Pengertian Debit Dan Kredit 2025

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Thursday, September 27, 2018

Depreciation (Susut Nilai) Vs Amortisation (Pelunasan)



Depreciation (Susut Nilai) Vs Amortisation (Pelunasan)

Topik ringkas kali ini membincangkan perbezaan antara susut nilai dan pelunasan.

Susut Nilai (Depreciation) adalah istilah yang digunakan bagi mengurangkan nilai buku sesuatu aset ketara (non-current asset) akibat daripada penggunaan and susutan atau "wear & tear".

a) Contohnya adalah susutnilai sebuah kereta atau mesin selama 5 tahun dari tarikh penggunaan.


Pelunasan (Amortisation) pula, adalah istilah bagi pengagihan nilai aset tidak ketara (intangible asset) kepada tempoh penggunaan sah laku penggunaan aset tersebut.

b) Contoh pelunasan adalah, lesen pengilang atau lesen francais yang diperolehi daripada pemilik asal sesebuah produk atau francais. Bayaran untuk lesen-lesen tersebut adalah dikira sebagai aset tidak ketara dan nilai lesen tersebut perlulah dibahagikan untuk dilunaskan kedalam akaun untung rugi sehingga tempoh masa penggunaan lesen tersebut tamat.

Monday, September 3, 2018

INSENTIF PENGURANGAN KOMPAUN 2018 - SSM


INSENTIF PENGURANGAN KOMPAUN 2018 - SSM

Sumber : https://www.ssm.com.my/en/press-release/insentif-pengurangan-kompaun-2018


Bermula Ogos 2018 Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan melancarkan kempen Patuh Akta Syarikat 2016, Ambil Berat, Sayangi Syarikat yang bertujuan untuk memberi pemahaman, kesedaran dan peringatan kepada orang awam tentang keperluan dan peruntukan asas yang perlu dipatuhi secara berkala di bawah Akta Syarikat 2016. Kempen ini akan dilaksanakan di seluruh negara yang melibatkan golongan sasaran iaitu setiausaha syarikat, pengarah syarikat, peniaga dan pelajar. Banyak program akan diadakan seperti mengadakan taklimat secara percuma, hebahan melalui media elektronik dan media cetak serta edaran brosur atau risalah kepada orang awam. Selari dengan tujuan kempen ini, SSM juga menawarkan insentif pengurangan kompaun yang bertemakan ‘Mulakan Pematuhan Akta Baru dengan Sifar Kompaun’ yang berkuatkuasa pada 1 September 2018 sehingga 30 Disember 2018. Insentif ini akan menjadi pemudah cara bagi orang awam menyelesaikan kompaun yang masih belum dijelaskan. Kadar peratusan pengurangan yang diberi adalah seperti jadual berikut:
A) Akta Syarikat 2016 dan Akta Syarikat 1965
Tempoh BayaranKadar Pengurangan*
1 September 2018 – 30 September 2018RM80% dari nilai asal atau minima RM200 (mana-mana yang lebih tinggi)
1 Oktober 2018 – 31 Oktober 2018RM70% dari nilai asal atau minima RM300 (mana-mana yang lebih tinggi)
1 November 2018 – 30 November 2018RM60% dari nilai asal atau minima RM400 (mana-mana yang lebih tinggi)
1 Disember 2018 – 31 Disember 2018RM50% dari nilai asal atau minima RM500 (mana-mana yang lebih tinggi)
*Nota: Kadar pengurangan adalah dari nilai asal kompaun

B) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
 
Tempoh BayaranKadar Pengurangan*
1 September 2018 – 30 September 2018RM80% dari nilai asal notis kompaun atau minima RM20 (mana-mana yang lebih tinggi)
1 Oktober 2018 – 31 Oktober 2018RM70% dari nilai asal notis kompaun atau minima RM50 (mana-mana yang lebih tinggi)
1 November 2018 – 30 November 2018RM60% dari nilai asal notis kompaun atau minima RM70 (mana-mana yang lebih tinggi)
1 Disember 2018 – 31 Disember 2018RM50% dari nilai asal notis kompaun atau minima RM90 (mana-mana yang lebih tinggi)
SSM ingin menyarankan agar pihak-pihak yang berkenaan mengambil peluang ini untuk menjelaskan kompaun tertunggak bagi mengelakkan tindakan mahkamah dimulakan pada masa akan datang.
Bagi menikmati insentif di atas, pihak syarikat, pengarah-pengarah dan pemilik perniagaan yang berkaitan boleh hadir ke Tingkat 26, Bahagian Pematuhan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Menara SSM@Sentral, No. 7 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50623 Kuala Lumpur atau mana-mana kaunter Pejabat Negeri Suruhanjaya Syarikat Malaysia di seluruh Negara.
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas boleh dirujuk kepada Pusat Panggilan SSM di talian 03-7721 4000/03-2299 5334, emel ar_compliance@ssm.com.my atau laman sesawang ssm di www.ssm.com.my.
DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH : 10 OGOS 2018

