Pengertian Debit Dan Kredit 2025

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Wednesday, May 27, 2020

Merekod bonus tahunan dalam akaun


Merekod bonus tahunan dalam akaun

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Kali ini, saya ingin membicarakan kaedah merekod bonus gaji yang dibayar.

Bonus gaji selalunya direkod pada tahun sebelum contoh, direkod pada tahun 2019, dan dibayar pada tahun 2020.

Bonus selalunya tidak diumumkan sehinggalah ia menghampiri tarikh pembayaran.

Bonus juga hanya direkod sebagai peruntukkan perbelanjaan (provision) dan terdapat juga kebarangkalian ianya tidak dibayar jika prestasi tahun semasa merudum.

Saya yakin, sebahagian besar dari anda pernah menerima bonus.

Syarikat tidak boleh sesuka hati membuat bayaran bonus. Bayaran bonus pada kebiasaannya perlu mendapat kebenaran dari pihak pengarah atau pemilik syarikat.

Bayaran bonus juga hanya boleh dilakukan sekiranya syarikat mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk melunaskan perbelanjaan-perbelanjaan lain setelah bayaran bonus dibuat.

Bayaran bonus yang keterlaluan dan tidak mengikut kemampuan, akan menyebabkan syarikat berada dalam keadaan tidak stabil.

Dan kali ini, izinkan saya menunjukkan anda catatan beregu untuk merekod bonus tersebut didalam akaun syarikat.

Contoh 1 : Syarikat Awal Sdn Bhd membayar bonus sebanyak RM 100,000.00.
Dengan itu, kita patut membuat kiraan EPF, SOCSO, dan PCB (Potongan Cukai Berkala)

Debit - Bonus RM 100,000
Debit - EPF (syer majikan)
Debit - SOCSO (syer majikan)

Dan 

Kredit - Gaji Terakru
Kredit - EPF Terakru (Majikan + Pekerja)
Kredit - SOCSO Terakru (Majikan + Pekerja)
Kredit - PCB

Harap dapat membantu anda.

Sekian, terima kasih.

Friday, May 1, 2020

Merekod bayaran deposit sewa, utiliti dan lain-lain.


Merekod bayaran deposit sewa, utiliti dan lain-lain.

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera

Kali ini saya ingin menyentuh sedikit tentang kaedah merekod bayaran deposit seperti sewa, utiliti, parking, peti surat dan pelbagai lagi.

Deposit ini adalah deposit yang boleh dipulangkan (refundable deposit).

Terdapat juga beberapa jenis deposit yang tidak akan dipulangkan seperti EARNEST DEPOSIT, tetapi deposit ini akan ditolak sebagai bayaran pertama seperti sewa dan lain-lain.

Apabila bayaran deposit dilakukan, kita akan

DEBIT - AKAUN DEPOSIT DI BAYAR

KREDIT - AKAUN BANK/TUNAI

Deposit yang dibayar akan terus berada dilejer tersebut sehinggalah tamat perjanjian dan apabila tiba masanya untuk di tuntut, akaun ini haruslah ditutup.

Untuk merekod bayaran deposit yang di terima kembali, kita akan

DEBIT - AKAUN BANK/TUNAI

KREDIT - AKAUN DEPOSIT DI BAYAR.

Ini akan menyebabkan akaun deposit menjadi sifar.

Apabila, jumlah wang yang diterima kurang daripada jumlah asal yang dibayar, kita patut menyemak jika ada hutang tertunggak yang tidak kita selesaikan, dan hutang ini ditolak oleh pemilik daripada duit deposit yang kita bayar.

CONTOH: Jumlah deposit yang dibayar RM 2000. Namun begitu, terdapat hutang tertunggak untuk belanja eletrik RM 100 dan hutang sewa sebanyak RM 500. Oleh yang demikian, pemilik hanya perlu memulangkan RM 1,400 sahaja.

Oleh itu, catatan merekod deposit yang diterima adalah seperti berikut,

DEBIT - AKAUN BANK/TUNAI     RM 1,400.00
DEBIT - SEWA TERAKRU              RM 500.00
DEBIT - ELEKTRIK TERAKRU      RM 100.00

KREDIT - DEPOSIT DIBAYAR      RM 2,000.00

Pastikan kepada pemilik perniagaan, jangan biarkan akaun deposit anda tergantung dan tidak disemak.
Kadangkala, terdapat deposit yang masih belum dituntut setelah lebih dari setahun lamanya walaupun premis perniagaan yang disewa telah tamat tempoh kontrak.

Pastikan juga anda menyediakan jadual deposit yang dibayar untuk memastikan anda dapat kembali wang anda tepat pada waktunya.

Keadaan akan bertambah buruk, sekiranya anda tidak dapat mengesan pemilik yang memegang deposit anda.

