Pengertian Debit Dan Kredit

Debit Dan Kredit Nota Ringkas Debit & Kredit (Click Here) https://youtu.be/zjydssd-OR8 Debit & Kredit merujuk kepada keduduk...

Monday, September 30, 2019

Menentukan Anggaran Cukai Syarikat (Tax Estimation) Borang CP204 LHDN



Menentukan Anggaran Cukai Syarikat (Tax Estimation) Borang CP204 LHDN

Menentukan Anggaran Cukai

Berkuatkuasa daripada tahun taksiran 2006, anggaran cukai yang kena dibayar bagi sesuatu tahun taksiran hendaklah tidak kurang daripada 85% anggaran cukai dipinda bagi tahun taksiran sebelumnya. Jika tiada pindaan anggaran cukai dikemukakan, anggaran cukai tahun semasa hendaklah tidak kurang daripada 85% anggaran cukai pada tahun taksiran sebelum.
Bagi syarikat yang baru memulakan operasi, syarikat boleh menentukan anggaran cukai bagi tahun taksiran pertama mengikut anggaran keuntungan syarikat. Anggaran cukai pada tahun taksiran pertama tersebut akan menjadi asas untuk menentukan anggaran cukai tahun taksiran berikutnya.
Contoh:

Syarikat ABC Sdn Bhd mengemukakan anggaran cukai tahun taksiran 2007 sebanyak RM50,000. Pada bulan ke 6 / 9 syarikat telah meminda anggaran cukai kepada RM100,000. Pindaan tersebut telah dipersetujui oleh LHDNM.
Oleh itu tahun taksiran 2008, ABC Sdn Bhd hendaklah kemukakan anggaran cukai yang sekurang-kurang RM85,000 (85% daripada pindaan anggaran pada tahun taksiran 2007).
Mengemukakan Anggaran Cukai
Syarikat yang telah beroperasi (sedia ada) hendaklah mengemukakan anggaran cukai tidak lewat daripada 30 hari sebelum bermulanya tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran. Bagi syarikat baru beroperasi, anggaran cukai tersebut perlu dikemukakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh syarikat mula beroperasi
Contoh 1:

Syarikat ABC Sdn. Bhd. menyediakan akaun bagi tempoh 01/07/2008 sehingga 30/06/09 bagi tahun taksiran 2009.

Syarikat hendaklah kemukakan borang CP204 selewat-lewatnya pada 31/05/2008 (30 hari sebelum bermula tempoh asas).
Contoh 2:

Syarikat DEF Sdn. Bhd baru ditubuhkan pada 25/02/2012. Syarikat memulakan perniagaan pada 01/04/2012 dan menyediakan penyata akaun yang pertamanya sehingga 31/12/2013.

Syarikat hendaklah mengemukakan e-CP204 selewat-lewatnya pada 30/06/2012 (3 bulan dari tarikh syarikat mula beroperasi).

SUMBER: LHDN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.