Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Wednesday, June 9, 2021

GKP 3.0 - Semakan Status & Bayaran Bermula 8 Jun 2021

 


    GKP 3.0 - Semakan Status & Bayaran Bermula 8 Jun 2021

    https://gkp.hasil.gov.my/


Kuala Lumpur: Kerajaan akan mengkreditkan bayaran sebanyak RM1,000 bermula Khamis ini untuk penerima Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0.

Ia membabitkan lebih sejuta perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) yang akan menerima bayaran secara berperingkat membabitkan implikasi kewangan hampir RM1 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai semalam di pautan https://gkp.hasil.gov.my.

Katanya, bayaran tambahan sebanyak RM500, membabitkan peruntukan hampir RM500 juta, akan dibayar pada Julai depan menjadikan jumlah keseluruhan di bawah GKP 3.0 sebanyak RM1.5 bilion.

"Di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) yang diumumkan pada 17 Mac lalu, kerajaan memutuskan pemberian GKP 3.0 sebanyak RM1,000 kepada lebih sejuta peniaga mikro untuk memastikan kelangsungan perniagaan mereka, khususnya dalam menguruskan aliran tunai masing-masing.

"Pada 31 Mei lalu, melalui program Pemerkasa Tambahan, kerajaan mengumumkan komitmen yang sama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, di mana jumlah tambahan sebanyak RM500 akan dibuat, menjadikan jumlah bayaran sebanyak RM1,500 bagi setiap PKS mikro.

"Ini bermakna, jumlah bayaran GKP 3.0 adalah sebanyak RM1.5 bilion," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, secara keseluruhan, sejumlah RM5.08 bilion sudah dan akan disalurkan kepada hampir sejuta PMKS di bawah GKP sejak Covid-19 melanda negara.

"Kerajaan berharap agar bantuan langsung yang disalurkan kepada PMKS ini akan meringankan beban mereka, terutama mereka yang amat terkesan akibat pelaksanaan PKP 3.0 pada kali ini," katanya.


Sumber & Kredit : Harian metro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.