoice

Belajar Waveapp - Wave Accounting

Bahagian 1 - Merekod Inbois Belian / Part 1 - Record Purchase Invoice

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera,

Kita akan pelajari kaedah merekod inbois kedalam waveapp menggunakan contoh-contoh mudah.

Kita mulakan dengan contoh berikut,

1. Kita membuat akaun bagi pihak Syarikat Jual Mahal Sdn Bhd (contoh).

2. Pada 2 Januari 2020, kita telah membeli secara hutang 500 pek minyak masak jenama kuali seberat 1 KG setiap pek, pada harga RM 1.20 setiap pek daripada Pembekal Minyak Murah Sdn Bhd.

3. Dengan menggunakan WAVEAPP kita merekod transaksi diatas mengikut turutan.

Kaedah merekod kedalam WAVEAPP









































































.





Dengan mengikuti semua langkah didalam gambar sebagai rujukan, anda akan dapat merekod invoice anda dengan sempurna.

Selamat mencuba.




Wednesday, September 23, 2020

Merekod Pelaburan Emas Dalam Akaun

 Merekod Pelaburan Emas Dalam Akaun

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera untuk semua.

Kali ini, saya mengajak anda bagaimana untuk merekod keuntungan dan kerugian apabila kita membuat pelaburan dalam EMAS.

Saya pasti anda sedia maklum bahawa emas adalah salah satu objek, komoditi, atau barang yang mempunyai sifat kenaikan nilai (appreciation) berkadar dengan tempoh masa.

Apabila anda membeli emas untuk pelaburan, maka anda akan menyimpan emas tersebut kemungkinan untuk jangka masa panjang bagi memaksimakan pelaburan anda.

Sudah tentu, emas yang dibeli, perlu direkod, dan peningkatan atau penurunan harga emas juga harus direkod, walaupun anda belum lagi membuat keputusan untuk menjualnya.

Oleh yang demikian, apabila anda membuat pembelian emas, anda perlulah merekodnya kedalam aset bukan semasa anda (non-current asset). Sebaiknya digalakkan untuk membuat akaun khusus bagi emas yang dibeli, contohnya Akaun - Pelaburan Emas. Ini akan memudahkan kita apabila mencari rekod-rekod bagi pembelian dan perubahan nilai emas tersebut.

Mari mulakan merekod, 

Contoh

Syarikat Awal Pagi Sdn Bhd membuat pelaburan dalam emas pada 1/1/2020. Harga belian emas ialah RM 5,000 untuk 50 gram emas.

Jadi cadangan rekod jurnal adalah seperti berikut,

Debit - Akaun Pelaburan Emas - RM 5,000.00

Kredit - Akaun Bank - RM 5,000.00


Pada awal tahun 2021, nilai semasa emas 50 gram telah meningkat kepada RM 5,500.00. Oleh itu, kita perlu merekod kenaikan harga emas tersebut kedalam akaun untung rugi dan akaun pelaburan emas.

Cadangan rekod jurnal adalah seperti berikut,

Debit - Akaun Pelaburan Emas - RM 500.00

Kredit - Untung atau Rugi - RM 500.00

Ini akan menaikkan nilai dalam akaun pelaburan emas.

Jika harga emas menyusut, kita akan membuat catatan secara berlawanan dengan catatan diatas.

Selamat Mencuba

Sekian.


Wednesday, September 9, 2020

Kira Gaji Pekerja Dengan Mudah Bhgn 2 - Gaji Penuh

 Kira Gaji Pekerja Dengan Mudah Bhgn 2 - Gaji Penuh

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Kali ini kita akan belajar kaedah mengira gaji penuh sebulan dengan mudah.

Untuk itu kita perlukan beberapa maklumat seperti berikut :

1. Gaji pokok dan elaun sebulan.
2. Tempoh hari bekerja sebulan.
3. Jumlah hari bekerja sebulan.
4. Tarikh "cut-off" untuk sebulan.

Dengan menggunakan maklumat yang diberikan, kirakan jumlah gaji pekerja

a) Ali

  • Gaji pokok RM 3,000.00
  • Elaun RM 500.00
  • Jumlah hari bekerja Ali adalah 24 hari
  • Cut-off gaji - 22 haribulan setiap bulan.
  • Kirakan gaji penuh Ali
Oleh yang demikian, sekiranya tiada apa-apa tolakan cuti tanpa gaji dan lain-lain, kiraan gaji adalah seperti berikut;


Macau Scam - Berhati-hati & Awas, Jangan Tertipu.

  Macau Scam - Berhati-hati & Awas, Jangan Tertipu. Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Saya ingin menyeru anda semua berhati-hati d...