Pengertian Debit Dan Kredit 2025

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Thursday, February 14, 2019

Kaedah Jimatkan kos operasi Syarikat


Kaedah Jimatkan kos operasi Syarikat

1. Tutup lampu bagi kawasan yang tidak digunakan.

2. Tutup penyaman udara (aircond) atau tetapkan suhu aircond pada 24 atau 26 darjah celcius.

3. Matikan komputer jika keluar untuk tempoh lama.

4. Jika ada peti sejuk, pastikan tiada barangan yang tidak lagi dimakan.

5. Melakukan servis berkala untuk semua peralatan jentera termasuk aircond di pejabat untuk memastikan jentera dalam keadaan baik.

6. Elakkan staf dari melakukan kerja lebih masa dimana akan menyebabkan anda perlu mengeluarkan lebih wang untuk elektrik dan yang seumpamanya.

7. Gunakan lampu watt rendah dan pastikan lampu anda cerah dan tidak panas.

8. Guna semula kertas terpakai.

9. Sediakan lebih hiburan dalam pejabat berbanding di luar pejabat.

10. Menyediakan transport untuk staff yang menaiki pengangkutan awam seperti LRT.

11. Multi-tasking.

12. Kurangkan waktu bekerja dipejabat.

13. Work from Home.

14. Jangan terlampau kedekut.

Sekian

Friday, January 25, 2019

Pentingnya Mengasingkan antara belian barangan stok dan juga belian barangan bukan stok.


Pentingnya Mengasingkan antara belian barangan stok dan juga belian barangan bukan stok.

Assalamualaikum & bertemu lagi kita dalam ruangan blog.

Kali ini saya ingin menjelaskan pentingnya mengasingkan stok perniagaan dan juga barangan lain.

Pergi ke kedai mahupun hypermarket, kita selalu membuat pembelian. Kadangkala untuk menjimatkan masa kita membeli dari satu kedai atau tempat sahaja.

Contohnya bagi Peniaga Restoran, pekerja restoran tersebut membeli bahan mentah untuk kegunaan masakan di restoran dan pada masa yang sama membeli alat-alat tulis, ubat-ubat dan lain-lain barangan bukan untuk kegunaan masakan.

Oleh yang demikian, didalam satu resit akan terdapat campuran barangan. Apabila akauntan membuat rekod didalam sistem, perlulah dia memisahkan atau mengasingkan bil-bil tersebut.

Sesetengah sistem perakaunan yang mempunya modul stok, tidak boleh direkod bersama barangan yang tidak berstok. Contoh ayam dan sayuran yang dibeli mempunyai unit kuantiti dan harga seunit dan juga ada didalam senaraian stok.

Tetapi Alat tulis dan ubat-ubatan tidak perlu direkod didalam stok kerana bukan dikira sebagai COGS atau kos barangan jualan.

Jika belian ayam dan sayuran tidak direkod didalam modul stok, ini akan menyebabkan kiraan stok menjadi silap dan akhirnya kiraan COGS akan menjadi tidak tepat.

Bagi mereka yang mempunyai pengalaman menggunakan modul stok, mereka akan dapat fahami mengapa pentingnya ia diasingkan.

Namun begitu, jika sesebuah syarikat tidak mempunyai modul stok, dan hanya merekod stok bedasarkan jumlah nilai stok yang dibeli, maka mereka tidak mempunya masalah jika tidak mengasingkan stok mereka. Namun begitu, kelemahan bagi yang tidak mempunya modul stok adalah kiraan COGS yang mungkin tidak tepat.


Harap anda dapat mencuba dan berkongsi pendapat anda.

Sekian, sahaja

Terima Kasih

Wednesday, January 23, 2019

FORM E (RETURN FORM FROM EMPLOYER) FOR REMUNERATION FOR YEAR 2018



FORM E (RETURN FORM FROM EMPLOYER) FOR REMUNERATION FOR YEAR 2018


Please be informed that the above form has been made available on the IRB website for downloading.

The form can be downloaded from the official IRB website: 
Main page>Form>Download>Employer>2018 or alternatively from the link below.

E-filing is compulsory for employers which are companies (including Labuan companies). Other organisations are encouraged to have e-filing.

For 2018 remuneration year, employers other than the companies who require the hard copy can download Form E from the IRB website below.

http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfborang/Form_E2018_2.pdf

Friday, December 28, 2018

Stock Count at year end (Kiraan Stok pada hujung tahun)


Stock Count at year end (Kiraan Stok pada hujung tahun)

Kita menghampiri hujung tahun disember 2018 dan kebiasaannya bagi syarikat yang menutup akaun pada hujung tahun ini, bagi perniagaan jenis jualan barangan dan juga pengilang, adalah penting untuk membuat kiraan stok barangan.