Tuesday, August 21, 2018

Pengertian Net Book Value (NBV)


Net Book Value (NBV) - Nilai Buku

Nilai buku bersih adalah nilai yang dikira selepas membuat kiraan Kos aset ditolak dengan jumlah susut nilai terkumpul


Nilai buku bersih = Kos aset - susut nilai terkumpul


Contoh :
Aset : Komputer
Kos : RM 3,000
Susut nilai tahunan = 33.33% (3 tahun)
Berapakah nilai buku pada hujung tahun kedua?


RM 3,000 - RM 2,000 = RM 1,000 (NBV)

Monday, July 16, 2018

Jadual Perbelanjaan Prabayar / Prepayment Expenses Schedule dan Kesan


Jadual Perbelanjaan Prabayar / Prepayment Expenses Schedule


Jadual perbelanjaan prabayar ini disediakan untuk membantu kita merekodkan perbelanjaan tahunan yang dikenakan dengan adil pada setiap bulan. Ini mengelakkan daripada hanya satu bulan terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi dan tiada perbelanjaan pada bulan-bulan yang lain.

Anda boleh gunakan contoh dibawah untuk rujukan.

Kesan penggunaan pada P&L bulanan :



Harap dapat membantu anda 

Sekian

Tuesday, May 22, 2018

SOALAN LAZIM TEMPOH PERALIHAN 6% - 0% (GST MALAYSIA)

FAQ 17 Mei 2018

SOALAN LAZIM TEMPOH PERALIHAN 6% - 0%


KEDUDUKAN GST
S1 : Apakah maksudnya kenyataan MOF / Apakah yang terjadi kepada CBP?
J1 : Semua pembekalan barang dan perkhidmatan yang kini tertakluk pada kadar
standard (6%) menjadi berkadar sifar (0%) mulai 01 Jun 2018. Barang yang
diimport juga dikenakan CBP berkadar sifar.

S2 : Adakah kenyataan MOF terpakai kepada pembekalan yang dikecualikan?
J2 : Pembekalan dikecualikan kekal sebagai tidak tertakluk kepada CBP dan TIDAK
berubah kepada berkadar sifar.

S3 : Adakah perlu saya menunggu untuk mendapat surat dari JKDM untuk berubah
kepada berkadar sifar?
J3 : Tidak, sila kenakan GST atas kadar sifar (0%).


PENDAFTARAN
S4 : Adakah saya perlu memohon untuk membatalkan pendaftaran saya?
J4 : Tidak, sila teruskan sehingga diberitahu kelak.

S5 : Saya telah memohon untuk berdaftar untuk GST tetapi belum mendapat
kelulusan, apakah perlu saya buat?
J5 : JKDM akan memproses permohonan tersebut.

S6 : Saya telah lewat mohon berdaftar dan telah dikenakan penalti lewat daftar.
Bolehkah penalti tersebut diremit?
J6 : Ianya merupakan kuasa budi bicara Ketua Pengarah di bawah Seksyen 62 (2)
ACBP 2014. Permohonan remisi perlu dibuat.

S7 : Saya ingin memohon untuk berdaftar secara sukarela di bawah Seksyen 24 ACBP
2014. Perlukah saya mengemukakan permohonan?
J7 : Tidak, pihak tuan tidak perlu memohon untuk berdaftar secara sukarela.


PEMBATALAN PENDAFTARAN
S8 : Saya telah terhenti dari menjadi orang kena cukai. Apakah layanan CBP ke atas
aset perniagaan?
J8 : Perlu mengakaunkan pada kadar sifar.


INVOIS CUKAI
S9 : Adakah perlu dibuat pindaan ke atas invois cukai tersebut kepada 0%?
J9 : Invois cukai tidak perlu dikeluarkan sekiranya pembekalan berkadar sifar dan
invois komersial boleh dikeluarkan. Invois syarikat boleh dipinda daripada 6% ke
0%.

S10 : Saya telah mengenakan CBP pada kadar 6% dan satu invois cukai pada kadar
6% dikeluarkan kepada pembeli selepas 01 Jun 2018. Ini bermakna saya telah
tersilap mengenakan CBP. Perlukah saya mengakaunkan cukai yang dipungut
pada kadar 6%?
J10 : Ya, CBP pada kadar 6% perlu diakaunkan sekiranya amaun CBP 6% telah
diterima dan credit note tidak boleh / dapat dikeluarkan.

