Wednesday, 15 January 2020

Nota Debit & Kredit (Debit & Credit Note)



Nota Debit & Kredit (Debit & Credit Note)

Nota debit ataupun kredit diberikan oleh sesebuah perniagaan jika berlakunya kesilapan didalam invoice yang tidak dibatalkan.

Contoh kesilapan yang biasa dibuat adalah kesilapan kuantiti, harga atau jenis barang itu sendiri.
Oleh yang demikian, jika invoice yang asal yang dikeluarkan tidak dibatalkan, peniaga boleh membuat pembetulan melalui nota debit atau kredit.

Nota debit atau kredit ini boleh dikeluarkan oleh mana-mana pihak yang menjumpai kesilapan, sama ada pembeli ataupun penjual. Sumber rujukan yang penting dalam membuat pembetulan adalah dengan merujuk kepada harga quotation ataupun harga pada purchase order (P.O).

Nota debit atau kredit yang dikeluarkan perlulah dibuktikan kesilapan dan juga perlu direkod oleh kedua-dua pihak pembeli dan pembekal.

Rujuk gambar dibawah untuk kesan nota debit dan kredit kepada sesebuah perniagaan.


No comments:

Post a comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Merekod bonus tahunan dalam akaun

Merekod bonus tahunan dalam akaun Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera Kali ini, saya ingin membicarakan kaedah merekod bonus gaji y...