Wednesday, 28 March 2018

Daftar & Bayar Cukai Pendapatan untuk Tahun 2017 - Pemastautin (Sebelum 30 April 2018)


Daftar & Bayar Cukai Pendapatan untuk Tahun 2017 - Pemastautin (Sebelum 30 April 2018)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Bila masuk sahaja bulan april, kebanyakkan orang akan mula membuat persiapan akhir untuk mengisytiharkan pendapatan bercukai kepada LHDN.

Bulan ini adalah bulan yang paling digemari oleh sesetengah, namun juga kurang disenangi oleh sesetengah yang lain. Kenapa? Selepas mengisytiharkan pendapatan kita, barulah kita tahu bahawa kita perlu membayar cukai ataupun tidak. 

Bagi mereka yang membuat bayaran secukupnya melalui Potongan Cukai Berkala (PCB) setiap bulan daripada gaji mereka, ini bukanlah masalah besar, namun bagi mereka yang tidak, cukai akan menjadi suatu perkara yang amat berat.

Oleh yang demikian, pastikan anda membuat bayaran PCB bagi mengelakkan tekanan perasaan disetiap bulan April tahun mendatang.

Bukan sahaja PCB, zakat yang telah dipotong dari gaji anda juga boleh ditolak dengan cukai perlu bayar. Namun demikian, menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan potongan zakat anda dicarum oleh majikan. Terdapat permasalahan dimana zakat telah ditolak tetapi tidak dibayar kepada Pusat-pusat Zakat. Akibatnya, anda tidak mempunyai rekod bayaran zakat dan akan merumitkan pengiraan cukai anda.


TIDAK MAHU MENDAFTAR CUKAI KERANA GAJI RENDAH DAN SEWAKTU DENGANNYA


Mendaftar cukai pendapatan adalah perkara yang mustahak. Walaupun mungkin anda tidak perlu membayar cukai buat masa ini, tetapi dimasa hadapan anda perlu membayarnya kerana mungkin ada kenaikan gaji.

Jika anda telah bekerja selama 5 tahun dan tidak pernah mendaftar, tetapi pada tahun seterusnya anda ingin melaporkan pendapatan kepada LHDN, anda akan diminta memberi maklumat untuk tahun-tahun dimana cukai anda tidak dilaporkan. Proses ini amatlah membuang masa dan rumit. Bayangkan kerana anda terpaksa mencari rekod-rekod slip gaji anda sebelum ini.

Sebaiknya, teruslah mendaftar apabila anda mula bekerja. Walaupun anda tidak bekerja dalam tahun-tahun tertentu, letak sahaja angka pendapatan "0". Ini lebih baik daripada langsung tidak membuat pengisytiharan pendapatan.

Gunakan link ini untuk mendaftar :


PELEPASAN CUKAI TAHUN 2017
Berikut adalah jenis pelepasan yang diberikan oleh LHDN

Bil.
Jenis Potongan Individu
Amaun (RM)
1
Individu dan saudara tanggungan
9,000
2
Perbelanjaan rawatan perubatan,keperluan khas dan penjaga ibu bapa ( Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)
ATAU
Ibu dan Bapa 
Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu 
Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa
5,000 (Terhad)

ATAU
3,000 (Terhad)
3
Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya)
6,000 (Terhad)
4
Individu Kurang Upaya
6,000
5
Yuran Pendidikan (Sendiri) :
(i) Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah - bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi; 
(ii) Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah - sebarang bidang atau kursus pengajian
7,000 (Terhad)
6
Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak)
6,000 (Terhad)
7
Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak)
500 (Terhad)
8
Gaya Hidup : 
(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; 
(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; 
(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan 
(iv) Bayaran langganan internet
2,500
(Terhad)
9
Pembelian peralatan penyusuan
1,000 (Terhad)
10
Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah
1,000 (Terhad)
11
Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahun 2017 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2017)
6,000 (Terhad)
12
Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri
4,000 (Terhad)
13
Suami/Isteri kurang upaya
3,500
14
Anak di bawah umur 18 tahun
2,000
15
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)
2,000
16
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

8,000
17
Anak Kurang upaya
6,000
Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
18
Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji
6,000 (Terhad)
19
Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.
3,000 (Terhad)
20
Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji
3,000 (Terhad)
21
Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
250 (Terhad)


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Menentukan Anggaran Cukai Syarikat (Tax Estimation) Borang CP204 LHDN

Menentukan Anggaran Cukai Syarikat (Tax Estimation) Borang CP204 LHDN Menentukan Anggaran Cukai Berkuatkuasa daripada tahun taksiran...