S11 : Invois cukai telah dikeluarkan ke atas pembekalan barang sebelum tarikh 01 Jun
2018. CBP telah dikenakan pada kadar 6%. Bayaran dan pemindahan barang
hanya dibuat selepas 01 Jun 2018. Apakah layanan CBP ke atasnya?
J11 : CBP pada kadar 6% perlu diakaunkan.

S12 : Invois cukai telah dikeluarkan ke atas pembekalan perkhidmatan sebelum tarikh
01 Jun 2018. CBP telah dikenakan pada kadar 6%. Bayaran dan perkhidmatan
dilaksanakan hanya dibuat selepas 01 Jun 2018. Apakah layanan CBP ke
atasnya?
J12 : CBP pada kadar 6% perlu diakaunkan.


TUNTUTAN CUKAI INPUT DI BAWAH SEKSYEN 38
S13 : Sekiranya pembekalan yang dibekalkan ditetapkan pada kadar sifar, apakah saya
masih boleh menuntut cukai input?
J13 : Ya, tuntutan cukai input dibenarkan sekiranya mematuhi Seksyen 39 dan
Peraturan 38, Peraturan CBP 2014.


PENYATA
S14 : Perlukah saya menghantar penyata GST-03?
J14 : Ya. Orang berdaftar masih dikehendaki menghantar penyata GST-03 sehingga
dimaklumkan kelak. Jualan berkadar 0% mulai 01 Jun 2018 hendaklah diisi dalam
kolum 10.

S15 : Saya telah dikenakan kompaun lewat hantar penyata di bawah Seksyen 41(6)
ACBP 2014. Bolehkah kompaun tersebut diremit?
J15 : Kuasa untuk mengenakan kompaun adalah kuasa budi bicara Pendakwa Raya.

S16 : Saya telah dikenakan penalti lewat bayar di bawah Seksyen 41(7) ACBP 2014.
Bolehkah penalti tersebut diremit?
J16 : Ianya merupakan kuasa budi bicara Ketua Pengarah di bawah Seksyen 62 (2)
ACBP 2014. Permohonan remisi perlu dibuat.


SEKSYEN 66 ACBP 2014
S17 : Saya telah keluarkan invois cukai pada kadar 6%, barang telah diserahkan kepada
pembeli semasa kadar cukai 0%. Apakah yang perlu saya lakukan?
J17 : Cukai perlu dikenakan pada kadar lama iaitu 6%.

S18 : Barang telah dipindahkan kepada pembeli semasa kadar cukai 6%, tetapi invois
cukai dikemukakan semasa kadar cukai 0%. Apakah yang perlu saya lakukan?
J18 : Cukai perlu dikenakan pada kadar lama iaitu 6%.

S19 : Barang telah dipindahkan kepada pembeli semasa kadar cukai 6%, dan invois
cukai dikeluarkan semasa kadar cukai 6%. Walaubagaimanapun, pembayaran
hanya diterima semasa kadar cukai 0%. Apakah yang perlu dilakukan?
J19 : Cukai perlu dikenakan pada kadar lama iaitu 6%.

S20 : Saya telah membekalkan perkhidmatan kepada orang yang mempunyai kaitan
(connected person) secara percuma. Apakah layanan CBP dan perlukah saya
mengakaunkan cukai output ke atasnya?
J20 : Pembekalan tersebut adalah berkadar sifar.

S21 : Apakah layanan CBP ke atas hadiah barang yang melebihi RM500? Perlukah
saya mengakaunkan cukai output?
J21 : Cukai output perlu diakaunkan pada kadar sifar.


IMPAK PADA SKIM
S22 : Saya merupakan pemegang skim ATS/ATMS/MS/AJS/WS, adakah saya masih
perlu mengemukakan penyata bulanan skim?
J22 : Ya.

S23 : Saya merupakan pemilik outlet yang diluluskan di bawah Skim Bayar Balik
Pelancong (TRS), apakah kadar CBP yang perlu dikenakan ke atas pembelian
barang-barang yang layak di bawah skim TRS?
J23 : Kadar sifar.

S24 : Adakah pelancong masih boleh menuntut pembayaran balik cukai?
J24 : Pelancong masih boleh menuntut bayaran balik cukai melalui Tourist Refund
Scheme (TRS) sekiranya pembelian dibuat daripada outlet yang berdaftar dan
kadar CBP 6%, dikenakan serta tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

S25 : Sekiranya pelancong membuat pembelian pada masa CBP dikenakan pada kadar
6% dan pelancong keluar dari Malaysia semasa CBP dikenakan pada kadar 0%.
Adakah pelancong masih boleh menuntut CBP yang dikenakan?
J25 : Ya, sekiranya pembelian dibuat 3 bulan sebelum pelancong keluar dari Malaysia.

