Tuesday, December 17, 2019

Mencantum atau mengasingkan akaun? Petrol, Parking & Toll account Vs. Petrol account, Parking account, and Toll account


Mencantum atau mengasingkan akaun?

(Petrol, Parking & Toll account) VS (Petrol account), (Parking account), and (Toll account)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk topik kali ini, saya ingin membincangkan tentang pencantuman dan pengasingan akaun.

Untuk makluman, setiap syarikat mempunya perbezaan dalam perbelanjaan seharian. Tidak ada syarikat yang akan mempunyai carta perakaunan (chart of accounts) yang serupa dengan syarikat lain.

Umumnya, hanya syarikat yang berada didalam industri yang sama, akan mempunyai persamaan carta perakaunan. Namun, ianya bukanlah bererti anda perlu menggunakan bentuk carta yang sama apabila membuat carta perakaunan anda.

Dalam membina carta perakaunan, kita perlu melihat kepada pendapatan dan perbelanjaan yang dihadapi.

Antara contoh belanja yang biasa kita jumpa adalah seperti berikut :

  • Sewa - akaun sewa
  • Utiliti - akaun utiliti
  • Gaji - akaun gaji
  • Baikpulih - akaun baikpulih
  • Alat tulis - akaun alat tulis
  • Professional - akaun belanja professional
Oleh yang demikian, akauntan biasanya akan membuat carta perakaunan berdasarkan belanja-belanja yang ada.

Namun begitu, kadangkala, akaun yang ada tidak mencukupi kerana apabila maklumat tersebut digabungkan, ianya akan menyebabkan syarikat tidak dapat mengenalpasti perbelanjaan kritikal.

Contoh, apabila anda menggabungkan belanja utiliti, anda tidak akan dapat melihat jumlah bagi setiap belanja utiliti yang ada seperti elektrik, air, pembentungan dan lain-lain.

Bagi contoh petrol, parking dan toll pula, saya lebih gemar menggabungkannya kerana akaun tersebut bukanlah akaun yang kritikal.

Mungkin jika syarikat ingin mengetahui jumlah belanja setiap komponen petrol, parking dan toll, barulah saya akan mengasingkannya.

Satu lagi contoh ialah gaji. Gaji sahaja tidak cukup sebagai akaun tunggal. Akaun belanja EPF dan Perkeso, EIS juga perlu disediakan. Akaun EPF, Akaun Socso dan Akaun EIS akan digunakan untuk merekod caruman majikan dan akaun gaji akan digunakan untuk merekod gaji pokok pekerja.

Jika anda mahukan maklumat lanjut, anda boleh cuba untuk merujuk kepada "Management Accounts" yang disediakan oleh para auditor. 

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Bagaimana untuk mengira nilai bersih (net worth) anda?

  Nilai Bersih Peribadi Bagagimana untuk mengira nilai bersih anda? Nilai Bersih = Aset TOLAK Liabiliti Aset Aset adalah nilai harta milikan...