Pengertian Debit Dan Kredit 2025

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Friday, July 28, 2017

Pengiraan Kos Jualan (Per Unit) dan Harga Jualan (Costing Price)





Hari ini kami ingin berkongsi bagaimanakah 
mengira harga kos dan memilih harga jualan 
yang sesuai dengan produk anda.

Kita menggunakan contoh jualan Burger, 
supaya konsep ini mudah difahami.

Walaupun kiraannya adalah hanya kiraan asas, 
ia dapat memberi idea dan gambaran sebenar 
bagaimana harga produk anda dapat di nilaikan 
di pasaran.


















Anda perlu dapatkan sebanyak mungkin maklumat.
Lebih tepat maklumat yang di kumpulkan, 
makin tepat kiraan kos.

Kiraan kos dapat memberikan kelebihan 
dimana anda dapat meningkatkan lagi 
margin keuntungan dan membolehkan anda 
memberi harga yang lebih menarik 
daripada harga pesaing-pesaing yang ada.

Harap dapat membantu

Sekian, terima kasih.

Sunday, July 9, 2017

Jadual Potongan Cukai Berkala - Bagi Cukai Pendapatan Individu 2017 - LHDN






Jadual Potongan Cukai Berkala - Bagi Cukai Pendapatan Individu 2017 - LHDN


Anda mempunyai pekerja dan memerlukan kiraan PCB bulanan untuk pekerja anda?

Cara paling mudah ialah dengan merujuk pada jadual PCB seperti yang disediakan oleh LHDN.

Tidak memerlukan sebarang kiraan dan sangat memudahkan.


Sumber adalah dari LHDN>>>>


Tuesday, April 18, 2017

Merekod Pembayaran Ke Pada Pemiutang /Deposit Kepada Pemiutang sebelum menerima Invoice




Merekod Pembayaran Ke Pada Pemiutang /Deposit Kepada Pemiutang sebelum menerima Invoice




Pengenalan
Pada kebanyakkan waktu, sesebuah syarikat di desak oleh pembekal untuk membuat bayaran kepada mereka, tetapi pada waktu tersebut, dokumen sokongan yang ada hanyalah purchase order (P.O) dan Sales Order atau Proforma Invoice.

Untuk memudahkan rekod pembelian bagi mengelakkan kecelaruan didalam laporan Untung Rugi (P&L), digalakkan untuk merekod bayaran didalam akaun Deposit.

Contoh : 

Bayaran kepada pembekal

Dr. Deposit pemiutang/Supplier Deposit     RM 10,000

     Cr. Bank                                                                                 RM 10,000


Kemudian setelah invoice diterima

Dr. Pemiutang/Creditors                               RM 10,000

     Cr.  Deposit pemiutang/Supplier Deposit                             RM 10,000


Selamat Mencuba!!

Saturday, April 8, 2017

Perbezaan Ketara Konsep Tunai VS Konsep Akruan (Accrual vs Cash Basis)





Perbezaan Ketara Konsep Tunai VS Konsep Akruan (Accrual vs Cash Basis)


Berikut adalah contoh mudah apabila anda menggunakan konsep tunai :

1) Gaji bagi bulan Januari berjumlah RM 1,000.00 dibayar pada 1 hb Febuari.
2) Gaji bagi bulan Febuari berjumlah RM 1,000.00 dibayar pada 25 hb Febuari.
3) Gaji bagi bulan Mac berjumlah RM 1,000.00 dibayar pada 5 April.
2) Gaji bagi bulan April berjumlah RM 1,000.00 dibayar pada 25 April.

Kesan daripada merekod menggunakan konsep tunai akan menyebabkan Akaun untung rugi berbentuk seperti dibawah;





TETAPI, jika menggunakan konsep akruan, Akaun untung rugi yang anda akan hasilkan adalah seperti berikut;




Mari renungkan mana yang lebih baik.

Harap dapat memahami.

Selamat mencuba.

Wednesday, March 1, 2017

Simpanan Stok Kaedah (Last In First Out - LIFO)




Simpanan Stok Kaedah (Last In First Out - LIFO)


PENGERTIAN LIFO
Stok belian yang paling terbaru, atau terkini akan dikeluarkan terlebih dahulu daripada simpanan stok.