S26 : Layanan CBP ke atas pengimportan barang yang dibuat oleh pemegang ATS
adalah digantung (suspended). Apakah layanan selepas ianya berkadar sifar?
J26 : CBP berkadar sifar.

S27 : Saya merupakan penjual kereta terpakai di bawah Skim Margin di bawah
Peraturan 75, Peraturan CBP 2014. Adakah saya perlu akaun CBP atas margin?
J27 : CBP ke atas margin berkadar sifar.

- Pembekalan Di Gudang Berlesen

S28 : Pembekalan rokok dan minuman keras yang dibuat di dalam gudang berlesen
adalah merupakan pembekalan yang diabaikan. Selepas 01 Jun 2018, apakah
layanan GST ke atas pembekalan tersebut?
J28 : Pembekalan tersebut adalah pembekalan yang diabaikan.

S29 : Apakah layanan CBP ke atas pembekalan barang dibuat di dalam gudang
berlesen?
J29 : Tiada CBP dikenakan.

S30 : Apakah layanan CBP ke atas pembekalan perkhidmatan dibuat di dalam gudang
berlesen?
J30 : Pembekalan berkadar sifar.

- Pengimportan / Pemindahan Barang Dari Gudang Berlesen

S31 : Apakah layanan CBP ke atas pengimportan / pemindahan barang dari gudang
berlesen ke kawasan utama kastam?
J31 : Pemindahan / pengimportan dikenakan cukai berkadar sifar.

S32 : Apakah layanan CBP ke atas pengimportan / pemindahan barang dari gudang
berlesen ke gudang berlesen yang lain, zon bebas dan ke kawasan yang
ditetapkan?
J32 : Pemindahan / pengimportan dikenakan cukai berkadar sifar.

S33 : Apakah layanan CBP sekiranya Borang K1 atau K9 telah diikrar dan CBP telah
dibayar tetapi barang telah dipindahkan keluar dari gudang berlesen semasa
pembekalan berkadar sifar?
J33 : Kekal berkadar standard (6%).

(Nota: Pengimport dinasihati melakukan pemindahan barang dari gudang
berlesen ke kawasan utama kastam pada hari yang sama)

S34 : Berkaitan dengan soalan 33, bolehkah saya menuntut cukai input?
J34 : Tuntutan cukai input dibenarkan sekiranya barang-barang tersebut dipindah oleh
orang berdaftar.

- Eksport

S35 : Apakah layanan CBP ke atas pengeksportan barang dari gudang berlesen ke
suatu tempat di luar Malaysia?
J35 : Pengeksportan dikenakan cukai berkadar sifar.


CUKAI INPUT YANG TIDAK DIBENARKAN (BLOCKED INPUT TAX)
S36 : Saya telah menjual motokar penumpang yang mana tuntutan cukai input tidak
dibenarkan di bawah Peraturan 36, Peraturan CBP 2014. Apakah layanan CBP
ke atasnya?
J36 : Layanan CBP kekal seperti sedia ada iaitu penjualan tersebut bukan merupakan
suatu pembekalan. Tuntutan cukai input tidak dibenarkan.


PEMBEKALAN DI DALAM KAWASAN YANG DITETAPKAN (DESIGNATED AREA)
S37 : Apabila CBP ditetapkan pada kadar sifar, apakah layanan CBP ke atas
pembekalan yang berkadar standard di kawasan yang ditetapkan?
J37 : Pembekalan di kawasan yang ditetapkan adalah berkadar sifar.

S38 : Apakah layanan CBP ke atas jualan rokok dan minuman keras di kawasan yang
ditetapkan?
J38 : Pembekalan berkadar sifar.

- Pembekalan Di Kawasan Yang Ditetapkan (Designated Area)
S39 : Apabila CBP ditetapkan pada kadar sifar, apakah layanan CBP ke atas
pembekalan yang berkadar standard di zon bebas seperti rokok dan minuman
keras?
J39 : Pembekalan di zon bebas adalah berkadar sifar.

S40 : Apakah layanan CBP ke atas pembekalan barang di dalam zon bebas?
J40 : Tiada CBP dikenakan.

S41 : Apakah layanan CBP ke atas pembekalan perkhidmatan di dalam zon bebas?
J41 : Pembekalan berkadar sifar.

- Pengimportan / Pemindahan Barang Dari Zon Bebas
S42 : Apakah layanan CBP ke atas pengimportan / pemindahan barang dari zon bebas
ke kawasan utama kastam?
J42 : Pemindahan / pengimportan dikenakan cukai berkadar sifar.

