Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Wednesday, May 27, 2020

Merekod bonus tahunan dalam akaun


Merekod bonus tahunan dalam akaun

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Kali ini, saya ingin membicarakan kaedah merekod bonus gaji yang dibayar.

Bonus gaji selalunya direkod pada tahun sebelum contoh, direkod pada tahun 2019, dan dibayar pada tahun 2020.

Bonus selalunya tidak diumumkan sehinggalah ia menghampiri tarikh pembayaran.

Bonus juga hanya direkod sebagai peruntukkan perbelanjaan (provision) dan terdapat juga kebarangkalian ianya tidak dibayar jika prestasi tahun semasa merudum.

Saya yakin, sebahagian besar dari anda pernah menerima bonus.

Syarikat tidak boleh sesuka hati membuat bayaran bonus. Bayaran bonus pada kebiasaannya perlu mendapat kebenaran dari pihak pengarah atau pemilik syarikat.

Bayaran bonus juga hanya boleh dilakukan sekiranya syarikat mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk melunaskan perbelanjaan-perbelanjaan lain setelah bayaran bonus dibuat.

Bayaran bonus yang keterlaluan dan tidak mengikut kemampuan, akan menyebabkan syarikat berada dalam keadaan tidak stabil.

Dan kali ini, izinkan saya menunjukkan anda catatan beregu untuk merekod bonus tersebut didalam akaun syarikat.

Contoh 1 : Syarikat Awal Sdn Bhd membayar bonus sebanyak RM 100,000.00.
Dengan itu, kita patut membuat kiraan EPF, SOCSO, dan PCB (Potongan Cukai Berkala)

Debit - Bonus RM 100,000
Debit - EPF (syer majikan)
Debit - SOCSO (syer majikan)

Dan 

Kredit - Gaji Terakru
Kredit - EPF Terakru (Majikan + Pekerja)
Kredit - SOCSO Terakru (Majikan + Pekerja)
Kredit - PCB

Harap dapat membantu anda.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.