Pengertian Debit Dan Kredit 2025

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Sunday, March 17, 2019

Definisi Perakaunan


Definisi Perakaunan

English :It is a systematic process of identifying, recording, measuring, classifying, verifying, summarizing, interpreting and communicating financial information.

Bahasa Melayu :
Proses sistematik iaitu mengenalpasti, merekod, mengukur, mengklasifikasi, mengesahkan, meringkaskan, mentafsir dan menyampaikan maklumat kewangan.


Kenalpasti
Mengenal pasti sumber dokumen (source document) yang menjadi asas maklumat yang perlu direkod. Terdapat banyak maklumat tetapi hanya maklumat yang berkaitan dengan syarikatlah yang menjadi tumpuan.

Merekod
Maklumat yang dikenalpasti, perlu disusun dan direkod menggunakan asas dan teknik perakaunan yang betul seperti. Contohnhya jualan kredit direkod kedalam penghutang perniagaan dan belian tunai direkod terus kedalam buku tunai.

Mengukur
Ukuran dibuat berdasarkan nilai asas seperti didalam Ringgit dan ukuran ini perlulah konsisten. 

Mengklasifikasi
Maklumat kemudiannya diletakkan dalam kumpulan-kumpulan akaun yang sesuai, iaitu antara aset, liabiliti, hasil ataupun belanja. Maklumat disusun bersesuaian dengan keperluan laporan kewangan syarikat.

Mengesahkan
Pastikan rekod anda betul dan anda mempunyai sumber dokumen yang sah dan juga maklumat yang direkod disemak sebaiknya.

Menringkaskan
Menyediakan laporan kewangan dalam bentuk jumlah iaitu penyata untung atau rugi, kunci kira-kira dan sebagainya.

Mentafsir
Membuat analisis daripada maklumat yang anda telah sediakan. Contohnya membuat kiraan dengan formula kewangan seperti nisbah untung kasar, nisbah untung bersih, nisbah aset semasa dan lain-lain.

Menyampaikan maklumat kewangan
Akhirnya, maklumat ini diserahkan kepada pengguna-pengguna laporan kewangan bersama dengan analisis yang telah disediakan. Maklumat kewangan adalah penting dalam membuat keputusan seperti pelaburan, pembiayaan dan juga pelunasan.


Kitaran perakaunan ini akan berterusan sepanjang masa. Oleh yang demikian, seseorang yang menyediakan laporan perlulah bertauliah untuk memastikan mutu dan kualiti laporan yang akan disediakan dan digunakan.

Sekian.

Monday, March 11, 2019

Trade Payables (Pemiutang Dagangan) VS Other Payables (Pemiutang Lain-Lain)


Trade Payables (Pemiutang Dagangan) 
VS 
Other Payables (Pemiutang Lain-Lain)

Kedua-dua jenis pemiutang ini selalunya diasingkan jika boleh. Terutamanya jika sistem perakaunan yang digunakan mampu untuk menampung keperluan pengguna dengan membuat 2 jenis akaun kawalan pemiutang.

Akan tetapi, namun begitu terdapat juga sistem yang hanya mempunyai satu akaun kawalan pemiutang iaitu pemiutang dagangan sahaja.

Oleh demikian, pengguna sistem terpaksa membuat pilihan antara mencampurkan kedua-duanya dibawah satu akaun kawalan, atau membuat rekod untuk pemiutang lain-lain dengan menggunakan catatan journal am.

Untuk menerangkan perbezaan antara kedua jenis pemiutang ini, kita akan mengambil contoh kedai runcit.

Pemiutang Dagangan
1. Pembekal untuk makanan.
2. Pembekal minuman
3. Pembekal bahan pencuci.
4. Pembekal alat-alat tulis.

Pemiutang lain-lain
1. Tenaga Nasional Berhad
2. Telekom Malaysia
3. Pemilik Kedai
4. Auditor, Ejen cukai dan Setiausaha syarikat.

