Pengertian Debit Dan Kredit 2025

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Tuesday, December 17, 2019

Merekod Sumbangan (Donation) dalam perakaunan


Merekod Sumbangan (Donation) dalam perakaunan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Topik ringkas yang saya hendak beri tunjuk ajar kali ini ialah bagaimana merekod sumbangan dalam bentuk wang ataupun barangan.

Kebiasaannya kita akan membuat sumbangan dari pihak syarikat untuk membantu menringankan beban mereka yang memerlukan.

Contoh :

Sumbangan Tunai

Syarikat ABC Sdn Bhd menderma RM 1,000.00 kepada sebuah pertubuhan anak-anak yatim.

Debit - Derma/Sumbangan - RM 1,000.00
                                                                     Kredit - Tunai/Bank - RM 1,000.000
(Sumbangan tunai bernilai RM 1,000.00)




Sumbangan dalam bentuk stok perniagaan***

Syarikat ABC Sdn Bhd menderma RM 5,000.00 nilai stok kepada sebuah pertubuhan anak-anak yatim.

Debit - Derma/Sumbangan - RM 5,000.00
                                                                    Kredit - Belian - RM 5,000.000
(Sumbangan barangan stok bernilai RM 5,000.00)

***Nota tambahan, sumbangan dalam bentuk stok jualan perlulah dinilaikan pada harga kos, dan bukan pada harga jualan.


Sekian, terima kasih.

Monday, December 16, 2019

Bagaimana untuk merekod modal saham berbayar (issued Share Capital)


Bagaimana untuk merekod modal saham berbayar (issued Share Capital)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kali ini kita akan belajar topik ringkas tentang bagaimana untuk merekod modal saham kedalam perakaunan syarikat.

Pertama, kenal pasti jumlah saham yang diagihkan kepada pemengang saham.

Contoh, syarikat ABC Sdn Bhd telah menjual 100,000 unit saham bernilai RM 1.00 kepada pemengang saham.

Oleh yang demikian, catatan jurnal untuk merekod adalah seperti berikut;

Debit - Penghutang lain (Pemegang Saham) - RM 100,000.00
Kredit - Modal Saham - RM 100,00.00
(Jumlah Saham yang diagihkan kepada pemegang saham)


Jika, hanya RM 80,000 telah dibayar, rekodkan bayaran kedalam akaun tunai/bank seperti berikut;

Debit - Tunai/Bank - RM 80,000.00
Kredit - Penghutang lain (Pemegang Saham) - RM 80,00.00
(Jumlah Saham yang dibayar oleh pemegang saham)

Baki 20,000 unit saham yang belum dibayar adalah baki debit didalam akaun penghutang lain - Pemegang saham sehinggalah semua amaun tersebut dilangsaikan.

Sekian, terima kasih.

Monday, November 18, 2019

Kadar pendapatan untuk caruman KWSP @ EPF


Kadar pendapatan untuk caruman KWSP @ EPF

Majikan boleh melihat perbezaan caruman bagi penggajian dibawah dan diatas RM 5,000.00

Sumber Rujukan & Kredit  : KWSP



Thursday, November 7, 2019

Merekod Pembelian Aset Tetap dan Alat Ganti (Fixed asset & spareparts)


Merekod Pembelian Aset Tetap dan Alat Ganti (Fixed asset & spareparts)

Salam Sejahtera

Kali ini kita melihat kepada kaedah merekod pembelian aset tetap dan alat ganti. Walaupun dibeli secara serentak, kedua-duanya tidak direkod didalam satu akaun.

Aset tetap perlulah direkod didalam akaun aset tetap. Manakala alat-alat ganti perlu direkod didalam akaun alat ganti dibawah kategori aset semasa.

Anda perlu menyediakan akaun alat ganti bagi mengelakkan campur aduk dengan akaun-akaun lain.

Apabila alat-alat ganti itu diguna pakai, nilai alat ganti didalam akaun tersebut perlulah dikeluarkan dan direkod didalam akaun perbelanjaan, contohnya akaun penyelenggaraan.

Ingat, alat ganti tidak seharusnya direkod sebagai aset tetap dan tidak harus disusutnilai bersama aset tetap.

Sekian.


Friday, November 1, 2019

Merekod Stok, Belian Dan Jualan Dalam Perakaunan


Merekod Stok, Belian Dan Jualan Dalam Perakaunan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kali ini kita akan melihat bagaimanakah kaedah merekod stok dengan betul didalam perakaunan.

Seperti biasa kita membincangkan perkara ini dengan menggunakan contoh mudah agar senang difahami.

Situasi 1.
Syarikat ABS membeli stok tepung 1000 paket tepung berharga RM 2.00 setiap paket.

Debit - Stok - RM 2,000.00
Kredit - Tunai - RM 2,000.00

Situasi 2.
Syarikat ABS menjual 400 paket tepung pada harga RM 5.00 setiap paket secara tunai.

Debit - Tunai - RM 2,000.00
Kredit - Jualan - RM 2,000.00
Debit - Belian - RM 800.00 (400 x RM 2.00 harga kos)
Kredit - Stok - RM 800.00 (400 x RM 2.00 harga kos)

Oleh yang demikian, pada penghujung tempoh perakaunan, nilai stok didalam akaun adalah RM 1,200.

