Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Friday, December 20, 2019

Modal Saham berbayar berasaskan aset


Modal Saham berbayar berasaskan aset

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Topik ini, saya ingin membincangkan sedikit tentang situasi pemegang saham 
yang tidak membayar saham secara tunai, tetapi membawa aset peribadi 
kedalam syarikat untuk kegunaan syarikat.

Contohnya, seorang pemegang saham yang telah membeli kenderaan seperti 
van, atas nama peribadi beliau, dan membawa masuk van tersebut sebagai aset 
syarikat.

Oleh yang demikian, syarikat tersebut perlulah menilai aset van tersebut 
pada harga yang dipersetujui dan setiausaha syarikat (company secretary) 
akan menyediakan trust deed untuk merekod aset peribadi yang dibawa 
masuk oleh pemegang saham atau pengarah.

Contoh rekod jurnal bagi kenderaan tersebut adalah seperti berikut 
(anggaran kos RM 70,000).

Debit - Aset (Kenderaan Bermotor) - RM 70,000
                                           Kredit - Pemiutang Lain (Pemegang Saham) - RM 70,000

(nilai aset yang dibawa masuk oleh pengarah)

Dengan menggunakan trust deed, aset tersebut akan direkodkan didalam 
senarai aset syarikat dan perbelanjaan selenggara dan lain-lain kos akan 
ditanggung oleh syarikat.

Sekian

Tuesday, December 17, 2019

Mencantum atau mengasingkan akaun? Petrol, Parking & Toll account Vs. Petrol account, Parking account, and Toll account


Mencantum atau mengasingkan akaun?

(Petrol, Parking & Toll account) VS (Petrol account), (Parking account), and (Toll account)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk topik kali ini, saya ingin membincangkan tentang pencantuman dan pengasingan akaun.

Untuk makluman, setiap syarikat mempunya perbezaan dalam perbelanjaan seharian. Tidak ada syarikat yang akan mempunyai carta perakaunan (chart of accounts) yang serupa dengan syarikat lain.

Umumnya, hanya syarikat yang berada didalam industri yang sama, akan mempunyai persamaan carta perakaunan. Namun, ianya bukanlah bererti anda perlu menggunakan bentuk carta yang sama apabila membuat carta perakaunan anda.

Dalam membina carta perakaunan, kita perlu melihat kepada pendapatan dan perbelanjaan yang dihadapi.

Antara contoh belanja yang biasa kita jumpa adalah seperti berikut :

  • Sewa - akaun sewa
  • Utiliti - akaun utiliti
  • Gaji - akaun gaji
  • Baikpulih - akaun baikpulih
  • Alat tulis - akaun alat tulis
  • Professional - akaun belanja professional
Oleh yang demikian, akauntan biasanya akan membuat carta perakaunan berdasarkan belanja-belanja yang ada.

Namun begitu, kadangkala, akaun yang ada tidak mencukupi kerana apabila maklumat tersebut digabungkan, ianya akan menyebabkan syarikat tidak dapat mengenalpasti perbelanjaan kritikal.

Contoh, apabila anda menggabungkan belanja utiliti, anda tidak akan dapat melihat jumlah bagi setiap belanja utiliti yang ada seperti elektrik, air, pembentungan dan lain-lain.

Bagi contoh petrol, parking dan toll pula, saya lebih gemar menggabungkannya kerana akaun tersebut bukanlah akaun yang kritikal.

Mungkin jika syarikat ingin mengetahui jumlah belanja setiap komponen petrol, parking dan toll, barulah saya akan mengasingkannya.

Satu lagi contoh ialah gaji. Gaji sahaja tidak cukup sebagai akaun tunggal. Akaun belanja EPF dan Perkeso, EIS juga perlu disediakan. Akaun EPF, Akaun Socso dan Akaun EIS akan digunakan untuk merekod caruman majikan dan akaun gaji akan digunakan untuk merekod gaji pokok pekerja.

Jika anda mahukan maklumat lanjut, anda boleh cuba untuk merujuk kepada "Management Accounts" yang disediakan oleh para auditor. 

Sekian.

Merekod Sumbangan (Donation) dalam perakaunan


Merekod Sumbangan (Donation) dalam perakaunan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Topik ringkas yang saya hendak beri tunjuk ajar kali ini ialah bagaimana merekod sumbangan dalam bentuk wang ataupun barangan.

Kebiasaannya kita akan membuat sumbangan dari pihak syarikat untuk membantu menringankan beban mereka yang memerlukan.

Contoh :

Sumbangan Tunai

Syarikat ABC Sdn Bhd menderma RM 1,000.00 kepada sebuah pertubuhan anak-anak yatim.

Debit - Derma/Sumbangan - RM 1,000.00
                                                                     Kredit - Tunai/Bank - RM 1,000.000
(Sumbangan tunai bernilai RM 1,000.00)




Sumbangan dalam bentuk stok perniagaan***

Syarikat ABC Sdn Bhd menderma RM 5,000.00 nilai stok kepada sebuah pertubuhan anak-anak yatim.

Debit - Derma/Sumbangan - RM 5,000.00
                                                                    Kredit - Belian - RM 5,000.000
(Sumbangan barangan stok bernilai RM 5,000.00)

***Nota tambahan, sumbangan dalam bentuk stok jualan perlulah dinilaikan pada harga kos, dan bukan pada harga jualan.


Sekian, terima kasih.

Monday, December 16, 2019

Bagaimana untuk merekod modal saham berbayar (issued Share Capital)


Bagaimana untuk merekod modal saham berbayar (issued Share Capital)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kali ini kita akan belajar topik ringkas tentang bagaimana untuk merekod modal saham kedalam perakaunan syarikat.

Pertama, kenal pasti jumlah saham yang diagihkan kepada pemengang saham.

Contoh, syarikat ABC Sdn Bhd telah menjual 100,000 unit saham bernilai RM 1.00 kepada pemengang saham.

Oleh yang demikian, catatan jurnal untuk merekod adalah seperti berikut;

Debit - Penghutang lain (Pemegang Saham) - RM 100,000.00
Kredit - Modal Saham - RM 100,00.00
(Jumlah Saham yang diagihkan kepada pemegang saham)


Jika, hanya RM 80,000 telah dibayar, rekodkan bayaran kedalam akaun tunai/bank seperti berikut;

Debit - Tunai/Bank - RM 80,000.00
Kredit - Penghutang lain (Pemegang Saham) - RM 80,00.00
(Jumlah Saham yang dibayar oleh pemegang saham)

Baki 20,000 unit saham yang belum dibayar adalah baki debit didalam akaun penghutang lain - Pemegang saham sehinggalah semua amaun tersebut dilangsaikan.

Sekian, terima kasih.