Sementara itu, kemungkinan juga terdapat pemiutang yang serentak menjadi pemiutang dagangan dan lain-lain pada masa yang sama. Jika ini berlaku, tidak perlu membuat pecahan cukuplah sekadar memilih salah satu kumpulan diatas yang lebih dominant.

Ingat, jika anda mencampurkan kedua-dua pemiutang ini didalam satu kumpulan pemiutang, auditor anda perlu mengeluarkan pemiutang tersebut untuk direkodkan dengan betul. Ini bermakna anda perlu membetulkan juga rekod anda dan mungkin akan mengambil sedikit masa.

Sekian.

Wednesday, February 20, 2019

Penentuan Tarikh Annual General Meeting, Menyediakan Penyata Kewangan dan Annual Return


Penentuan Tarikh Annual General Meeting (AGM), Menyediakan Penyata Kewangan dan Annual Return (AR)

Tarikh AGM pertama mestilah dalam tempoh 18 bulan selepas tarikh perbadanan syarikat (Incorporated Date)

Contoh : 
Tarikh Perbadanan : 15 January 2019, AGM mestilah berlaku sebelum atau pada 15 June 2020.

Oleh yang demikian, penyata kewangan bagi tempoh berakhir 31 Disember 2019 mestilah disiapkan dan dibentangkan dalam tempoh 6 bulan di AGM setelah akaun ditutup.

Akhir sekali, Annual return perlu disediakan dalam tempoh sebulan setelah tarikh AGM.




Harap maklum.

Sekian

Thursday, February 14, 2019

Kaedah Jimatkan kos operasi Syarikat


Kaedah Jimatkan kos operasi Syarikat

1. Tutup lampu bagi kawasan yang tidak digunakan.

2. Tutup penyaman udara (aircond) atau tetapkan suhu aircond pada 24 atau 26 darjah celcius.

3. Matikan komputer jika keluar untuk tempoh lama.

4. Jika ada peti sejuk, pastikan tiada barangan yang tidak lagi dimakan.

5. Melakukan servis berkala untuk semua peralatan jentera termasuk aircond di pejabat untuk memastikan jentera dalam keadaan baik.

6. Elakkan staf dari melakukan kerja lebih masa dimana akan menyebabkan anda perlu mengeluarkan lebih wang untuk elektrik dan yang seumpamanya.

7. Gunakan lampu watt rendah dan pastikan lampu anda cerah dan tidak panas.

8. Guna semula kertas terpakai.

9. Sediakan lebih hiburan dalam pejabat berbanding di luar pejabat.

10. Menyediakan transport untuk staff yang menaiki pengangkutan awam seperti LRT.

11. Multi-tasking.

12. Kurangkan waktu bekerja dipejabat.

13. Work from Home.

14. Jangan terlampau kedekut.

Sekian

Friday, January 25, 2019

Pentingnya Mengasingkan antara belian barangan stok dan juga belian barangan bukan stok.


Pentingnya Mengasingkan antara belian barangan stok dan juga belian barangan bukan stok.

Assalamualaikum & bertemu lagi kita dalam ruangan blog.

Kali ini saya ingin menjelaskan pentingnya mengasingkan stok perniagaan dan juga barangan lain.

Pergi ke kedai mahupun hypermarket, kita selalu membuat pembelian. Kadangkala untuk menjimatkan masa kita membeli dari satu kedai atau tempat sahaja.

Contohnya bagi Peniaga Restoran, pekerja restoran tersebut membeli bahan mentah untuk kegunaan masakan di restoran dan pada masa yang sama membeli alat-alat tulis, ubat-ubat dan lain-lain barangan bukan untuk kegunaan masakan.

Oleh yang demikian, didalam satu resit akan terdapat campuran barangan. Apabila akauntan membuat rekod didalam sistem, perlulah dia memisahkan atau mengasingkan bil-bil tersebut.

Sesetengah sistem perakaunan yang mempunya modul stok, tidak boleh direkod bersama barangan yang tidak berstok. Contoh ayam dan sayuran yang dibeli mempunyai unit kuantiti dan harga seunit dan juga ada didalam senaraian stok.