S43 : Apakah layanan CBP ke atas pengimportan / pemindahan barang dari zon bebas
ke zon bebas yang lain, gudang berlesen dan kawasan yang ditetapkan?
J43 : Pemindahan / pengimportan dikenakan cukai berkadar sifar.

S44 : Apakah layanan CBP sekiranya Borang K1 telah diikrar dan CBP telah dibayar
tetapi barang telah dipindahkan keluar dari zon bebas selepas 01 Jun 2018?
J44 : Kekal berkadar standard (6%).

(Nota: Pengimport dinasihati melakukan pemindahan barang dari zon bebas ke
kawasan utama kastam pada hari yang sama)

S45 : Berkaitan dengan soalan 44, bolehkah saya menuntut cukai input?
J45 : Tuntutan cukai input dibenarkan sekiranya barang-barang tersebut dipindah oleh
orang berdaftar.

S46 : Apakah layanan CBP ke atas pengeksportan barang dari zon bebas ke suatu
tempat di luar Malaysia?
J46 : Pengeksportan dikenakan cukai berkadar sifar.


PEMBEKALAN DI ZON BEBAS (FREE ZONE)
S47 : Apabila CBP ditetapkan pada kadar sifar, apakah layanan CBP ke atas
pembekalan yang berkadar standard di zon bebas seperti rokok dan minuman
keras?
J47 : Pembekalan di zon bebas adalah berkadar sifar.

S48 : Apakah layanan CBP ke atas pembekalan barang di dalam zon bebas?
J48 : Tiada CBP dikenakan.

S49 : Apakah layanan CBP ke atas pembekalan perkhidmatan di dalam zon bebas?
J49 : Pembekalan berkadar sifar.

- Pengimportan / Pemindahan Barang Dari Zon Bebas
S50 : Apakah layanan CBP ke atas pengimportan / pemindahan barang dari zon bebas
ke kawasan utama kastam?
J50 : Pemindahan / pengimportan dikenakan cukai berkadar sifar.

S51 : Apakah layanan CBP ke atas pengimportan / pemindahan barang dari zon bebas
ke zon bebas yang lain, gudang berlesen dan kawasan yang ditetapkan?
J51 : Pemindahan / pengimportan dikenakan cukai berkadar sifar.

S52 : Apakah layanan CBP sekiranya Borang K1 telah diikrar dan CBP telah dibayar
tetapi barang telah dipindahkan keluar dari zon bebas semasa pembekalan
berkadar sifar?
J52 : Kekal berkadar standard (6%). Pengimport dinasihati melakukan pemindahan
barang dari zon bebas ke kawasan utama kastam pada hari yang sama

S53 : Berkaitan dengan soalan 52, bolehkah saya menuntut cukai input?
J53 : Tuntutan cukai input dibenarkan sekiranya barang-barang tersebut dipindah oleh
orang berdaftar.

S54 : Apakah layanan CBP ke atas pengeksportan barang dari zon bebas ke suatu
tempat di luar Malaysia?
J54 : Pengeksportan dikenakan cukai berkadar sifar.


KETETAPAN UMUM / AWAL / DG DECISION / KEPUTUSAN YANG DIBUAT OLEH JKDM
S55 : Adakah ketetapan umum/awal/DG decision/panduan industri/surat dasar daripada
sektor yang berkaitan dengan layanan CBP yang telah dikeluarkan oleh JKDM
masih terpakai?
J55 : Keputusan-keputusan di atas masih terpakai sehingga diberitahu kelak.


NOTIS TUNTUTAN (BOD)/SIASATAN/PENDAKWAAN/RAYUAN TRIBUNAL/KOMPAUN
S56 : Saya telah menerima Notis Tuntutan (BOD) dari JKDM menuntut sejumlah cukai
dibayar. Adakah saya perlu membayar BOD tersebut?
J56 : Notis Tuntutan (BOD) tersebut masih perlu dibayar.

S57 : Syarikat saya telah disiasat oleh JKDM atas kesalahan tidak menghantar penyata
GST-03, adakah saya akan terlepas dari tindakan siasatan dari JKDM?
J57 : Tidak.

S58 : Syarikat saya telah didakwa oleh JKDM atas kesalahan tidak membayar GST,
adakah saya akan terlepas dari pendakwaan JKDM?
J58 : Tidak.

S59 : Syarikat saya telah menfailkan rayuan di tribunal rayuan GST, adakah kes saya
masih akan diteruskan?
J59 : Ya.

S60 : Syarikat saya telah menerima tawaran kompaun RM5,000 atas kesalahan gagal
hantar penyata. Adakah saya perlu membayar kompaun tersebut?
J60 : Ya.


