Sunday, 18 November 2018

MAKLUMAN PROGRAM KHAS PENGAKUAN SUKARELA

Pembayar Cukai Yang Dihormati,

MAKLUMAN PROGRAM KHAS PENGAKUAN SUKARELA

Program ini diperkenalkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2019 pada 2 November 2018 untuk menggalakkan orang ramai melapor secara sukarela pendapatan yang belum atau kurang dilapor sebelum ini. 

2. Program khas ini dibuka kepada semua pembayar cukai. Tuan/Puan boleh mengambil peluang ini jika: 

    i. Tidak pernah berdaftar sebagai pembayar cukai
    • Hadir ke mana-mana pejabat LHDNM untuk mendaftar sebagai pembayar cukai atau melalui sistem e-Daftar
      di Portal Rasmi LHDNM
    • Kemukakan Borang Nyata untuk melapor pendapatan yang berkaitan
    ii. Telah berdaftar tetapi belum melaporkan pendapatan
    • Kemukakan Borang Nyata untuk melapor pendapatan bagi tahun-tahun taksiran yang belum dilaporkan
    iii. Telah kemukakan Borang Nyata tetapi tidak melaporkan dengan betul
    • Tulis surat atau e-mel untuk melapor pendapatan / keuntungan pelupusan aset yang sebenar
    iv. Belum menyetemkan surat cara
    • Kemukakan surat cara yang belum disetemkan untuk penyeteman

3. Pengakuan sukarela yang dibuat dalam tempoh program ini akan diterima secara suci hati tanpa pertanyaan lanjut daripada pihak LHDNM. Tuan/Puan juga akan menikmati pengurangan kadar penalti istimewa (kadar asal 100% hingga 300%) seperti di bawah:


Tempoh Pengakuan SukarelaKadar PenaltiBayaran pada atau sebelum
03/11/2018 - 31/03/201910%01/04/2019
01/04/2019 - 30/06/201915%01/07/2019


4. Maklumat berkenaan program khas ini boleh diakses melalui Portal Rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my seperti pautan di bawah:



5. Maklumat lanjut juga boleh diperoleh di pejabat LHDNM berdekatan atau hubungi Hasil Care Line di talian 1-800-88-5436. 

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"BERSAMA MEMBANGUN NEGARA"

Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Menentukan Anggaran Cukai Syarikat (Tax Estimation) Borang CP204 LHDN

Menentukan Anggaran Cukai Syarikat (Tax Estimation) Borang CP204 LHDN Menentukan Anggaran Cukai Berkuatkuasa daripada tahun taksiran...