Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Saturday, February 17, 2018

Amalan Perakaunan Baik (No.2) - Merekod Perbelanjaan Setahun (untuk setiap bulan)***


Amalan Perakaunan Baik (No.2) - 
Merekod Perbelanjaan Setahun (untuk setiap bulan)***


Dalam tajuk kali ini, kita akan membincangkan berkenaan perbelanjaan yang perlu dibayar setiap tahun tetapi perlu direkodkan setiap bulan.

Antara perbelanjaan yang ketara adalah seperti premium insurans.

Insurans pada kebiasaannya akan perlu diambil dan diperbaharui setiap tahun. Jumlah premium yang besar perlulah dibahagikan dengan 12 bulan iaitu bersamaan dengan setahun perlindungan insurans.

Oleh yang berkenaan, jika jumlah invoice yang dibilkan adalah RM 12,000 pada bulan Januari untuk perlindungan setahun. Maka catatan jurnal untuk merekod perbelanjaan ini adalah seperti berikut;

Dr. Perbelanjaan prabayar - insurans     RM 11,000.00 (baki 11 bulan)
Dr. Insurans                                            RM   1,000.00 (insurans bulan pertama)
      Cr. Pemiutang Insurans                                             RM 12,000.00
(pembelian insurans untuk 12 bulan)


Selain daripada insurans, terdapat perbelanjaan lain yang untuk tempoh melangkaui sebulan perlu di rekod secara betul kepada bulan yang betul.

Antaranya, yang perbelanjaan lain yang kerap berlaku seperti ini adalah invoice untuk 

  • cas setiausaha syarikat (pada kebiasaan dibilkan 3 bulan pada satu invoice).
  • bil sewa mesin photocopy juga selalu dibilkan untuk tempoh 2 dan 3 bulan sekali.
  • bil-bil utiliti dan lain-lain.
Oleh yang demikian, anda semua perlu memastikan perbelanjaan direkod dengan betul dan ini akan menjadikan maklumat yang tertera didalam laporan untung rugi dan kunci kira-kira lebih tepat.

Harap ilmu ini dapat membantu anda semua.

Silakan share pada yang berminat dengan ilmu perakaunan.


Terima kasih













No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.