SENARAI HITAM
S61 : Adakah tindakan senarai hitam diteruskan?
J61 : Ya.


TAX AGENT
S62 : Apakah yang akan berlaku kepada Tax Agent dan adakah perkhidmatan mereka
perlu diteruskan?
J62 : Tax agent masih diperlukan untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan CBP.


AUDIT
S63 : Adakah Audit GST akan diteruskan dan timeframe yang akan diambil. Adakah
registran masih perlu menyimpan dokumen/rekod perniagaan selama 7 tahun.
J63 : Ya.


UMUM
S64 : Apakah itu SST?
J64 : SST itu adalah Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan. Cukai jualan dikenakan
ke atas barang-barang kilangan tempatan dan import, manakala cukai
perkhidmatan adalah cukai perkhidmatan yang dikenakan ke atas perkhidmatan
tertentu.

S65 : Saya telah membeli tiket penerbangan sebelum 01 Jun 2018 dan dijadualkan
berlepas selepas 01 Jun 2018. Bolehkah saya menuntut balik nilai CBP yang
telah dibayar?
J65 : Bergantung kepada transaksi jual beli antara penjual dan pembeli tertakluk
kepada syarat-syarat yang telah dimeterai.

S66 : Deposit (bayaran pendahuluan) untuk pembekalan barang / perkhidmatan telah
dibayar sebelum tarikh 01 Jun 2018dan barang / perkhidmatan dibekalkan selepas
tarikh 01 Jun 2018. Apakah layanan CBP?
J66 : Bayaran pendahuluan tertakluk kepada CBP atas kadar standard manakala baki
bayaran sekiranya dibuat selepas tarikh 01 Jun 2018 adalah tertakluk kepada
kadar sifar. Pengguna dinasihati mengadakan rundingan semula dengan
pembiaya pinjaman mengenai nilai pinjaman.

S67 : Adakah cukai yang dikenakan ke atas barang yang dibawa masuk bersama
penumpang di lapangan terbang bertukar ke kadar sifar?
J67 : Tidak, masih kekal pada kadar 10%. CBP ke atas barang dikenakan pada kadar
sifar, tetapi duti import ke atas barang yang dibawa masuk bersama penumpang
masih dikekalkan pada kadar ad valorem 10%.

S68 : Barang yang dibeli dan dikenakan CBP pada kadar standard (6%) kemudian
dipulangkan kepada pembekal semasa CBP berkadar sifar (0%). Apakah
layanan CBP?
J68 : Pembekal perlu mengeluarkan credit note yang sama nilai jualannya.

S69 : Adakah Cukai Pelancongan akan diteruskan?
J69 : Ya.


Sumber : Jabatan Kastam Diraja Malaysia
http://www.customs.gov.my/ms/Documents/FAQ%20TRANSITIONAL%20GST/SOALAN%20LAZIM%20TEMPOH%20PERALIHAN%206%20percent%20kepada%200%20percent.pdf

Tuesday, April 17, 2018

Salah lapor cukai pendapatan, penalti 100% (Berita Harian online 17 April 2018)



Salah lapor cukai pendapatan, penalti 100% (Sumber : Berita Harian online 17 April 2018)

Oleh Ooi Tee Ching


KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesahkan bahawa bermula Januari 2018, mereka yang salah lapor dan mengelak cukai pendapatan akan dikenakan penalti 100 peratus.
Jumlah itu adalah lebih dua kali ganda daripada penalti 45 peratus yang dikenakan sebelum ini ke atas mereka yang gagal membayar cukai atau menghantar laporan cukai yang tidak tepat.
Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Sabin Samitah, berkata penalti berkenaan bukanlah satu tindakan drastik kerana LHDN telah memberi peringatan kepada pesalah berulang ini dan memberikan mereka tempoh dua tahun untuk menyelesaikan tunggakan.
"Kami komited untuk memulihkan tunggakan cukai pendapatan daripada individu dan badan korporat, aliran dana haram dan rasuah," katanya pada perasmian Persidangan Cukai Malaysia 2018 yang dianjurkan oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Persatuan Akauntan Cukai Malaysia (MATA) di sini hari ini.
Sabin berkata proses audit yang ketat dan siasatan sedang dijalankan oleh LHDN dan Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET).
NRRET yang ditubuhkan pada tahun 2015 turut merangkumi beberapa agensi termasuklah anggota polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia, Jabatan Kastam dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
"Kami bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain untuk mengemaskini pangkalan data kami," katanya.
Sabin berkata, cukai pendapatan adalah satu daripada komponen terbesar pendapatan kerajaan, menyumbang lebih daripada 50 peratus setiap tahun bagi membiayai polisi pembangunan negara dan meneruskan kesejahteraan rakyat.
"Selain daripada pembinaan jalan, hospital, sekolah, pembelian aset ketenteraan bagi keselamatan negara, pendapatan cukai juga pergi kepada pengagihan pendapatan menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
"Pasukan saya berusaha untuk memudahkan pembayar cukai pendapatan yang konsisten menjalankan tanggungjawab mereka. Kami menyasar untuk meningkatkan kesedaran bahawa kutipan cukai pendapatan adalah kunci kepada pembangunan negara.
"Kami menyasar untuk meningkatkan kepatuhan sukarela dan mengurangkan ketirisan cukai," katanya.
Pada masa ini, daripada 14 juta dewasa bekerja di negara ini, hanya 14 peratus yang membayar cukai pendapatan kepada LHDN.
Beliau menjelaskan bahawa mereka yang gagal membayar cukai dan yang sedang berlaku tidak adil kepada pembayar cukai yang patuh menyumbang kepada pembinaan negara.
"Kami perlu berusaha mengatasi kekurangan yang ada, justeru mereka yang layak membayar cukai tidak boleh lari daripada tanggungjawab mereka," katanya.

