Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Saturday, September 14, 2019

Kenal Pasti Titik Pulang Modal (Break Even Point) untuk Jualan & Kuantiti

.
Kenal Pasti Titik Pulang Modal (Break Even Point) untuk Jualan & Kuantiti

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Pernah anda bertanya berapa banyakkah kuantiti yang perlu anda jual untuk mendapatkan kembali modal anda, dan mungkin lebih dari itu, anda bertanya berapa kuantiti yang harus anda jual untuk mendapatkan untung yang anda inginkan?

Langkah-langkah yang perlu anda lakukan adalah:
1. Tentukan harga jualan.
2. Kirakan kos tetap.
3. Kirakan kos berubah.

Mengambil contoh mudah :
1. Harga jualan Produk A ialah RM 10.00
2. Kos tetap untuk produk A ialah RM 200.00
3. Kos berubah ialah RM 4.00

Kita boleh menggunakan persamaan linear dalam mencari titik pulang modal. y=mx +c
dimana "m" adalah kecerunan paksi dan c adalah pintasan pada "y".


Persamaan pertama ialah persamaan garis jualan. Jualan per unit adalah pada kadar RM 10, dan persamaannya ditulis sebagai y=10x+0. atau diringkaskan y=10x

Persamaan kedua adalah persamaan jumlah kos dan ia ditulis sebagai y=4x+200

Selepas itu, kita mengunakan penyelesaian yang berikut dimana

y = 10x dan y = 4x + 200

10x = 4x + 200

10x - 4x = 200

6x = 200

 x = 200/6

x = 33.3 adalah kuantiti yang perlu dijual untuk mendapatkan pulang modal

Kemudian, uji semula dengan menukarkan x kepada 33.33 kepada kedua-dua persamaan tadi iaitu
 y=10 x dan juga y= 4x +200. Anda akan dapati jumlah keduanya sama iaitu 333.33.

Oleh yang demikian kuantiti jualan balik modal adalah 33.33 unit dan RM jualan adalah 333.33.

Jika kuantiti jualan kurang daripada 33.33 maka, kerugian akan di alami manakala jualan melebihi kuantiti 33.33 akan menghasilkan keuntungan.



Sekian.







No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.