Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Friday, December 28, 2018

Stock Count at year end (Kiraan Stok pada hujung tahun)


Stock Count at year end (Kiraan Stok pada hujung tahun)

Kita menghampiri hujung tahun disember 2018 dan kebiasaannya bagi syarikat yang menutup akaun pada hujung tahun ini, bagi perniagaan jenis jualan barangan dan juga pengilang, adalah penting untuk membuat kiraan stok barangan.

Kiraan stok ini amatlah penting bagi memastikan kita dapat membuat kiraan untuk mendapatkan jumlah kos jualan dan juga mengira margin untung kasar daripada perniagaan.



Oleh yang demikian, adalah penting bagi pemilik syarikat untuk memastikan aktiviti kiraan stok dibuat pada setiap penghujung bulan terutamanya pada bulan terakhir tamat tempoh fiskal perakaunan.

Kaedah kiraan stok bergantung kepada syarikat. Lebih banyak stok dan lebih jitu kiraan stok, maka lebih tepatlah maklumat yang akan diterima dan angka yang dilaporkan akan dapat menunjukkan prestasi syarikat.

Jika kiraan stok hanya meliputi 50% hingga 70% daripada jumlah stok yang ada, maka ia mungkin mengakibatkan jumlah yang dikira tidak tepat. Sebaiknya, syarikat patut memastikan jumlah stok yang dikira meliputi sekurang-kurangnya 80% dari nilai yang ada. Lebih tinggi lebih baik.

Oleh kerana kiraan stok memakan masa, adalah dinasihatkan agar syarikat membuat persediaan untuk mengira stok tanpa menggangu operasi syarikat. Sesetengah syarikat terutamanya syarikat perkilangan akan membuat "cut-off production" bagi membolehkan stok bahan mentah, separa siap dan juga stok yang telah siap dikira. Lebih ramai staf yang terlibat akan membantu mempercepatkan kiraan stok.

Ingat, bahawa kiraan stok amatlah penting dan tidak patut diambil mudah. Kesan daripada gagal membuat kiraan stok yang berkesan mungkin akan menyebabkan anda mengalami pengurangan keuntungan atau lebih malang lagi, kerugian.

Sekian dari pengarang

Mohamed Awaludin Kamarudin