Sunday, October 8, 2017

Contra Entry


Contra Entry Accounting



Catatan kontra berlaku apabila sesuatu transaksi perakaunan yang berlaku dipadankan tidak mengikut kaedah biasa.

Antaranya contoh mudah adalah,
1. Syarikat ABC berhutang RM 500.00 kepada Syarikat Ali untuk barangan yang telah di bekalkan.
Namun begitu, Syarikat ABC bercadang untuk melunaskan hutang dengan membekalkan barangan lain kepada Syarikat Ali dengan nilai yang sama.

2. Syarikat ABC terlebih membayar gaji seorang pekerjanya, En Azman sebanyak RM 300.00. Oleh yang demikian, syarikat tersebut telah memberitahu En Azman bahawa duit claim yang belum di bayar oleh syarikat akan dikurangkan sebanyak RM 300.00.


Contra accounting kadang kala berlaku dalam operasi syarikat bagi memudahkan transaksi dan mengurangkan keperluan untuk pemindahan tunai.

Namun begitu, contra accounting perlu kepada persetujuan dan juga simpanan rekod yang baik. Ini kerana, ia mungkin akan menyebabkan salah faham apabila akaun diperiksa. Nota atau memo yang perlu juga disimpan untuk memudahkan pemeriksa memahami punca contra akaun dibuat. Nota atau memo perlulah ditandatangan sebelum merekod transaksi kedalam sistem perakaunan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Debit And Credit - an explanation

 Debit And Credit Assalamualaikum WBT & Good day to everyone Today I would like to explain the debit and credit meaning in the accountin...