Saturday, 29 July 2017

KWSP/EPF- Kadar Caruman Majikan & Caruman Pekerja



KWSP/EPF- Kadar Caruman Majikan & Caruman Pekerja


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan pengurangan kadar berkanun caruman syer pekerja  : 

1. Daripada 11% kepada 8% untuk pekerja berumur di bawah 60 tahun 
2. Daripada 5.5% kepada 4% untuk pekerja berumur 60 tahun dan ke atas, 
(mulai gaji bulan Mac 2016 sehingga bulan Disember 2017)


Kadar caruman ini melibatkan dua kategori pekerja seperti berikut:
a) Ahli/pekerja yang berumur tidak melebihi 60 tahun
Penurunan kadar caruman syer pekerja daripada 11 peratus kepada 8 peratus; tertakluk kepada jumlah upah/gaji dalam Bahagian A dan Bahagian B, Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan Jadual Ketiga) 2016, Akta KWSP 1991. 
b) Ahli/pekerja yang telah berumur 60 tahun dan ke atas
Penurunan kadar caruman syer pekerja daripada 5.5 peratus kepada 4 peratus; tertakluk kepada jumlah upah/gaji dalam Bahagian C dan Bahagian D, Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan Jadual Ketiga) 2016, Akta KWSP 1991.

Walau bagaimanapun, kadar caruman berkanun syer majikan kekal pada kadar semasa.

Kadar caruman bagi majikan dan pekerja terkini yang berkuat kuasa mulai 1 Mac 2016 boleh dirujuk di dalam Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991 (klik untuk muat turun). Majikan dikehendaki membayar caruman KWSP berdasarkan jadual ini.



FYI, kadar caruman majikan yang adalah 13%.


Sumber daripada KWSP

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Jadual Caruman Skim Insurans Pekerja (Employee Insurance Scheme) - PERKESO

Jadual Caruman Skim Insurans Pekerja (Employee Insurance Scheme) - PERKESO Sumber : https://www.perkeso.gov.my/index.php/en/eis-registra...