Ini juga bermaksud, stok yang terdahulu atau terawal yang dibeli akan disimpan, selagi mana stok yang di beli terkemudian dari stok tersebut masih wujud.


Rajah diatas menunjukkan bagaimana kedudukan stok LIFO.




Harap dapat membantu kefahaman anda. Terima Kasih.




Thursday, February 16, 2017

Konsep perakaunan / Accounting Concept




Konsep perakaunan / Accounting Concept



Konsep dan prinsip perakaunan asas merupakan panduan dalam catatan perakaunan yang ditetapkan oleh badan perakaunan. Ia patut dipatuhi semasa proses perakaunan untuk memastikan penyata kewangan yang dihasilkan adalah saksama dan standard. Antara konsep perakaunan asas ialah:


1) Wang sebagai Standard Ukuran (Monetary as standard measurement)
  • Nilai yang direkodkan adalah berdasarkan nilai wang. Bukan dalam unit yang lain seperti biji, buah dan sebagainya.
  • Nilai wang adalah nilai yang paling standard digunakan.
  • Contoh: Beli 100 buah beg bernilai RM300 dicatatkan untuk belian.
_________________________________________________________________________________


2) Prinsip Catatan Bergu (Double Entry Bookkeeping)
  • Jumlah debit dan kredit untuk setiap catatan bergu adalah sama.

  • Contoh: jualan barang niaga dengan harga RM500 secara tunai. akaun jualan dikreditkan denga RM500 manakala akaun tunai didebitkan dengan RM500.
_________________________________________________________________________________


3) Entiti Berasingan (Separate Entitiy Concept)
  • Dalam perakaunan, pemilik perniagaan dan perniagaan dianggap sebagai entiti berasingan.

  • Contoh: Pemilik mengeluarkan wang tunai RM200 untuk membayar yuran peperiksaan anaknya dianggap sebagai ambilan dan tidak boleh dianggap sebagai belanja perniagaan.
_________________________________________________________________________________


4) Tempoh Perakaunan (Accounting Period)
  • Tempoh perakaunan adalah tempoh masa sesebuah syarikat beroperasi.
  • Standard tempoh perakaunan bagi seluruh dunia adalah 1 tahun, dan kebanyakkan syarikat mempunyai tempoh perakaunan yang berakhir pada 31 Disember, setiap tahun.

  • Contoh: jika tempoh perakaunan sesebuah perniagaan adalah setahun dan ia bermula dari 1 Januari, maka ia akan berakhir pada 31 Disember.
_________________________________________________________________________________

5) Kos sejarah (Historical Cost)
  • Menurut konsep kos sejarah, semua urus niaga harus direkod mengikut harga belian atau kos belian.
  • Amaun tersebut akan direkodkan dalam buku perakaunan walaupun berlaku turun naik harga dipasaran bagi barang tersebut.

  • Contoh: Sebuah perniagaan membeli sebuah kenderaan dengan harga RM25 000 pada tahun 2003. Walaupun nilainya telah jatuh menjadi RM24 000 pada tahun 2004, ia masih dicatat sebagai RM25 000 dalam buku perakaunan. 

_________________________________________________________________________________

6) Berterusan (Going Concern)
  • Perniagaan diandaikan akan beroperasi secara berterusan untuk suatu jangka masa yang panjang.
  • Konsep ini berkaitan dengan kos sejarah iaitu dengan andaian ini, semua aset perniagaan harus direkod pada harga belian atau kos sejarah.
_________________________________________________________________________________


 7) Pemadanan (Matching Concept)
  •  Mengikut prisip pemadanan, hasil bagi suatu tempoh perakaunan harus dipadankan dengan perbelanjaan bagi tempoh tersebut untuk mendapat untung atau rugi bersih bagi tempoh berkenaan.
  • Untung atau rugi sesebuah perniagaan tidak boleh dikira berdasarkan penerimaan atau pembayaran dalam satu tempoh masa.
  • Pendapatan bagi satu tempoh perakaunan adalah wang yang sepatutnya diterima bagi tempoh tersebut, sama ada sudah diterima atau belum diterima.
  • Begitu juga belanja bagi satu tempoh perakaunan, ia merupakan wang yang sepatutnya dibayar bagi tempoh tersebut, sama ada sudah dibayar atau belum dibayar.