Kiraan stok ini amatlah penting bagi memastikan kita dapat membuat kiraan untuk mendapatkan jumlah kos jualan dan juga mengira margin untung kasar daripada perniagaan.



Oleh yang demikian, adalah penting bagi pemilik syarikat untuk memastikan aktiviti kiraan stok dibuat pada setiap penghujung bulan terutamanya pada bulan terakhir tamat tempoh fiskal perakaunan.

Kaedah kiraan stok bergantung kepada syarikat. Lebih banyak stok dan lebih jitu kiraan stok, maka lebih tepatlah maklumat yang akan diterima dan angka yang dilaporkan akan dapat menunjukkan prestasi syarikat.

Jika kiraan stok hanya meliputi 50% hingga 70% daripada jumlah stok yang ada, maka ia mungkin mengakibatkan jumlah yang dikira tidak tepat. Sebaiknya, syarikat patut memastikan jumlah stok yang dikira meliputi sekurang-kurangnya 80% dari nilai yang ada. Lebih tinggi lebih baik.

Oleh kerana kiraan stok memakan masa, adalah dinasihatkan agar syarikat membuat persediaan untuk mengira stok tanpa menggangu operasi syarikat. Sesetengah syarikat terutamanya syarikat perkilangan akan membuat "cut-off production" bagi membolehkan stok bahan mentah, separa siap dan juga stok yang telah siap dikira. Lebih ramai staf yang terlibat akan membantu mempercepatkan kiraan stok.

Ingat, bahawa kiraan stok amatlah penting dan tidak patut diambil mudah. Kesan daripada gagal membuat kiraan stok yang berkesan mungkin akan menyebabkan anda mengalami pengurangan keuntungan atau lebih malang lagi, kerugian.

Sekian dari pengarang

Mohamed Awaludin Kamarudin

Sunday, November 18, 2018

MAKLUMAN PROGRAM KHAS PENGAKUAN SUKARELA

Pembayar Cukai Yang Dihormati,

MAKLUMAN PROGRAM KHAS PENGAKUAN SUKARELA

Program ini diperkenalkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2019 pada 2 November 2018 untuk menggalakkan orang ramai melapor secara sukarela pendapatan yang belum atau kurang dilapor sebelum ini. 

2. Program khas ini dibuka kepada semua pembayar cukai. Tuan/Puan boleh mengambil peluang ini jika: 

    i. Tidak pernah berdaftar sebagai pembayar cukai
    • Hadir ke mana-mana pejabat LHDNM untuk mendaftar sebagai pembayar cukai atau melalui sistem e-Daftar
      di Portal Rasmi LHDNM
    • Kemukakan Borang Nyata untuk melapor pendapatan yang berkaitan
    ii. Telah berdaftar tetapi belum melaporkan pendapatan
    • Kemukakan Borang Nyata untuk melapor pendapatan bagi tahun-tahun taksiran yang belum dilaporkan
    iii. Telah kemukakan Borang Nyata tetapi tidak melaporkan dengan betul
    • Tulis surat atau e-mel untuk melapor pendapatan / keuntungan pelupusan aset yang sebenar
    iv. Belum menyetemkan surat cara
    • Kemukakan surat cara yang belum disetemkan untuk penyeteman

3. Pengakuan sukarela yang dibuat dalam tempoh program ini akan diterima secara suci hati tanpa pertanyaan lanjut daripada pihak LHDNM. Tuan/Puan juga akan menikmati pengurangan kadar penalti istimewa (kadar asal 100% hingga 300%) seperti di bawah:


Tempoh Pengakuan SukarelaKadar PenaltiBayaran pada atau sebelum
03/11/2018 - 31/03/201910%01/04/2019
01/04/2019 - 30/06/201915%01/07/2019


4. Maklumat berkenaan program khas ini boleh diakses melalui Portal Rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my seperti pautan di bawah:



5. Maklumat lanjut juga boleh diperoleh di pejabat LHDNM berdekatan atau hubungi Hasil Care Line di talian 1-800-88-5436. 

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"BERSAMA MEMBANGUN NEGARA"

Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Sunday, October 21, 2018

Merekod Perbelanjaan Prabayar (Prepayment Expenses)

Merekod Perbelanjaan Prabayar (Prepayment Expenses)

Pada kali ini, kita melihat bagaimana untuk kita membuat rekod prabayar yang sering berlaku dalam kehidupan kita seharian. Biasanya, kita akan membuat bayaran secukupnya untuk sesuatu perbelanjaan, namun, kadangkala apabila kita tidak mempunyai masa secukupnya, atau mungkin sangat sibuk dengan perkara yang lain, kita membuat bayaran lebih daripada yang dibilkan.

