Pengertian Debit Dan Kredit
Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...
Friday, May 1, 2020
Merekod bayaran deposit sewa, utiliti dan lain-lain.
Merekod bayaran deposit sewa, utiliti dan lain-lain.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera
Kali ini saya ingin menyentuh sedikit tentang kaedah merekod bayaran deposit seperti sewa, utiliti, parking, peti surat dan pelbagai lagi.
Deposit ini adalah deposit yang boleh dipulangkan (refundable deposit).
Terdapat juga beberapa jenis deposit yang tidak akan dipulangkan seperti EARNEST DEPOSIT, tetapi deposit ini akan ditolak sebagai bayaran pertama seperti sewa dan lain-lain.
Apabila bayaran deposit dilakukan, kita akan
DEBIT - AKAUN DEPOSIT DI BAYAR
KREDIT - AKAUN BANK/TUNAI
Deposit yang dibayar akan terus berada dilejer tersebut sehinggalah tamat perjanjian dan apabila tiba masanya untuk di tuntut, akaun ini haruslah ditutup.
Untuk merekod bayaran deposit yang di terima kembali, kita akan
DEBIT - AKAUN BANK/TUNAI
KREDIT - AKAUN DEPOSIT DI BAYAR.
Ini akan menyebabkan akaun deposit menjadi sifar.
Apabila, jumlah wang yang diterima kurang daripada jumlah asal yang dibayar, kita patut menyemak jika ada hutang tertunggak yang tidak kita selesaikan, dan hutang ini ditolak oleh pemilik daripada duit deposit yang kita bayar.
CONTOH: Jumlah deposit yang dibayar RM 2000. Namun begitu, terdapat hutang tertunggak untuk belanja eletrik RM 100 dan hutang sewa sebanyak RM 500. Oleh yang demikian, pemilik hanya perlu memulangkan RM 1,400 sahaja.
Oleh itu, catatan merekod deposit yang diterima adalah seperti berikut,
DEBIT - AKAUN BANK/TUNAI RM 1,400.00
DEBIT - SEWA TERAKRU RM 500.00
DEBIT - ELEKTRIK TERAKRU RM 100.00
KREDIT - DEPOSIT DIBAYAR RM 2,000.00
Pastikan kepada pemilik perniagaan, jangan biarkan akaun deposit anda tergantung dan tidak disemak.
Kadangkala, terdapat deposit yang masih belum dituntut setelah lebih dari setahun lamanya walaupun premis perniagaan yang disewa telah tamat tempoh kontrak.
Pastikan juga anda menyediakan jadual deposit yang dibayar untuk memastikan anda dapat kembali wang anda tepat pada waktunya.
Keadaan akan bertambah buruk, sekiranya anda tidak dapat mengesan pemilik yang memegang deposit anda.
Oleh yang demikian, pastikan anda berhati-hati dan sentiasa waspada tentang semua deposit yang dibayar.
Sekian.
Awaludin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...
-
Jadual Caruman KWSP/EPF Mulai 1 Julai 2022 ***terkini*** Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera Perhatian pada majikan dan pekerja, KWS...
-
Jadual Caruman EPF 2020 (Mengikut Tangga Gaji) Sumber & Kredit : KWSP Jadual Caruman 2020 PDF KWSP Kiraan kwsp mestilah mengikut ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.