Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Wednesday, December 2, 2020

Merekod Geran & Subsidi dalam Perniagaan (Grant Received)

 Merekod Geran dalam Perniagaan (Grant Received)

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Kali ini, izinkan saya berkongsi sedikit sebanyak tentang  kaedah merekod 

geran yang diterima, dan Saya pasti anda semua tahu tentang geran kewangan 

yang diberikan oleh kerajaan untuk rakyat. 

Antara 2 geran/subsidi yang telah diberikan adalah;
1. Geran Khas Prihatin (GKP) 

2. Program Subsidi Upah (Perkeso)

Bagaimana merekod geran atau subsidi yang diterima?

Mudah sahaja, anda perlu kenal pasti jenis geran.

Kebiasaanya geran akan terbahagi kepada tiga (3),

1. Geran tidak bersyarat
Diberi secara umum.
Tidak spesifik
Boleh digunakan untuk sebarang tujuan perniagaan.

Untuk merekod geran ini, cadangan catatan bergu adalah seperti berikut;

Debit - Akaun Bank/Tunai
Kredit - Akaun Geran Diterima


2. Geran bersyarat
Diberikan untuk tujuan spesifik.
Ada pengkhususan dalam menggunakan geran.
Tidak boleh digunakan untuk tujuan lain.

Contoh : Syarikat Ali menerima geran perniagaan untuk latihan pekerja bernilai RM 3,000.00

Untuk merekod geran ini, cadangan catatan bergu adalah seperti berikut;

Debit - Akaun Bank/Tunai RM 3,000.00
Kredit - Akaun Geran Diterima atau Kredit - Akaun Latihan Pekerja RM 3,000.00


3. Pinjaman bertukar geran
Geran yang diberi pada awalnya sebagai pinjaman, dan diubah atas faktor pencapaian.

Contoh : Syarikat Ali menerima pinjaman perniagaan bolehubah kepada geran bernilai RM 10,000.00

Untuk merekod geran ini, cadangan catatan bergu adalah seperti berikut;

Debit - Akaun Bank/Tunai RM 10,000.00
Kredit - Akaun Pemiutang Geran RM 10,000.00

Jika pinjaman itu diubah kepada geran, cadangan catatan bergu adalah seperti berikut :

Debit - Akaun Pemiutang Geran RM 10,000.00
Kredit - Akaun Geran Diterima RM 10,000.00

Harap dapat membantu.

Sekian.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.