Perlulah diketahui, pembayaran yang lebih itulah dikenali sebagai prabayar, kerana kita telah membuat bayaran bagi perbelanjaan yang belum kita gunakan, atau yang belum dibilkan pada tempoh-tempoh tertentu.

Contoh 1 :
Syarikat ABC Sdn Bhd telah menerima invoice untuk sewa yang bernilai RM 5,000.00 untuk sewa bulan Januari 2018 bertarikh 10hb Jan 2018.

Oleh yang demikian kita merekod dahulu perbelanjaan menggunakan konsep akruan dengan catatan jurnal yang berikut :

DR. Sewa Premis - RM 5,000
CR. Sewa Terakru - RM 5,000

Kemudian, pada 12hb Januari 2018, Syarikat ABC telah membuat bayaran sebanyak RM 8,000 untuk sewa tersebut :

DR. Sewa Terakru - RM 5,000.00
DR. Sewa Terdahulu - RM 3,000.00
CR. Bank - RM 8,000.00

Pada bulan Febuari 2018, catatan jurnal am haruslah dibuat untuk mengeluarkan sewa terdahulu untuk dipindahkan ke akaun sewa terakru.

DR. Sewa Terakru - RM 3,000.00
CR. Sewa Terdahulu - RM 3,000.00

Beginilah kaedah yang harus digunapakai untuk merekod perbelanjaan terakru anda.
Jangan lupa untuk sentiasa membuat latihan bagi memantapkan kefahaman ada.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, October 17, 2018

​​​​Aktiviti Pelaburan Wang Kutu Yang Dilarang​ - SSM


​​​​Aktiviti Pelaburan Wang Kutu Yang Dilarang​ - SSM


Mana-mana entiti syarikat atau perniagaan di luar sana tidak dibenarkan sama sekali menganjurkan sebarang aktiviti berbentuk skim wang kutu.
Perkara tersebut jelas dinyatakan di bawah Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 yang melarang mana-mana syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016 (atau dahulunya Akta Syarikat 1965) atau perniagaan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, menjalankan aktiviti perniagaan berkenaan.
Jika didapati bersalah, penganjur boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua- duanya sekali.
Walau bagaimanapun, skim wang kutu tradisional yang biasanya dianjurkan atas dasar kemasyarakatan dan kepercayaan di kalangan jiran tetangga, sahabat handai, saudara-mara atau rakan kerja bagi tujuan mengumpulkan wang mengikut keperluan masing-masing tanpa sebarang keuntungan bagi mana-mana individu, tidak termasuk dalam Akta ini. Ini kerana skim wang kutu tradisional hanya memberikan kembali jumlah yang disumbang mengikut giliran yang ditetapkan.
SSM ingin menegaskan bahawa aktiviti wang kutu yang mendatangkan hasil yang berlipatganda berbanding sumbangan yang diberikan termasuk apa- apa pulangan tambahan selain daripada wang sumbangan asal adalah termasuk dalam aktiviti yang dilarang dan tidak terkecuali dari Akta ini.
Sebenarnya, antara tujuan utama Akta ini diperkenalkan pada ketika itu adalah untuk memastikan syarikat-syarikat kumpulan wang kutu yang sedia menjalankan aktiviti berkenaan melalui proses penggulungan supaya penyelesai-penyelesai (liquidators) boleh mendapat kembali wang yang tertunggak dari peserta yang telah menerima bahagian wang kutu mereka dan membayar wang yang tertunggak kepada peserta lain yang masih belum menerima bahagian mereka supaya pembahagian yang sempurna dapat dilakukan.
Selain daripada itu, tujuan akta ini dibentuk adalah untuk menjaga kepentingan orang-orang yang terlibat dalam skim wang kutu tersebut di mana sebilangan besar daripadanya terdiri daripada golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Ini kerana terdapat banyak kes di mana peserta telah berjaya mendapatkan wang tawaran masing-masing namun gagal atau tidak membayar balik kepada kumpulan wang yang berkaitan dan ini menjejaskan hak peserta yang lain.
SSM sentiasa memantau aktiviti syarikat-syarikat diluar sana supaya tidak melakukan perkara yang melanggar undang-undang yang ditetapkan.
SSM juga ingin menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan apa-apa penawaran skim pelaburan yang tidak berdaftar bagi mengelakkan sebarang kerugian. Untuk menyemak status pendaftaran sebarang skim, sila layari laman sesawang SSM di www.ssm.com.my atau sila hubungi talian 03-22994499 sekiranya terdapat pertanyaan lanjut.
DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH : 19 SEPTEMBER 2018