Monday, 31 October 2016

Pengertian Debit Dan Kredit


Debit Dan Kredit





Apakah maksud debit dan apakah maksud kredit. 

Jawapan : Dalam perakaunan, apabila disebut debit atau kredit, lebih membawa pengertian kepada dimana catatan akaun dilakukan.


Contoh : 
Apabila disebut, debit akaun bank, dan kredit akaun penghutang

Membawa maksud : Akaun bank ditambah nilai di sebelah debit dan akaun penghutang ditambah nilai sebelah kredit.

Kesan : Akaun bank kini membawa baki nilai lebih besar, manakala akaun penghutang akaun membawa baki lebih kecil.

Oleh yang demikian, secara umumnya, debit adalah rekod perakaunan yang meningkatkan nilai aset, meningkatkan belanja atau mengurangkan hasil, dan juga mengurangkan liabililti atau ekuiti.

Kredit pula adalah rekod perakaunan yang mengurangkan nilai aset, mengurangkan belanja atau meningkatkan hasil, dan juga menambah liabiliti atau ekuiti.


MENGAPA SAYA KATAKAN DEBIT DAN KREDIT HANYALAH KEDUDUKAN NILAI SESUATU AKAUN :

JAWAPAN

Kita ambil satu contoh, iaitu akaun semasa (current account) didalam kunci kira-kira (balance sheet) dan juga akaun sewa kedai didalam akaun untung rugi (profit or loss account).

Akaun semasa pada kebiasaannya berbaki positif.
Akaun semasa yang berbaki positif akan berbaki disebelah debit.
Akaun semasa yang positif menandakan syarikat mempunyai wang didalam akaun tersebut.


Pada masa yang sama, apabila sesebuah syarikat merekod perbelanjaan sewa bangunan dengan mendebitkan perbelanjaan dan mengkreditkan pemiutang ataupun tunai/bank.


Oleh yang demikian, ini tidak bermakna debit adalah aset dan kredit adalah hutang. Atau debit adalah duit masuk dan kredit adalah duit keluar.

Debit dan kredit hanyalah semata-mata untuk menerangkan kedudukan suatu catatan secara umum.


Apa yang penting??
Anda perlu memahami konsep catatan beregu (double entry), iaitu asas paling penting dalam perakaunan dan memahami juga apakah kesan atau impak daripada kedudukan debit dan kredit terhadap akaun yang anda sediakan.




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Menentukan Anggaran Cukai Syarikat (Tax Estimation) Borang CP204 LHDN

Menentukan Anggaran Cukai Syarikat (Tax Estimation) Borang CP204 LHDN Menentukan Anggaran Cukai Berkuatkuasa daripada tahun taksiran...