Tetapi Alat tulis dan ubat-ubatan tidak perlu direkod didalam stok kerana bukan dikira sebagai COGS atau kos barangan jualan.

Jika belian ayam dan sayuran tidak direkod didalam modul stok, ini akan menyebabkan kiraan stok menjadi silap dan akhirnya kiraan COGS akan menjadi tidak tepat.

Bagi mereka yang mempunyai pengalaman menggunakan modul stok, mereka akan dapat fahami mengapa pentingnya ia diasingkan.

Namun begitu, jika sesebuah syarikat tidak mempunyai modul stok, dan hanya merekod stok bedasarkan jumlah nilai stok yang dibeli, maka mereka tidak mempunya masalah jika tidak mengasingkan stok mereka. Namun begitu, kelemahan bagi yang tidak mempunya modul stok adalah kiraan COGS yang mungkin tidak tepat.


Harap anda dapat mencuba dan berkongsi pendapat anda.

Sekian, sahaja

Terima Kasih

Wednesday, January 23, 2019

FORM E (RETURN FORM FROM EMPLOYER) FOR REMUNERATION FOR YEAR 2018



FORM E (RETURN FORM FROM EMPLOYER) FOR REMUNERATION FOR YEAR 2018


Please be informed that the above form has been made available on the IRB website for downloading.

The form can be downloaded from the official IRB website: 
Main page>Form>Download>Employer>2018 or alternatively from the link below.

E-filing is compulsory for employers which are companies (including Labuan companies). Other organisations are encouraged to have e-filing.

For 2018 remuneration year, employers other than the companies who require the hard copy can download Form E from the IRB website below.

http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfborang/Form_E2018_2.pdf

Friday, December 28, 2018

Stock Count at year end (Kiraan Stok pada hujung tahun)


Stock Count at year end (Kiraan Stok pada hujung tahun)

Kita menghampiri hujung tahun disember 2018 dan kebiasaannya bagi syarikat yang menutup akaun pada hujung tahun ini, bagi perniagaan jenis jualan barangan dan juga pengilang, adalah penting untuk membuat kiraan stok barangan.

Kiraan stok ini amatlah penting bagi memastikan kita dapat membuat kiraan untuk mendapatkan jumlah kos jualan dan juga mengira margin untung kasar daripada perniagaan.



Oleh yang demikian, adalah penting bagi pemilik syarikat untuk memastikan aktiviti kiraan stok dibuat pada setiap penghujung bulan terutamanya pada bulan terakhir tamat tempoh fiskal perakaunan.

Kaedah kiraan stok bergantung kepada syarikat. Lebih banyak stok dan lebih jitu kiraan stok, maka lebih tepatlah maklumat yang akan diterima dan angka yang dilaporkan akan dapat menunjukkan prestasi syarikat.

Jika kiraan stok hanya meliputi 50% hingga 70% daripada jumlah stok yang ada, maka ia mungkin mengakibatkan jumlah yang dikira tidak tepat. Sebaiknya, syarikat patut memastikan jumlah stok yang dikira meliputi sekurang-kurangnya 80% dari nilai yang ada. Lebih tinggi lebih baik.

Oleh kerana kiraan stok memakan masa, adalah dinasihatkan agar syarikat membuat persediaan untuk mengira stok tanpa menggangu operasi syarikat. Sesetengah syarikat terutamanya syarikat perkilangan akan membuat "cut-off production" bagi membolehkan stok bahan mentah, separa siap dan juga stok yang telah siap dikira. Lebih ramai staf yang terlibat akan membantu mempercepatkan kiraan stok.

Ingat, bahawa kiraan stok amatlah penting dan tidak patut diambil mudah. Kesan daripada gagal membuat kiraan stok yang berkesan mungkin akan menyebabkan anda mengalami pengurangan keuntungan atau lebih malang lagi, kerugian.

Sekian dari pengarang

Mohamed Awaludin Kamarudin