  • Contoh: Premium insurans perniagaan adalah RM500 setahun tetapi jumlah premium yang sudah dibayar bagi satu tahun ialah RM400 dan RM100 dibayar pada tahun berikutnya. Jumlah yang sebenarnya ditolak daripada untung kasar ialah RM500 iaitu jumlah yang sepatutnya dibayar pada tahun tersebut.

_________________________________________________________________________________

8) Ketekalan/Konsisten (Consistency)
  • Konsep ketekalan menyatakan sesebuah perniagaan harus mengekalkan kaedah perakaunan yang telah ditetapkan untuk beberapa tempoh perakaunan yang berterusan.
  • Contohnya, jika kaedah susut nilai aset tetap secara ansuran tetap digunakan untuk menyusutnilai kenderaan, maka ia akan diamalkan secara berterusan untuk tahun-tahun seterusnya.
  • Konsep ketekalan yang diamalkan membolehkan perbandingan dibuat.

_________________________________________________________________________________

9) Materialiti (Materiality)
  • Menurut konsep materialiti, nilai yang dianggap dapat memberi kesan kepada penyata kewangan akan direkodkan.
  • Nilai kecil yang tidak memberi kesan kepada penyata kewangan dianggap tidak material dan tidak perlu dimasukkan ke dalam Kunci Kira-kira.

  • Contoh: Sebuah buku panduan poskod dibeli dengan harga RM5.00 untuk kegunaan pejabat tidak direkodkan sebagai aset dalam Kunci Kira-kira kerana nilainya adalah kecil walaupun boleh digunakan untuk jangka masa panjang.

Monday, October 31, 2016

Pengertian Debit Dan Kredit 2025


Debit Dan Kredit


Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here)


https://youtu.be/zjydssd-OR8

Debit & Kredit merujuk kepada kedudukan transaksi kewangan
dalam sesuatu akaun.

Maksud debit

catatan perakaunan yang akan,
1. Meningkatkan nilai dalam akaun-akaun aset dan belanja.
2. Mengurangkan nilai dalam akaun-akaun liabiliti, ekuiti dan hasil.

Maksud kredit

catatan perakaunan yang akan,
1. Meningkatkan nilai dalam akaun-akaun liabiliti, ekuiti dan hasil.
2. Mengurangkan nilai dalam akaun-akaun aset dan belanja.


Dalam setiap transaksi perakaunan.
1. Debit dan kredit mesti berlaku serentak.
2. Jumlah debit dan jumlah kredit mestilah sama.




Berikut adalah beberapa contoh catatan debit dan kredit


Contoh 1:

Belian stok daripada pembekal secara hutang.

Debit Akaun Belian - RM 1,000.00 (aset bertambah)

Kredit Akaun Pemiutang Dagangan - RM 1,000.00 (liabiliti bertambah)


Contoh 2:

Jualan stok kepada pelanggan secara tunai

Debit Akaun Tunai - RM 2,000.00 (aset bertambah)

Kredit Akaun Jualan - RM 2,000.00 (hasil bertambah)


Contoh 3:

Merekod duit tunai di masukkan ke dalam bank

Debit Akaun Bank - RM 2,000.00 (aset bertambah)

Kredit Akaun Tunai - RM 2,000.00 (aset berkurang)


Contoh 4:

Merekod bayaran kepada pembekal menggunakan cek.

Debit Akaun Pemiutang Dagangan - RM 1,000.00 (liabiliti berkurang)

Kredit Akaun Bank - RM 1,000.00 (aset berkurang)


Contoh 5:

Merekod gaji akruan pada hujung bulan

Debit Akaun Gaji - RM 1,000.00 (belanja bertambah)

Kredit Akaun Gaji terakru - RM 1,000.00 (liabiliti bertambah)


Contoh 6:

Merekod bayaran gaji bulan lepas pada awal bulan selepasnya

Debit Akaun Gaji terakru - RM 1,000.00 (liabiliti berkurang)

Kredit Akaun Bank - RM 1,000.00 (aset berkurang)