Thursday, March 29, 2018

Cukai pendapatan untuk Gaji Pemilik Syarikat Milikan Tunggal (Sole Proprietorship) dan Perkongsian



Cukai pendapatan untuk Gaji Pemilik Syarikat Milikan Tunggal (Sole Proprietorship)/Perkongsian


Adakah anda tahu, bahawa gaji yang dibayar oleh pemilik syarikat milikan tunggal dan perkongsian kepada diri mereka sendiri tidak membantu dalam mengurangkan cukai terkumpul yang perlu dibayar.

Gaji pemilik perlulah ditambahkan semula dalam pengiraan cukai pendapatan bagi pemilik jenis ini. Kerana gaji pemilik adalah dikira sebagai ambilan.

Oleh itu, sila berhati-hati dalam menyediakan akaun anda. Pastikan anda tidak tersilap dalam meletakkan perbelanjaan 


PERNIAGAAN DAN PERKONGSIAN
PENGENALAN
Keuntungan yang diperolehi daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion adalah merupakan pendapatan yang layak dikenakan cukai.
Perniagaan terdiri daripada:
  • Milikan Tunggal /Bekerja Sendiri
    • Individu yang menjalankan perniagaan secara perseorangan
  • Perkongsian
    • Meliputi sebarang bentuk kerjasama antara dua atau lebih pihak bagi menyatukan hak, kuasa, tenaga kerja atau kemahiran dalam menjalankan perniagaan dan mewujudkan perkongsian keuntungan. Perkongsian mungkin wujud di antara :
      • Individu-individu
      • Dua syarikat
      • Individu dan syarikat
      • Individu dan pemegang amanah bagi sesuatu penyelesaian
Contoh Perniagaan :
  • Perniagaan runcit
  • Perniagaan jualan langsung
  • Pertanian dan penternakan
  • Perniagaan gerai
  • Klinik, firma guaman atau lain-lain pengamal professional
  • Bidang penulisan dan lakonan
  • Broker Saham
TANGGUNGJAWAB
  • Mendaftar sebagai pembayar cukai apabila telah memulakan perniagaan - Daftar Fail
  • Mendapatkan Borang Nyata Cukai Pendapatan dari cawangan LHDNM yang berhampiran (jika belum terima)
  • Melengkapkan Borang B (Milikan Tunggal) dan Borang P (Perkongsian)
  • Menyediakan penyata akaun dan penyata lain-lain pendapatan seperti penyata sewa dan penyata komisen
  • Mendapatkan ejen cukai bertauliah untuk penyediaan akaun (jika perlu)
  • Merujuk dokumen sokongan seperti resit insurans nyawa, resit derma, resit buku, resit zakat untuk tujuan tuntutan potongan, pelepasan dan rebat
  • Merujuk Nota Penerangan sebagai panduan - nota penerangan Borang B / nota penerangan Borang P
  • Maklumat tambahan perkongsian
    • Ahli Kongsi Utama bertanggungjawab untuk mengisi Borang P dan menyediakan CP30 untuk setiap ahli kongsi- Borang CP30
    • CP30 menunjukkan agihan pendapatan (keuntungan/kerugian) kepada ahli-ahli kongsi
    • Setiap ahli kongsi perlu melaporkan penerimaan pendapatan daripada perkongsian di dalam Borang B masing-masing
    • Ahli Kongsi Utama juga bertanggungjawab maklumkan LHDNM secara bertulis sekiranya perkongsian tamat/ditukar kepada Milikan Tunggal/Syarikat Sendirian Berhad
  • Suami dan isteri perlu mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan secara berasingan
  • Mengira sendiri cukai pendapatan
  • Menyemak dan TANDATANGAN Borang Nyata yang telah lengkap diisi
  • Menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan pada tarikh yang telah ditetapkan
  • Dokumen sokongan seperti rekod perniagaan, CP30 dan resit tuntutan tidak perlu dikemukakan
  • Menyimpan semua rekod perniagaan dan dokumen sokongan untuk potongan, pelepasan serta rebat selama 7 tahun
  • Rekod perniagaan meliputi penyata akaun untung rugi, kunci kira-kira perniagaan serta rekod jualan, belian, stok resit, bil dan penyata bank
  • Tarikh akhir penghantaran Borang B dan Borang P ialah pada atau sebelum 30 Jun
  • Tarikh akhir pembayaran baki cukai (jika ada) ialah pada atau sebelum 30 Jun
  • Mematuhi arahan bayaran ansuran (CP500) Skim Ansuran CP500
PENDAPATAN KASAR PERNIAGAAN
Pendapatan kasar perniagaan termasuk :
  • Penerimaan tunai bagi barang-barang yang dijual atau perkhidmatan yang diberikan
  • Semua hutang yang terbit daripada barang-barang yang dijual dan perkhidmatan yang diberikan
  • Penerimaan berupa barangan
  • Hutang lapuk perniagaan yang pulih
  • Pampasan insurans yang diterima berhubung dengan kerugian perniagaan
  • Pengeluaran atau pengambilan stok dagangan untuk kegunaan sendiri
PENDAPATAN LARASAN DARI SUMBER PERNIAGAAN
Ditentukan daripada pendapatan kasar ditolak perbelanjaan berikut :
  • Perbelanjaan perniagaan dibenarkan
  • Perbelanjaan khusus yang dibenarkan
  • Potongan perbelanjaan dua kali di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
  • Elaun Eksport
PERBELANJAAN PERNIAGAAN
Dibenarkan
Tidak Dibenarkan
Perbelanjaan yang dilakukan di dalam menghasilkan pendapatan
Contoh:
  • Bayaran Upah/Gaji
  • Bayaran KWSP
  • Sewa premis perniagaan
  • Faedah pinjaman perniagaan
  • Perbelanjaan pembaikan ke atas premis dan kenderaan yang digunakan untuk perniagaan
Perbelanjaan bagi tujuan persendirian

