Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Wednesday, September 7, 2022

Cara Merekod Cukai Pegangan (Witholding Tax)

 Cara Merekod Cukai Pegangan (Witholding Tax)

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera Semua


Saya ingin berkongsi keadah merekod cukai pegangan

atau witholding tax di Malaysia.


Pengertian Cukai Pegangan

"Akta Cukai Pendapatan, 1967 memperuntukkan bahawa 

apabila seseorang (merujuk sebagai "pembayar") layak 

membuat bayaran berjenis seperti disenaraikan 

di bawah ini (kecuali bayaran kepada seniman kembara 

tidak bermastautin) kepada seorang tidak bermastautin 

(penerima Tidak Bermastautin), beliau hendaklah memotong 

cukai pegangan dengan kadar tertentu daripada bayaran 

itu dan (sama ada atau tiada cukai dipotong ) membayar 

cukai itu kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri dalam 

tempoh satu bulan selepas bayaran itu dibayar atau dikreditkan 

kepada penerima Tidak Bermastautin."


Jadual Kadar Cukai Pegangan (Sumber LHDN)





Bagaimana untuk merekod Cukai Pegangan

Contoh :

Jumlah jualan yang berjumlah RM 200,000.00 perlu

dibayar royalti kepada sebuah pemilik francais diluar negara.


a) Kadar royalti ialah 5% daripada nilai jualan yang dibuat.

Jumlah royalti yang perlu dibayar ialah RM 10,000.00


b) Manakala Cukai Pegangan pada royalti yang akan dibayar

ialah 10% (RM 10,000.00 x 10% = RM 1,000.00)


c) Catatan Jurnal yang dicadangkan ialah;

Debit - Akaun Royalti - RM 10,000.00 (jumlah royalti yang dibayar)

Kredit - Akaun Akruan Royalti - RM 9,000.00 (dibayar pada pemengang hak milik)

Kredit - Akaun Akruan Cukai Pegangan - RM 1,000.00 (dibayar pada LHDN)


Harap dapat membantu.

Sekian, terima kasih.

Semoga Berjaya!!



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.