Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Saturday, September 7, 2019

Memberi Jualan Kredit / Hutang kepada Pelanggan


Memberi Jualan Kredit / Hutang kepada Pelanggan

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Topik kali ini membincangkan tentang kaedah memberikan kredit kepada pelanggan anda.

Kredit yang dimaksudkan ialah kredit hutang dalam bentuk jumlah dan juga tempoh iaitu tempoh kredit (credit terms)

Kredit dalam bentuk jumlah ialah menghadkan pembelian oleh pelanggan supaya tidak melebihi suatu amaun yang ditetapkan. Ini kerana khuatir akan keupayaan pelanggan membayar jumlah pembelian barangan atau servis yang akan dibekalkan.

Contohnya, Pemborong Ali, menghadkan pembelian oleh Peruncit Ahmad untuk memborong barangan runcit sebanyak RM 5,000.00
Oleh yang demikian, Peruncit Ahmad hanya dapat membeli barang semula daripada Pemborong Ali jika telah menjelaskan sebahagian atau keseluruhan hutang tersebut.

Kredit dalam bentuk tempoh masa pula bermaksud hutang akan mula dituntut secara agresif selepas tamat tempoh kredit.

Contohnya, Pemborong Ali memberikan tempoh kredit selama14 hari kepada Peruncit Ahmad. Ini bermaksud, selepas 14 hari, Pemborong ali tidak akan melayan apa-apa permintaan daripada Peruncit Ahmad dan juga akan mengejar hutang tersebut.

Umum diketahui bahawa syarikat-syarikat liabiliti terhad seperti Sendirian Berhad (Sdn Bhd) atau Perkongsia Liabiliti Terhad (PLT), melindungi pemilik syarikat daripada tuntutan hutang syarikat.

Namun begitu, terdapat syarikat-syarikat yang hanya akan membekalkan secara kredit, selepas memastikan bahawa pelanggan mereka mampu membayar hutang kredit tersebut.

Mereka akan menyediakan borang Permohonan Kredit (Credit Application Form) yang perlu diisi oleh pengurusan syarikat, dan borang ini perlu ditandatangan oleh Pengarah Syarikat sebagai Penjamin (Guarantor) jika syarikat gagal melunaskan hutang itu.

Ini perlu untuk memastikan mereka dilindungi sekiranya syarikat pembeli barangan tersebut mengalami kebankrapan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.