Contoh:
  • Manfaat kediaman
  • Bayaran bil telefon
Perbelanjaan pembelian aset peribadi
Contoh :
  • Pembelian kereta peribadi
  • Pembelian Perabot
Perbelanjaan permulaan
Contoh :
  • Belanja penubuhan perniagaan
  • Perbelanjaan pengiklanan
PERBELANJAAN KHUSUS YANG DIBENARKAN
Di antara perbelanjaan khusus yang dibenarkan sebagai tolakan ialah :
  • Perbelanjaan majikan atas peralatan untuk membantu pekerja kurang upaya (OKU)
  • Perbelanjaan bagi penerbitan dalam Bahasa Kebangsaan
  • Sumbangan kepada perpustakaan
  • Perbelanjaan mengadakan perkhidmatan, kemudahan awam dan sumbangan kepada Badan Amal atau Projek Awam
  • Perbelanjaan majikan bagi penyediaan dan penyelengaraan Pusat Asuhan Kanak-Kanak untuk manfaat pekerja
  • Perbelanjaan majikan bagi penyediaan kumpulan muzik atau kebudayaan
  • Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian dan kebudayaan
ELAUN MODAL
Diberi tolakan daripada pendapatan perniagaan sebagai ganti kepada perbelanjaan susutnilai bagi pembelian aset yang digunakan di dalam perniagaan
  • Contoh aset yang digunakan di dalam perniagaan ialah kereta, mesin, alat pejabat, perabot dan komputer
  • Syarat yang melayakkan tuntutan elaun modal ialah :
    • Menjalankan perniagaan
    • Membeli aset perniagaan
    • Aset digunakan di dalam perniagaan dan
    • Tuan punya aset
  • Kadar elaun adalah bergantung kepada jenis aset tetap yang digunakan
  • Jenis dan Kadar Elaun Modal ialah :
JENIS ELAUN
JENIS ASET
KADAR (%)
Elaun Permulaan
Semua jenis aset
20 %
Elaun Tahunan
Kenderaan Bermotor dan Jentera Berat
20 %
Loji dan Jentera
14 %
Peralatan Pejabat, Perabot dan Lekapan
10 %
Komputer
40 %