Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Thursday, December 1, 2022

Konsep Perakaunan No. 1 - Berhemah (Prudence Concept)

 

Konsep Perakaunan No. 1 - Berhemah (Prudence Concept)

https://youtu.be/UI3k0wk6FxM



Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Konsep yang kita nak bincangkan ialah konsep

berhemah, atau juga dikenali sebagai konsep

bersederhana.


Konsep Berhemah ini asasnya mencadangkan

agar kita sentiasa berhati-hati dalam penyediaan

penyata kewangan.


Apa yang kita mahu elakkan ialah daripada terlebih

merekod nilai aset-aset dan pendapatan, manakala

terkurang apabila merekod liabiliti dan belanja.


Contoh-contoh

1. Tidak menggunakan peruntukkan belanja yang

dibenarkan seperti peruntukkan susut nilai dan hutang

ragu.


2. Merekod penerimaan kontrak bukan dalam tempoh

perakaunan.


3. Tidak merekod belanja yang perlu dilunaskan.


4. Tidak merekod bagi cukai-cukai yang kurang 

lapor.


Kesan daripadanya, untung akan kelihatan lebih.

Konsep berhemah membantu memberikan

keseimbangan dalam laporan penyata kewangan

yang lebih realistik.


Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.