Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Wednesday, September 23, 2020

Merekod Pelaburan Emas Dalam Akaun

 Merekod Pelaburan Emas Dalam Akaun

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera untuk semua.

Kali ini, saya mengajak anda bagaimana untuk merekod keuntungan dan kerugian apabila kita membuat pelaburan dalam EMAS.

Saya pasti anda sedia maklum bahawa emas adalah salah satu objek, komoditi, atau barang yang mempunyai sifat kenaikan nilai (appreciation) berkadar dengan tempoh masa.

Apabila anda membeli emas untuk pelaburan, maka anda akan menyimpan emas tersebut kemungkinan untuk jangka masa panjang bagi memaksimakan pelaburan anda.

Sudah tentu, emas yang dibeli, perlu direkod, dan peningkatan atau penurunan harga emas juga harus direkod, walaupun anda belum lagi membuat keputusan untuk menjualnya.

Oleh yang demikian, apabila anda membuat pembelian emas, anda perlulah merekodnya kedalam aset bukan semasa anda (non-current asset). Sebaiknya digalakkan untuk membuat akaun khusus bagi emas yang dibeli, contohnya Akaun - Pelaburan Emas. Ini akan memudahkan kita apabila mencari rekod-rekod bagi pembelian dan perubahan nilai emas tersebut.

Mari mulakan merekod, 

Contoh

Syarikat Awal Pagi Sdn Bhd membuat pelaburan dalam emas pada 1/1/2020. Harga belian emas ialah RM 5,000 untuk 50 gram emas.

Jadi cadangan rekod jurnal adalah seperti berikut,

Debit - Akaun Pelaburan Emas - RM 5,000.00

Kredit - Akaun Bank - RM 5,000.00


Pada awal tahun 2021, nilai semasa emas 50 gram telah meningkat kepada RM 5,500.00. Oleh itu, kita perlu merekod kenaikan harga emas tersebut kedalam akaun untung rugi dan akaun pelaburan emas.

Cadangan rekod jurnal adalah seperti berikut,

Debit - Akaun Pelaburan Emas - RM 500.00

Kredit - Untung atau Rugi - RM 500.00

Ini akan menaikkan nilai dalam akaun pelaburan emas.

Jika harga emas menyusut, kita akan membuat catatan secara berlawanan dengan catatan diatas.

Selamat Mencuba

Sekian.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.