Thursday, September 27, 2018

Depreciation (Susut Nilai) Vs Amortisation (Pelunasan)



Depreciation (Susut Nilai) Vs Amortisation (Pelunasan)

Topik ringkas kali ini membincangkan perbezaan antara susut nilai dan pelunasan.

Susut Nilai (Depreciation) adalah istilah yang digunakan bagi mengurangkan nilai buku sesuatu aset ketara (non-current asset) akibat daripada penggunaan and susutan atau "wear & tear".

a) Contohnya adalah susutnilai sebuah kereta atau mesin selama 5 tahun dari tarikh penggunaan.


Pelunasan (Amortisation) pula, adalah istilah bagi pengagihan nilai aset tidak ketara (intangible asset) kepada tempoh penggunaan sah laku penggunaan aset tersebut.

b) Contoh pelunasan adalah, lesen pengilang atau lesen francais yang diperolehi daripada pemilik asal sesebuah produk atau francais. Bayaran untuk lesen-lesen tersebut adalah dikira sebagai aset tidak ketara dan nilai lesen tersebut perlulah dibahagikan untuk dilunaskan kedalam akaun untung rugi sehingga tempoh masa penggunaan lesen tersebut tamat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Asas SQL Accounting - Bahagian 2 - Maintain Supplier

Asas SQL Accounting Bahagian 2 - Maintain Supplier Maintain supplier digunakan untuk mencipta akaun ledger untuk pembekal  yang akan menjual...