Kaedah membuat akaun ini adalah lebih tepat dalam mengira kos jualan dan juga untung/rugi kasar.

Kaedah ini juga bertepatan dengan konsep padanan (matching concept) kerana stok yang belum terjual tidak dikira sebagai kos barang jualan. Hanya jumlah yang terjual sahaja akan dipadankan daripada stok yang dibeli melalui akaun stok.

Sekian.

Monday, September 30, 2019

Menentukan Anggaran Cukai Syarikat (Tax Estimation) Borang CP204 LHDN



Menentukan Anggaran Cukai Syarikat (Tax Estimation) Borang CP204 LHDN

Menentukan Anggaran Cukai

Berkuatkuasa daripada tahun taksiran 2006, anggaran cukai yang kena dibayar bagi sesuatu tahun taksiran hendaklah tidak kurang daripada 85% anggaran cukai dipinda bagi tahun taksiran sebelumnya. Jika tiada pindaan anggaran cukai dikemukakan, anggaran cukai tahun semasa hendaklah tidak kurang daripada 85% anggaran cukai pada tahun taksiran sebelum.
Bagi syarikat yang baru memulakan operasi, syarikat boleh menentukan anggaran cukai bagi tahun taksiran pertama mengikut anggaran keuntungan syarikat. Anggaran cukai pada tahun taksiran pertama tersebut akan menjadi asas untuk menentukan anggaran cukai tahun taksiran berikutnya.
Contoh:

Syarikat ABC Sdn Bhd mengemukakan anggaran cukai tahun taksiran 2007 sebanyak RM50,000. Pada bulan ke 6 / 9 syarikat telah meminda anggaran cukai kepada RM100,000. Pindaan tersebut telah dipersetujui oleh LHDNM.
Oleh itu tahun taksiran 2008, ABC Sdn Bhd hendaklah kemukakan anggaran cukai yang sekurang-kurang RM85,000 (85% daripada pindaan anggaran pada tahun taksiran 2007).
Mengemukakan Anggaran Cukai
Syarikat yang telah beroperasi (sedia ada) hendaklah mengemukakan anggaran cukai tidak lewat daripada 30 hari sebelum bermulanya tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran. Bagi syarikat baru beroperasi, anggaran cukai tersebut perlu dikemukakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh syarikat mula beroperasi
Contoh 1:

Syarikat ABC Sdn. Bhd. menyediakan akaun bagi tempoh 01/07/2008 sehingga 30/06/09 bagi tahun taksiran 2009.

Syarikat hendaklah kemukakan borang CP204 selewat-lewatnya pada 31/05/2008 (30 hari sebelum bermula tempoh asas).
Contoh 2:

Syarikat DEF Sdn. Bhd baru ditubuhkan pada 25/02/2012. Syarikat memulakan perniagaan pada 01/04/2012 dan menyediakan penyata akaun yang pertamanya sehingga 31/12/2013.

Syarikat hendaklah mengemukakan e-CP204 selewat-lewatnya pada 30/06/2012 (3 bulan dari tarikh syarikat mula beroperasi).

SUMBER: LHDN

Friday, September 27, 2019

Maksud Hasil Dan Belanja


Hasil Dan Belanja


Hasil (Income) dan Belanja (Expense) adalah komponen penting dalam Penyata Untung atau Rugi atau (Profit or Loss Statement).

Umumnya, syarikat akan menggunakan aset dan juga menampung kos perbelanjaan yang berkaitan untuk menjana hasil.

Pada setiap penghujung tempoh perakauanan, hasil dan belanja akan dikira secara keseluruhan dan perbezaannya akan menghasilkan untung atau rugi pada syarikat.

Hasil > Belanja = Untung
Hasil < Belanja = Rugi

Untung dan rugi inilah yang menjadi antara penilaian utama sesebuah syarikat sama ada ianya sedang maju berkembang atau sebaliknya.

Hasil
Hasil adalah pendapatan yang dijana disebabkan oleh pembekalan barangan ataupun perkhidmatan.

Contoh-contoh hasil adalah, jualan barangan runcit dan juga juga khidmat-khidmat professional.

Hasil yang berkualiti adalah hasil yang dapat dikutip dengan sempurna. Jika hasil, jualan, atau pendapatan hanyalah semata-mata hasil atas kertas, ianya tidaklah begitu berkualiti dan bermakna.

Belanja
Belanja adalah kos yang disebabkan daripada pembelian sesuatu dalam bentuk barangan ataupun perkhidmatan.

Contoh-contoh belanja adalah, gaji pekerja, utiliti, sewa dan juga kos pengangkutan.

Belanja juga memberi kesan langsung dan kesan tidak langsung pada syarikat. Belanja yang tidak memberi apa-apa kesan kepada syarikat adalah belanja yang tidak berkaitan dengan syarikat. Belanja tersebut boleh dikategorikan sebagai belanja yang tidak atau kurang bermanfaat.