Friday, November 1, 2019
Merekod Stok, Belian Dan Jualan Dalam Perakaunan
Merekod Stok, Belian Dan Jualan Dalam Perakaunan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Kali ini kita akan melihat bagaimanakah kaedah merekod stok dengan betul didalam perakaunan.
Seperti biasa kita membincangkan perkara ini dengan menggunakan contoh mudah agar senang difahami.
Situasi 1.
Syarikat ABS membeli stok tepung 1000 paket tepung berharga RM 2.00 setiap paket.
Debit - Stok - RM 2,000.00
Kredit - Tunai - RM 2,000.00
Situasi 2.
Syarikat ABS menjual 400 paket tepung pada harga RM 5.00 setiap paket secara tunai.
Debit - Tunai - RM 2,000.00
Kredit - Jualan - RM 2,000.00
Debit - Belian - RM 800.00 (400 x RM 2.00 harga kos)
Kredit - Stok - RM 800.00 (400 x RM 2.00 harga kos)
Oleh yang demikian, pada penghujung tempoh perakaunan, nilai stok didalam akaun adalah RM 1,200.
Kaedah membuat akaun ini adalah lebih tepat dalam mengira kos jualan dan juga untung/rugi kasar.
Kaedah ini juga bertepatan dengan konsep padanan (matching concept) kerana stok yang belum terjual tidak dikira sebagai kos barang jualan. Hanya jumlah yang terjual sahaja akan dipadankan daripada stok yang dibeli melalui akaun stok.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Asas SQL Accounting - Bahagian 1 - Maintain Customer
Asas SQL Accounting Bahagian 1 - Maintain Customer Maintain customer biasanya digunakan untuk mencipta akaun ledger untuk pelanggan yang ak...


-
Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) Buku Tunai & Penyata Pelarasan Bank (Click Here) Apakah maksud ...
-
Jadual Caruman EPF 2020 (Mengikut Tangga Gaji) Sumber & Kredit : KWSP Jadual Caruman 2020 PDF KWSP Kiraan kwsp mestilah mengikut ...
-
Pengiraan Kos Jualan dan Harga Jualan (Costing Price) Hari ini kami ingin berkongsi bagaimanakah mengira harga kos dan memilih harga ...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.