Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Sunday, March 17, 2019

Definisi Perakaunan


Definisi Perakaunan

English :It is a systematic process of identifying, recording, measuring, classifying, verifying, summarizing, interpreting and communicating financial information.

Bahasa Melayu :
Proses sistematik iaitu mengenalpasti, merekod, mengukur, mengklasifikasi, mengesahkan, meringkaskan, mentafsir dan menyampaikan maklumat kewangan.


Kenalpasti
Mengenal pasti sumber dokumen (source document) yang menjadi asas maklumat yang perlu direkod. Terdapat banyak maklumat tetapi hanya maklumat yang berkaitan dengan syarikatlah yang menjadi tumpuan.

Merekod
Maklumat yang dikenalpasti, perlu disusun dan direkod menggunakan asas dan teknik perakaunan yang betul seperti. Contohnhya jualan kredit direkod kedalam penghutang perniagaan dan belian tunai direkod terus kedalam buku tunai.

Mengukur
Ukuran dibuat berdasarkan nilai asas seperti didalam Ringgit dan ukuran ini perlulah konsisten. 

Mengklasifikasi
Maklumat kemudiannya diletakkan dalam kumpulan-kumpulan akaun yang sesuai, iaitu antara aset, liabiliti, hasil ataupun belanja. Maklumat disusun bersesuaian dengan keperluan laporan kewangan syarikat.

Mengesahkan
Pastikan rekod anda betul dan anda mempunyai sumber dokumen yang sah dan juga maklumat yang direkod disemak sebaiknya.

Menringkaskan
Menyediakan laporan kewangan dalam bentuk jumlah iaitu penyata untung atau rugi, kunci kira-kira dan sebagainya.

Mentafsir
Membuat analisis daripada maklumat yang anda telah sediakan. Contohnya membuat kiraan dengan formula kewangan seperti nisbah untung kasar, nisbah untung bersih, nisbah aset semasa dan lain-lain.

Menyampaikan maklumat kewangan
Akhirnya, maklumat ini diserahkan kepada pengguna-pengguna laporan kewangan bersama dengan analisis yang telah disediakan. Maklumat kewangan adalah penting dalam membuat keputusan seperti pelaburan, pembiayaan dan juga pelunasan.


Kitaran perakaunan ini akan berterusan sepanjang masa. Oleh yang demikian, seseorang yang menyediakan laporan perlulah bertauliah untuk memastikan mutu dan kualiti laporan yang akan disediakan dan digunakan.

Sekian.

Monday, March 11, 2019

Trade Payables (Pemiutang Dagangan) VS Other Payables (Pemiutang Lain-Lain)


Trade Payables (Pemiutang Dagangan) 
VS 
Other Payables (Pemiutang Lain-Lain)

Kedua-dua jenis pemiutang ini selalunya diasingkan jika boleh. Terutamanya jika sistem perakaunan yang digunakan mampu untuk menampung keperluan pengguna dengan membuat 2 jenis akaun kawalan pemiutang.

Akan tetapi, namun begitu terdapat juga sistem yang hanya mempunyai satu akaun kawalan pemiutang iaitu pemiutang dagangan sahaja.

Oleh demikian, pengguna sistem terpaksa membuat pilihan antara mencampurkan kedua-duanya dibawah satu akaun kawalan, atau membuat rekod untuk pemiutang lain-lain dengan menggunakan catatan journal am.

Untuk menerangkan perbezaan antara kedua jenis pemiutang ini, kita akan mengambil contoh kedai runcit.

Pemiutang Dagangan
1. Pembekal untuk makanan.
2. Pembekal minuman
3. Pembekal bahan pencuci.
4. Pembekal alat-alat tulis.

Pemiutang lain-lain
1. Tenaga Nasional Berhad
2. Telekom Malaysia
3. Pemilik Kedai
4. Auditor, Ejen cukai dan Setiausaha syarikat.

Sementara itu, kemungkinan juga terdapat pemiutang yang serentak menjadi pemiutang dagangan dan lain-lain pada masa yang sama. Jika ini berlaku, tidak perlu membuat pecahan cukuplah sekadar memilih salah satu kumpulan diatas yang lebih dominant.

Ingat, jika anda mencampurkan kedua-dua pemiutang ini didalam satu kumpulan pemiutang, auditor anda perlu mengeluarkan pemiutang tersebut untuk direkodkan dengan betul. Ini bermakna anda perlu membetulkan juga rekod anda dan mungkin akan mengambil sedikit masa.

Sekian.