Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Wednesday, September 13, 2017

Bila Akauntan Menjawab kepada Pemiutang



Apabila Akauntan Menjawab kepada Pemiutang


Situasi : Seorang Pemiutang dagangan menuntut bayaran selepas seminggu belum lagi menerima bayaran seperti yang dijanjikan.

Situasi : Pihak syarikat menerima panggilan telefon daripada pihak tertentu yang meminta agar bayaran dibuat sebelum tindakan diambil.

Situasi : Pihak bank menuntut agar bayaran bagi sewa-beli dibuat segera kerana tertunggak selama 3 bulan.


_________________________________________________________________________________


  • Contoh-contoh yang saya berikan diatas adalah sedikit sebanyak contoh yang menjadi kelaziman bagi seorang pekerja sama ada yang bekerja sebagai akauntan dan yang berkait dengannya.

  • Memang menjadi lumrah, seseorang perlu memberi jawapan atas pertanyaan-pertanyaan seperti "bila boleh bayar?'', atau, "mana claim saya?", atau "bos sudah janji untuk bayar minggu lepas!!"

  • Namun begitu, inilah hakikat yang tidak dapat dielakkan. Hakikat ini sememangnya pahit. Kurang menyenangkan dan juga kadang-kala menyakitkan hati kita.

  • Perlu diketahui bahawa, memberi jawapan kepada pemiutang, pihak bank, dan lain-lain pihak perlu dilakukan secara berhemah. Cacian dan makian yang diterima seharusnya bukan untuk terus dibalas. Malah perlu didengari. Ini kerana mereka yang menghubungi kita juga, kadang-kala adalah sama sebagai seorang pekerja di hujung yang berbeza dan makan gaji seperti kita.

  • Tindakan mencabut wayar telefon dan tidak mahu melayan panggilan mereka bukanlah satu cara professional. Berdepan dengan mereka adalah cara terbaik. Berkatalah dengan bahasa yang sopan dan baik. Melayan mereka seperti mana kita mahu dilayan, iaitu dengan budi bahasa dan tutur kata yang sopan.

  • Kadang-kala kita bukanlah orang yang dapat memberikan jawapan, oleh yang demikian, sebaiknya kita mendapatkan bantuan daripada bos atau ketua jabatan kita untuk menyelesaikan masalah ini. Janganlah kita menyimpan masalah ini pada diri sendiri kerana ia bukanlah beban yang seharusnya kita runsingkan malah kita digalakkan untuk menguruskannya.

  • Oleh yang demikian saya mahu kongsikan beberapa tips
    • pertama, sambut panggilan dengan baik
    • kedua, elakkan meninggi suara
    • ketiga, banyakkan mendengar
    • keempat, berikan sedikit keterangan mengapa bayaran lewat.
    • kelima, cuba berbincang supaya mendapat memenangkan kedua-dua pihak.
    • keenam, maklumkan pada majikan jika anda tidak dapat menguruskannya.


"bila kita bekerja, kita bukan bekerja untuk diri sendiri, tetapi untuk orang, maka, apa yang kita pamerkan pada orang luar memberi refleksi kepada organisasi kita"



sekian, terima kasih dan harap dapat membantu sedikit sebanyak.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.