Oleh yang demikian, pastikan anda berhati-hati dan sentiasa waspada tentang semua deposit yang dibayar.

Sekian.

Awaludin

Thursday, April 23, 2020

Selamat Berpuasa & Mari Perbanyakkan Amalan dalam bulan Ramadhan


Selamat Berpuasa & Mari Perbanyakkan Amalan dalam bulan Ramadhan

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Pada semua pengguna blog akncorp.com saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan marilah kita bersama-sama manfaatkan bulan ramadhan pada kali ini.

Semoga semua kita diampunkan dosa dan mendapat rahmat dari Allah.

Jangan lupa selawat atas Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W.

Sekian

Awaludin

Thursday, March 26, 2020

Selamatkan Diri, Selamatkan Keluarga, Selamatkan Semua dari Corona Virus


Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Kami disini mendoakan anda agar sihat dan sejahtera.

Elakkan keluar dari rumah dan berkumpul.

Dapatkan rawatan jika perlu.

Sama-sama berdoa, berusaha dan bertawakkal.

Moga Allah selamatkan kita semua.

Awaludin Kamarudin

Wednesday, January 15, 2020

Nota Debit & Kredit (Debit & Credit Note)



Nota Debit & Kredit (Debit & Credit Note)

Nota debit ataupun kredit diberikan oleh
sesebuah perniagaan jika berlakunya
kesilapan didalam invoice yang tidak
dibatalkan.

Contoh kesilapan yang biasa dibuat
adalah kesilapan kuantiti, harga atau
jenis barang itu sendiri.
Oleh yang demikian, jika invoice
yang asal yang dikeluarkan tidak 
dibatalkan, peniaga boleh membuat
pembetulan melalui nota debit atau kredit.

Nota debit atau kredit ini boleh
dikeluarkan oleh mana-mana pihak
yang menjumpai kesilapan, sama ada
pembeli ataupun penjual. 
Sumber rujukan yang penting dalam
membuat pembetulan adalah dengan
merujuk kepada harga quotation ataupun
harga pada purchase order (P.O).

Nota debit atau kredit yang dikeluarkan
perlulah dibuktikan kesilapan dan juga
perlu direkod oleh kedua-dua pihak
pembeli dan pembekal.

Gunakan Nota Debit atau Kredit untuk :
1. Membatalkan invoice yang salah.
2. Menambah atau mengurangkan kuantiti yang salah.
3. Menambah atau mengurangkan harga jualan atau belian yang salah.
4. Kesalahan pada mana-mana kiraan..


Rujuk gambar dibawah untuk kesan nota debit dan kredit kepada sesebuah perniagaan.


Monday, January 13, 2020

Beza Sales Order dan Purchase Order


Beza Sales Order dan Purchase Order

Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera

Hari ini izinkan saya berkongsi perbezaan utama untuk tajuk diatas.

1. Sales order dikeluarkan selepas syarikat mendapat purchase order daripada pembeli. Mereka selalunya mengkehendaki supaya pembeli membayar penuh harga barang sebelum penghantaran dibuat.

2. Sales order juga kadangkala bertindak sebagai purchase order bagi syarikat-syarikat yang tidak mengeluarkan purchase order. Sales order ini perlu ditandatangan sebagai bukti tempahan barang daripada pembekal.

3. Sales order juga kadangkala menggantikan quotation, tapi bukan pada setiap masa,

Sekian.

Dokumen Perakaunan untuk Syarikat Bhgn 5 - Invoice Pembelian (Purchase Invoice)


Dokumen Perakaunan untuk Syarikat Bhgn 5 - Invoice Pembelian (Purchase Invoice)

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Ini adalah sambungan dari bahagian 4.

Kita berkongsi sedikit tentang Purchase Invoice. Biasanya, ia hanya dipanggil invoice tetapi ada juga yang dipanggil tax invoice, yang mempunyai elemen cukai.

Invoice dihantar terus ke pejabat pembeli, terutamanya bahagian finance patut menerima invoice ini. Invoice yang dihantar perlulah sekurang-kurangnya mempunyai maklumat seperti didalam rajah.

Invoice juga sebaiknya perlulah diletak didalam sampul sewaktu penghantaran untuk melindungi maklumat-maklumat sulit seperti harga dan kuantiti.

Untuk simpanan rekod yang sempurna, semua dokumen berkaitan dengan pembelian dari suatu invoice perlulah dikepilkan bersama-sama, bermula daripada purchase request, quotation, purchase order, delivery order dan juga invoice.

Setelah sempurna semua dokumen, maka barulah finance department boleh membuat bayaran untuk terma pembelian selepas barang tiba.


Apabila direkod kedalam sistem, pada kebiasaanya anda akan mendebitkan akaun belanja, belian dan juga akan mengkreditkan pemiutang perniagaan. 


Sekian.